Sunday, November 22, 2009

Mesyuarat Pengurusan Sektor Pendidikan Islam Bulan Nov 2009

22Nov- Mesyuarat diadakan di Bilik Dahlia, BTPN membincangkan perkara-perkara berhubung dengan perkara berbangkit dan Plan Startegik Sektor Pendidikan Islam Tahun 2010. Mesyuarat bermula jam 9.00 pagi dipengerusikan oleh Tuan Ketua Sektor, Puan Hajjah Zainab bin Md Saman. Turut hadir bersama Tuan KPP dan Penolong-Penolong Pengarah Kanan dan Penolong-Penolong Pengarah dan Penyelia.



Sunday, November 15, 2009

Kota Setar Johan Keseluruhan Mahrajan j-QAF 2009

14Nov-Daerah Kota Setar pada tahun ini telah berjaya merampas piala pusingan Juara Keseluruhan Majlis Khatam Al-Quran dan Ihtifal j-QAF 2008 yang dirangkul oleh Kuala Muda /Yan siang tadi di Dewan Sahara, SMK Gurun. Daerah Kuala Muda Yan merupakan juara yang telah merampas kedudukan dari Daerah Kulim Bandar Baharu yang menjadi juara dua tahun berturut-turut ( 2006-2007) sebelum ini. Pertandingan kali ini berjalan lancar . Majlis perasmian penutup Mahrajan j-QAF dan majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat negeri Kedah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Shahidan bin Abdul Rahman, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah pada tengahari tadi.Tambah Imej


Tahniah kepada peserta daerah Kota Setar membawa balik piala Johan Keseluruhan sebagai inspirasi dan motivasi kepada daerah tersebut untuk menjadi tuan rumah Mahrajan dan Majlis Khatam Al-Quran pada tahun depan. Sudah pasti daerah Kota Setar akan memastikan piala tersebut kekal di sana pada tahun hadapan.


Sementara itu kelancaran majlis dan pertandingan pada kali ini menunjukkan komitmen pegawai di semua PPD dan guru-guru j-QAF serta GPI begitu tinggi dalam pelaksanaan Mahrajan dan Majlis Khatam Al-Quran. di peringkat negeri . Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Tuan Rumah, PPD Daerah Kuala Muda / Yan, Tuan Pengetua semua guru SMK Gurun serta semua AJK Pengelola dan semua pegawai UPI, PPD seluruh Kedah yang telah menjayakan Mahrajan j-QAF dan majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Kedah Tahun ini. Semoga sumbangan tenaga, fikiran dan ujian kesabaran menyelenggara dan menyediakan segala keperluan majlis tersebut diberkati Ilahi.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG! Berjumpa lagi di daerah Kota Setar tahun hadapan. Berikut adalah keputusan penuh Majlis yang berlangsung siang tadi::

Kalam Jamaie
Johan: (Kuala Muda/Yan)
Naib Johan : (Kota Setar)
Ke-3 : (Kulim/Bandar Baharu)


Dikir Barat Bahasa Arab
Johan : (Kulim/Bandar Baharu)
Naib Johan : (Kuala Muda/Yan)
Ke-3 : (Baling/Sik)


Kuiz j-QAF
Johan : (Kota Setar)
Naib Johan : (Kuala Muda/Yan)
Ke-3 : (Padang Terap)


Tilawah (Lelaki)
Johan : (Kota Setar)
Naib Johan : (Kubang Pasu)
Ke-3 : (Kulim/Bandar Baharu)


Tilawah (Perempuan)
Johan : (Kulim/Bandar Baharu)
Naib Johan : (Kota Setar)
Ke-3 : (Baling/Sik)


12Nov- Bersama Pegawai-Pegawai JPN Ditaklimat Tuan KPPM Tan Sri Alimuddin di
Anjung Perdana.





9Nov- Muzakarah Kehakiman Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri Kedah 2009.

Monday, November 9, 2009

Mesyuarat Pertukaran GPI dan GPI j-QAF Antara Daerah Peringkat Negeri Kedah 2009 & Mahrajan j-QAF PPD Kota Setar

9Nov-Mahrajan j-QAF PPD Kota Setar telah berlangsung dengan jayanya di SK Taman Uda, Alor Star. Tahniah kepada PK j-QAF Ustaz Dziauddin yang bertungkus lumus membuat persediaan acara dan segala urusan yang berkaitan bersama ajknya.

Majlis penutupan rasmi Mahrajan j-QAF PPD Kota Setar telah disempurnakan oleh Tuan Haji Menteri bin Abdullah , Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar di dewan terbuka SK Taman Uda. Johan Keseluruhan Mahrajan j-QAF tahun 2009 telah di sndang oleh PKG Langgar. Tahniah diucapkan, semua acara berjalan lancar dilokasi dan tamat mengikut masa yang dirancang. Semoga segala usaha dan keringat semua yang menguruskan perjalanan acara dan majlis penutupan rasmi Mahrajan j-QAF daerah Kota Setar mendapat rahmat dari Allah Ta'ala.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

8Nov_ Mesyuarat berlangsung di bilik mesyuarat SMKA Baling. Dihadiri Tuan Ketua Sektor, Ustazah Hajjah Zainab bin Md Saman, Ustaz Ismail Yahya dan wakil semua pegawai UPI, PPD dari semua daerah. Pertimbangan dan ketelitian dalam membuat keputusan serta mengikut dasar yang ditetapkan oleh KPM dan keperluan perkhidmatan adalah fokus utama yang diguna pakai dalam membuat sebarang keputusan terhadap sesuatu permohonan.

Mesyuarat selesai pada jam 3.00 petang
Terbitkan Catatan

Saturday, November 7, 2009

Mesyuarat Penyelarasan Data e-Pelaporan 6 Bulan Kedua ( Oktober ) Murid Program j-QAF Peringkat Negeri Kedah

5Nov- Mesyuarat Penyelarasan Data e-Pelaporan Oktober 2009 diadakan di PKG Gurun melibatkan semua JU e-Pelaporan daerah seluruh Kedah. Mesyuarat dwi-Tahunan ini berjalan lancar dan dimulai dengan pembentangan laporan dari setiap daerah bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang masih berlaku dan langkah mengatasinya pada masa depan.
Penggabungan data e-JPN pada hari ini tidak dapat disempurnakan kerana beberapa daerah masih menghadapi masalah pemurnian data yang perlu dirungkaikan dengan berhati-hati agar tidak menimbulkan masalah yang lain pula apabila penggabungan e-JPN dilakukan.Apapun sedikit masa diperlukan untuk merealisasikan urusan tersebut dan diharapkan ianya akan selesai dalam tempoh waktu yang singkat.

Pada waktu tengahari saya sempat menghadiri jemputan PPD Baling Sik untuk majlis penutupan rasmi dan penyampian hadiah Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran di dewan Sek. Keb. Sik. Pengurusan yang mantap dan mengikut jadual yang telah dirancang membuatkan saya yakin untuk kembali ke PKG Gurun sebelum jam 3.00petang bagi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kehakiman Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang dijangka diadakan di SMK Gurun Sabtu depan (14 November). Tahniah kepada Ustaz Yusuf kerana berjaya mengadakan majlis tersebut untuk kenang-kenangan hujung tahun murid program j-QAF daerah Baling/Sik disamping dapat memfokuskan objektif dan tujuan Mahrajan dan Khatam Al-Quran dilksanakan kepada murid program j-QAF.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kehakiman Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana berjalan pada jam 3.00 petang. Kehadiran memuaskan dan perbincangan berjalan lancar dan mencapai objektif. Pengalaman dan pengetahuan yang mendalam serta komitmen yang tinggi dari ketua-ketua hakim yang dilantik melancarkan lagi perjalanan mesyauarat. Semoga mesyuarat jawatankuasa kehakiman Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan pada 9/11/2009 di SMK Gurun akan berjalan lancar dan memberi impak terbaik perjalanan majlis sebenar pada 14/11/2009 nanti.

Wednesday, November 4, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Negeri Kedah Tahun 2009M/1430H

4Nov- Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Kuala Muda/Yan, dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah KMY; Tuan Haji Ismail bin Shaidan. Turut hadir ialah semua pegawai UPI, PPD/KMY dan barisan Guru Besar dan Wakil Pengetua SMK Gurun dan SMA Pekan Gurun yang dilantik sebagai jawatankuasa pelaksana Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Negeri Kedah Tahun 2009M/1430M. Turut serta bersama saya ialah Penyelia Kanan Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam, JPN Kedah; Ustaz Ayob bin Saman.

Pada tahun ini KMY telah dipilih sebagai tuan rumah untuk dilaksanakan majlis tersebut. Dengan kombinasi pegawai UPI, PPD/KMY dan barisan jawatankuasa pengelola yang ada saya yakin majlis yang akan diadakan di SMK Gurun akan berjalan lancar dan sempurna. Pengalaman, pengetahuan dan kerjasama yang ada pada barisan jawatankuasa yang dilantik pasti akan memudahkan pengurusan majlis tersebut walaupun terpaksa diadakan dalam tempoh waktu yang singkat dan padat dengan aktiviti hujung tahun di kebanyakan sekolah di negeri Kedah . Semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan kepada semua pihak yang terbabit dalam menguruskan persediaan dan perjalanan majlis ini.

Mahrajan j-QAF Daerah Kulim Bandar Baharu dan Kursus Pemantapan GPI Program j-QAF Tahun 2009 Daerah Langkawi/Kubang Pasu.

3Nov- Pagi tadi sempat saya mengadiri jemputan majlis Mahrajan j-QAF daerah Kulim Bandar Baharu yang diadakan di SK Datok Haji Zainuddin, Serdang. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Tuan Haji Mohtar bin Mahmud di atas jemputan dan kejayaan menganjurkan majlis tersebut. Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu, Tuan Haji Abu Bakar bin Md Ali.Mahrajan daerah KBB pada hari ini disertai oleh 381 peserta dari 27 buah sekolah program j-QAF daerah tersebut. Pertandingan yang diadakan ialah Ujian Tilawah Al-Quran (L dan P), Dikir Barat Bahasa Arab , Kalam Jama'ei dan Kuiz j-QAF. Penyertaan Mahrajan kali ini mendapat sambutan yang cemerlang dari sekolah-sekolah. Ulasan ketua hakim menunujukkan berlaku peningkatan penyertaan dan juga kualiti penyampaian dan persembahan dalam semua kategori yang dipertandingkan. Semoga mahrajan j-QAF pada tahun ini meninggalkan pengalaman dan impak yang positif dan mendalam kepada para peserta yang mengambil bahagian untuk memperbaiki mutu persembahan mereka pada tahun hadapan. Tahniah diucapkan pada PK j-QAF KBB, jawatankuasa pengelola dan jawatankuasa kerja dan semua urusetia serta krew yang terlibat dalam majlis tersebut. Semoga curahan keringat dan idea serta pengalaman tuan/puan dalam menjayakan mahrajan pada tahun ini ke arah melahirkan generasi modal insan terbilang mendapat keberkatan dari Ilahi .

Pada sebelah petang pulak saya sempat menghadiri perjumpaan dengan peserta Kursus Pemantapan GPI program j-QAF Peringkat Negeri Kedah Tahun 2009 yang disertai oleh GPI Program j-QAF ambilan 2008 di PKG Ayer Hitam. Kursus ini merupakan kursus siri terakhir diadakan kepada GPI program j-QAF yang baru dilantik sebagai PPP DC 41 negeri Kedah pada Julai yang lalu. Tujuan dan objektif kursus ini diadakan pada setiap tahun ialah untuk;
+ Menyediakan barisan GPI j-QAF yang mantap sebagai pengurus berkesan dan cemerlang di sekolah.

+ Meningkatkan pengetahuan dan kemahran agar sentiasa peka dengan isu-isu semasa serta dapat menyampaikan maklumat sebenar pelaksanaan program j-QAF.

+ Memantapkan kefahaman dan keyakinan diri GPI j-QAF sebagai pelaksana program j-QAF secara berkesan dan bermatlamat

+ Mewujudkan cara bekerja berpasukan yang berhemat dan bermaklumat serta tidak saling menyalahkan.

Kursus selama dua hari ini dihadiri oleh peserta dari daerah Kubang Pasu dan Langkawi seramai 44 orang semuanya. Diharapkan kursus pada hari ini dan esok akan memberi keyakinan dan kekuatan baru kepada peserta-peserta untuk mempersiapkan diri dalam mengharungi kerjaya sebenar sebagai GPI Program j-QAF. Penampilan diri dalam siri-siri pembentangan hasil LDK diharapkan akan dapt menjernihkan kekaburan mereka dan membantu mereka menjalankan tanggungjawab yang berkesan kepada murid-murid di sekolah. Pengalaman hasil dari kursus ini diharapkan akan menjadikan para peserta lebih bersemangat, berkeyakinan tinggi dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan liku dalam kerjaya. Sekaligus akan menjadikan mereka perancang yang berkesan untuk merancang perjalanan kerjaya dalam menjayakan matlamat dan objektif program j-QAF kepada modal insan Muslim di masa depan. Selamat berkursus dan syabas kepada Pegawai Khas Pendidikan Islam, PPD Kubang Pasu; Ustaz Burhanurdin Hassan dan para Fasalitator yang setia bersama kursus ini iaitu Ustaz Akmal Ahmad, Ustaz Mohd Nazri Hashim, Ustaz Md Isa Mt Arop dan Ustaz Mohd Rukhaimi.