Thursday, October 29, 2009

Mesyuarat Penyelarasan Pertukaran GPI (R&M) Dan Penempatan Semula GPI Program j-QAF Antara JPN Bersama BPI Bil. 2/2009

29 OKT- Mesyuarat berlangsung selama 4 hari di Hotel Rossa Pasadenna, CH, Pahang melibatkan semua pegawai yang menguruskan hal ehwal pengurusan guru dari semua negeri dan Pegawai-pegawai dari BPI yang sertai oleh Ketua Unit Ustazah Farhana,Ustaz Mohd. Ruzi Abdullah, Ustaz Mohd Zaki Hamid, , Ustaz Ramli Nikman,Ustaz Saiful dan beberapa pegawai staff , En. Rashid dan En. Zahir.Mesyuarat kali ini belangsung selama 4 hari 3 malam ,cukup padat dan penuh dengan aktiviti yang dijadualkan serta banyak perkara yang disentuh, ditambah pula dengan bilangan permohonan yang agak ramai untuk diuruskan oleh pegawai. Apapun keputusan bersama mengikut panduan dan dasar serta peraturan yang ada dan keperluan perkhidmatan semasa dijadikan panduan dan kunci dalam membuat sebarang keputusan mesyuarat.

Sunday, October 25, 2009

Kursus Pendedahan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Kegunaan Tahun2010

25 Okt - Kursus sehari suntuk bermula jam 8.30 pagi dan berskhir jam 5.00 ptg yang diadakan di PKG Ayer Hitam telah dihadiri oleh semua wakil PPD seluruh Kedah yang terdiri dari JU Bahasa Arab j-QAF.

Sepanjang perjalanan kursus suasana sentiasa ceria dan aktif dengan aktiviti yang dijalankan oleh JU dalam melahirkan idea dan contoh persembahan P&P yang boleh membangkitkan semangat murid untuk berlari kepada Bahasa Arab di sekolah. Jika idea dan persembahan contoh P&P seumpama ini dapat dihayati dan dipanjangkan kepada semua guru Bahasa Arab di sekolah program j-QAF ditambah dengan CD (BBM) yang telah dihasilkan oleh JU Bahasa Arab saya yakin minat murid untuk berlumba-lumba kepada bahasa dunia akhirat ini akan bertambah dan memberi impak maksima kepada murid dan program j-QAF.

Tahniah diucapkan kepada JU Bahasa Arab yang memang saya akui hebat, berpengalaman dan berdaya maju. Diharapkan usaha mereka akan dapat diambil manfaat oleh semua guru Bahasa Arab j-QAF untuk dipersembahkan kepada murid-murid pada tahun 2010 nanti.
Kursus Pemantapan GPI Program j-QAF 2009 Peringkat Negeri Kedah
(Daerah Padang Terap Pendang)

Sabtu 24Okt- Padang Terap Pendang pada 2009 ini telah membuka tirai Kursus Pemantapan GPI Prgram j-QAF dengan membuat persiapan yang pantas dan rapi. Tahniah !Kursus sepanjang sehari suntuk itu telah diatur dengan pantas dan selamat berlabuh pada jam 6.15 petang di Terap Inn, Kuala Nerang. Kehadiran pesertanya yang terdiri dari semua GPI program j-QAF yang baru dilantik pada 6 Julai 2009 yang lalu.Sepanjang kursus sehari, guru-guru telah didedahkan dengan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan pengurusan dan P&P disekolah. Walaupun tempoh setahun mereka menjalani LPBS di sekolah yang telah ditempatkan, namun itu belum cukup untuk memantapkan persembahan P&P, pengurusan murid, bahan, panitia , bilik darjah dan segala perkara yang berkaitan dengan keperluan seorang guru program j-QAF.
Pendedahan taklimat pengurusan dan P&P diawal sesi kursus telah diperkukuhkan lagi dengan sesi pembentangan realiti peerjalanan dan pengurusan program j-QAF di sekolah sepanjang mereka mengikuti Kursus LPBS-KPLI SR j-QAF sejak Januari 2008 hingga Jun 2009 yang lalu.

Saya sempat mengikuti tiga pembentangan dan membuat ulasan hasil dari pembentangan tersebut dalam ucapan penutup kursus tersebut. Keberanian, kesungguhan dan komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh anak buah Ust Nadzhari di Terap Inn pada petang 24 Oktober yang lalu memberi keyakinan kepada saya bahawa murid-murid peserta tersebut pasti akan menerima perubahan persembahan dan bimbingan guru yang bersemangat baru jika semua peserta tersebut dapat merealisasikan segala dapatan dan idea yang diketengahkan sepanjang kursus tersebut. Tahniah dan selamat berjuang untuk memartabatkan modal insan gemilang dalam program j-QAF.

Saturday, October 24, 2009

Kem Bina Sahsiah dan Kem Intan Terpilih Zon Utara Semenanjung 2009

24Okt- Kem Bina Sahsiah ini merupakan projek rintis yang dirancang pelaksanaannya oleh Unit Institut Pendidikan Agama, Bahagian Pendidikan Islam, KPM di seluruh negara yang melibatkan pelajar SMKA, KAA dan SABK. Di zon utara, Kedah telah dipilh sebagai tuan rumah kepada kedua-dua kem ini yang melibatkan negeri Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah ;1. Kem Bina Sahsiah
Tarikh : 21 - 23 Oktober 2009.
Tempat : Kem D'Tepus, Kg. Wang Tepus Jitra
Jum.Pelajar : 151 pelajar (L/P)
Perasmian Penutup: Wakil Pengarah BPI, KPM , Ustaz Mohd Nasarudin bin Ismail

2. Kem Intan terpilih
Tarikh :23 -25 Oktober 2009
Tempat : Pendang Lake Resort
Jum.Pelajar : 151 pelajar (L/P)
Perasmian Penutup: Wakil Pengarah BPI, KPM

Majlis Anugerah Kcemerlangan Kokurikulum Peringkat Negeri Kedah 2009

21OKT- Majlis tersebut diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Kubang Pasu, Jitra. Majlis tersebut dimulakan dengan penerimaan tabik hormat dan pemeriksaan barisan dari Tuan Pengarah JPN Kedah Tuan Haji Shaidan bin Abdul Rahman kepada barisan Kadet Polis dari SMK Hosba . Turut serta dalam majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Sektor, Pegawai Pelajaran Daerah seluruh Kedah dan pengetua, guru besar dan agensi luar yang banyak memberi sumbangan kepada kecemerlangan kokurikulum sekolah serta pelajar-pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan kokurikulum pada tahun ini. Majlis bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 4.30 petang.

Tuesday, October 20, 2009

Mesyuarat Penyelarasan Kursus Pemantapan Guru Pendidikan Islam Program j-QAF Ambilan Januari 2008

20Okt- Mesyuarat tersebut telah berlangsung di PKG Pendang. Ia dihadiri oleh pegawai dan wakil yang menguruskan Program j-QAF dari semua daerah. Kursus Pemantapan GPI Program j-QAF Ambilan 2008 yang diadakan pada tahun ini melibatkan seramai 259 guru yang telah tamat kursus pada Julai lalu.Seramai 2 orang Jurulatih dari semua PPD telah hadir untuk sama berbincang bagi membincang dan menyelaraskan pengisian yang diperlukan dalam program kursus yang akan diadakan di setiap daerah yang telah ditetapkan pada tarikh-tarikh berikut (tertakluk pada perubahan);

Baling/ Sik : 1-2 November 2009 di Terap Inn
Kota Setar : 26-27 Oktober 2009
Kuala Muda / Yan : 28-29 Oktober 2009 di Masjid Muttaqin, Taman Ria, Sg. Petani
Kulim Bandar Baharu : 27-28 Oktober 2009
Kubang Pasu/Langkawi : 26-27 Oktober 2009
Padang Terap/ Pendang : 24 Oktober 2009Semoga perancangan dan perjalanan kursus pada tahun ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan.

Monday, October 19, 2009

Mesyuarat Penyelarasan Program Bina Sahsiah Zon Utara 2009

19Okt- Mesyuarat berlangsung di Bilik Mesyuarat Seroja, BTPN, dipengerusikan oleh Tuan Ketua Sektor Pendidikan Islam jam 9.30 pagi. Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah KPP, Tuan Haji Fazial, wakil dari SPI Perlis Ust. Mohd Fadzil bin Seman , wakil dari Pulau Pinang, Ust Shamsul Arifin bin Arshad.



Mesyuarat kali 3 ini membentangkan persediaan terakhir :

1. Kem Permata Gemilang Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak)
Tarikh : 21-23 Oktober 2009
Tempat : Kem D'Tepus, Jitra, 06000 Jitra, Kedah
.2. Program Intan Terpilih Zon Utara ( Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak )
Tarikh : 23-25 Oktober 2009
Tempat : Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah.


Diharapkan ke dua-dua program ini akan melahirkan sahsiah pelajar yang mantap penghayatan Islam dan menjadi insan terbilang kepada keluarga dan masyarakat pada satu hari nanti.

Sunday, October 18, 2009

Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan KBS Sekolah-Sekolah Program j-QAF 2/2009

18Okt- Mesyuarat berlangsung di PKG Ayer Hitam bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 4.30 petang. Mesyuarat pada kali ini diadakan untuk membincangkan perkara - perkara yang berkaitan dengan peruntukan yang sedang dalam proses untuk disampaikan kepada semua sekolah program j-QAF di Kedah sebanyak 377 buah kesemuanya. Penat dan mengah juga untuk menguruskan peruntukan seumpama ini supaya tidak berlaku sebarang kesilapan. Peruntukan KBS kali ini sekadar untuk meringankan bebanan kewangan KBS di semua sekolah j-QAF, bukannya untuk menampung keseluruhan perbelanjaan KBS pada tahun ini.Diharapkan apabila peruntukan ini sampai ke akaun sekolah program j-QAF, GPI dan GPI program j-QAF dapat memanfaatkannya untuk aktiviti-aktiviti j-QAF yang berkaitan. Walaupun tempoh waktu persekolahan sudah hampir sampai ke penghujung sesi persekolahan
( 21 Nov 2009 ), banyak lagi aktiviti yang bermanfaat dan berkesan yang boleh dilaksanakan sebagai bekalan penting kepada murid-murid untuk mereka praktis dan gunakan di musim cuti persekolahan hujung tahun nanti. Jadikan baki waktu-waktu akhir persekolahan yang adad dengan menilai prestasi setiap murid dalam semua model yang dilaksanakan dalam program j-QAF . Dengan masa yang berbaki selepas dari mereka menghadapi peperiksaan akhir tahun nanti, bolehlah dilakukan sedikit sebanyak pemulihan yang diperlukan kepada murid-murid yang tertinggal atau tercicir (tidak hadir dan ketinggalan jauh dari sukatan sebenar ) daripada beberapa aktiviti yang telah diadakan sepanjang 10 bulan pada tahun ini. Selamat maju jaya, saya yakin anda pasti anda mampu malah ada yang sedang melakukannya. Siapa lagi kalau bukan kita ? Mantapkan j-QAF dari awal hingga akhir. Pastikan j-QAF Tanpa Gagal.

Tuesday, October 13, 2009

Pemantauan Mengejut Oleh Pegawai-Pegawai Dari KPM

Pendidikan Islam dimantapkan

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kerajaan akan terus memantapkan pendidikan Islam dengan memperluaskan program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) selain menjadikan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebahagian program sepanjang hayat.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai matlamat itu juga, kegiatan dakwah Islamiah akan ditingkatkan manakala tulisan jawi terus diperkasa di sekolah-sekolah.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan berpendirian pendidikan agama merupakan asas pembinaan akhlak, sahsiah dan jati diri anak-anak.

“Mesyuarat penyelarasan antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini bersetuju supaya program itu diperluaskan,’’ katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ia merupakan maklum balas beliau selaku Menteri Pelajaran terhadap beberapa isu yang dibangkitkan perwakilan pada perhimpunan itu termasuk semasa Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Tambah beliau, antara program dakwah yang dimantapkan di sekolah-sekolah ialah kursus dakwah kepimpinan pelajar, tadarus al-Quran dan program solat bestari.

Katanya, setelah j-QAF diperkenalkan pada 2005, kelas pemulihan jawi telah diwujudkan bagi memulihkan murid-murid Islam yang tidak menguasai tulisan tersebut.

“Mulai 2005 hingga kini, tulisan jawi juga telah disisipkan dalam akhbar Utusan Melayu melalui usaha sama Kementerian Pelajaran,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada perwakilan yang mencadangkan agar mata pelajaran jawi diperkasakan.

Katanya, tulisan jawi memang satu elemen dalam mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah.

“Waktu pembelajaran jawi adalah dua waktu bagi tahun satu dan satu waktu bagi tahun dua hingga enam manakala di sekolah menengah, tulisan jawi diterap oleh guru-guru ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran,” katanya.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++









13OKT- Dimaklumkan bahawa bermula dari 12 hingga 24 Oktober, maklumat yang diperolehi mendapati ramai pegawai dari Bahagian Pendidikan Islam, KPM sedang berada di negeri Kedah. Kehadiran mereka adalah di atas urusan rasmi dan memantau perjalanan serta mengurus program-program yang dilaksanakan di negeri ini.

Sehubungan itu adalah diperingatkan kepada GPI dan GPI Program j-QAF di sekolah-sekolah program j-QAF supaya sentiasa bersiap sedia untuk menerima kunjungan dan lawatan secara mengejut pada waktu-waktu sesi persekolahan berlangsung dan hari sabtu untuk meninjau perjalanan program j-QAF dari dekat.

Sekian harap maklum.

Monday, October 12, 2009

Mesyuarat Penyelarasan Pra Pertukaran GPI Program j-QAF Tahun 2010

11 Oktober2009- Mesyuarat Penyelarasan Pra Pertukaran GPI Program j-QAF Tahun 2010 berlangsung di Bilik Mesyuarat,PPD Kulim Bandar Baharu pada hari ini. Perjalanan mesyuarat bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada awal petang.Dalam sesi mesyuarat tersebut, pegawai-pegawai yang menguruskan perjalanan Program j-QAF di semua daerah seluruh Kedah membuat teguran terhadap permohonan-permohonan yang tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Umpamanya ada sesetengah permohonan manual yang dibuat terus dihantar ke SPI, JPN ( kepada saya ) sahaja dan tidak ada salinan yang diserahkan kepada UPI, PPD daerah masing-masing. Hal ini tetap berlaku dimana sepatutnya setiap permohonan perlu melalui dan dimaklumkan kepada pihak PPD terlebih dahulu. Di samping itu ada juga permohonan yang dibuat tanpa mengisi borang permohonan tukar yang sepatutnya, ia sekadar dua tiga helai surat kiriman kepada pegawai untuk diproses.Tidak kurang juga GPI program j-QAF yang baru sahaja dilantik GST pada bulan Julai yang lalu berlumba-lumba mengisi borang pertukaran. Ada yang pertukaran sehala dan ada yang juga permohonan suka sama suka.... kohort dan opsyennya entah ke mana. Yang penting nak tukar Sesetengahnya bila ditanya, "boleh dah ka anta mohon bertukar?". Jawapannya; saja-saja mohon, kalau ada rezeki dapat ..... tak dapat pun tak pa". kata mereka. Panggilan talipon bertanya tentang pertukaran kepada pegawai dalam tempoh sebulan ini tidak mengira masa. Ada yang lembut gigi dari lidah , ada yang celupar dan tidak kurang juga yang terlajak cakap. "Saya kira macam ni je Ustaz,.... kalau permohonan saya tak dapat Ustaz saya kira zalim ". Ni nak kira macam mana ni......?. Selain daripada itu ada juga yang bawa suami, isteri, mertua dan anak-anak kecil mai duk teriak dan jerkah depan pegawai, pada hal mereka tahu mereka memang tak layak pohon lagi. .....dan bermacam-macam lagi tingkah yang meremang bulu romaku. Mudahan-mudahan semua permohonan akan mendapat hajat masing-masing.Walaubagaimanapun, pada pandangan saya, sikap dan tingkah yang tidak sepatutnya sewajarnya tidak berlaku di kalangan sebahagian kecil daipada kita yang bergelar Ustaz dan Ustazah Program j-QAF. Ini kerana perjanjian perjawatan telah sedia dimaklumi dan akuan sedia berkhidmat di mana diperlukan perlu sentiasa di sanubari. Bagi sedara-sedari kaum kerabat saya yang ada di Sabah Sarawak, umpamanya di Kapit, Limbang, Semporna dan Lahat Datu, jika anda layak mohonlah. Itu hak anda. Tapi perlu ingat, kalau ada rezeki dapat, tapi kalau tak dapat anda tetap diberi rezeki setiap bulan ...... Dengan rezeki itulah kita menyara kehidupan dan keluarga walau di mana jua. Sekali lagi .... rezeki kita, kita dapat. Bagaimana rezeki anak murid kita ? Adakah sukatan mereka sudah kita dapatkan untuk mereka ? Yang sedihnya belum tamat tempoh perjanjian dah mohon dari 30km nak bagi jadi 10 ke 15 km, yang dah dekat nak didekatkan lagi.....alasan, seribu bahasa. Tapi kalau dapat tu kira tuah badan dan rezeki murah laa. Apapun keputusan mesyuarat adalah jawapannya.

Maaf , secebis rasa dikongsi..... kian kita bersua.