Tuesday, July 20, 2010

e-PPD & e-JPN Jun 2010 : شـــكرا على مساهمتكمTerima Kasih Semua Yang Terlibat Memberi Sumbangan.

20 Julai- الحمـــد لله, semua pegawai dan JU e-Pelaporan Jun 2010 dapat berkumpul di PKG Sg. Limau pada hari ahad yang lepas dan dapat berkongsi pengalaman dan cabaran yang berbeza dari PPD masing-masing dalam usaha mengumpul dan melengkapkan e-PPD masing-masing.
Dalam bengkel itu juga JU e-Pelaporan negeri, Ustaz Akmal Ahmad juga sempat menyampaikan taklimat berkaitan dengan langkah dan tugasan seterusnya untuk membuat prestasi (ranking) pencapaian sekolah mengikut daerah dan di peringkat negeri. Mudah-mudahan usaha tersebut akan dapat memudahkan lagi sesi penyeliaan dan pemantauan ke sekolah-sekolah yang berprestasi rendah oleh mana-mana pegawai dari PPD, JPN dan KPM dalam tempoh enam bulan akan datang.Ucapan tahniah dan terima kasih ditujukan kepada semua JU daerah dalam menyiapkan e-Pelaporan peringkat PPD dan semua guru yang terlibat di peringkat e-Sekolah dalam usaha menyiapkan tugasan 2x setahun ini dalam melaporkan pencapaian murid di sekolah masing-masing. Mudah-mudahan prestasi kerja dan pencapaian murid pada kali ini akan dapat mempertingkatkan lagi iltizam semua GPI dan GPI j-QAF ke arah memperkasakan Pendidikan Islam di semua sekolah program j-QAF ke arah melahirkan modal insan duniawi dan ukhrawi.

Kepada semua pegawai yang terlibat dalam memperkasakan Pendidikan Islam melalui program j-QAF di daerah masing-masing, ucapan tahniah ditujukan di atas komitmen dan kerjasama yang amat memberansangkan yang diberikan oleh tuan-tuan. Tanpa tuan-tuan pegawai, JU dan semua GPI j-QAF siapalah saya. Terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung ke arah melengkapkan data kutipan e-Pelaporan Pencapaian Murid Sekolah Program j-QAF Jun 2010 seluruh negeri Kedah.

Wednesday, July 14, 2010

Pencerapan Buku Rekod Bacaan Al-Quran Daerah Baling

14 Julai- Pencerapan berpusat ini telah disusun atur dan dirancang oleh Unit Pendidikan Islam , PPD Baling Sik di bawah seliaan Ustaz Yusuf Abdullah dan sedang diadakan di SK Kg KEDA (15 SK Sik ), Baling bermula jam 8.30 pagi dan dijangka berakhir jam 4.00 petang nanti. Diharapkan sesi pencerapan ini berjalan dengan lancar dan memberi impak terbaik ke arah memantapkan lagi sesi Tasmik dan BIG serta meningkatkan lagi bilangan murid yang akan khatam Al-Quran pada tempoh waktu seterusnya.

SK Sik

SK Kg KEDA

Turut serta dalam sesi pencerapan berpusat ini ialah Ustaz Jamaluddin Saud, Pegawai Khas j-QAF PPD Kuala Muda Yan, Ustaz Dziauddin Saad Pegawai Khas j-QAF PPD Kota Setar, Ustaz Md Isa bin Md Ali, Penyelia Pendidikan Islam, PPD Kubang Pasu, Ustaz Razif ; Penyelia Pendidikan Islam PPD Kulim Bandar Baharu. Terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama tuan-tuan, mudah-mudahan sentiasa dirahmati Allah.

Tuesday, July 13, 2010

Kerja Kolektif

13Julai-Sebelah pagi kesempatan bersama Ketua Unit saya,Ustaz Ismail Yahya melakukan tugasan pemantauan Anugerah Kualiti SABK di SMA Pekan Gurun. Lawatan kami tiba pada jam 9.30 pagi dan berakhir jam 1.30 tengahari.

Kami disambut mesra oleh Tuan Pengetua, Ustaz Hj. Harun bin Hj Ismail dan Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Haji Zulkifle bin Baharom berserta guru kanan yang lain. Tinjauan sepintas lalu dipersekitaran sekolah mendapati suasana keceriaan yang memuaskan dan kondusif bersesuaian sebagai tempat untuk menuntut ilmu.Terima kasih kepada semua pihak dari SMA Pekan Gurun di atas layanan, kerjasama dan sumbang-saran yang diberikan oleh tuan puan sepanjang sesi pemantauan tersebut. Semoga prestasi dan unjuran pencapaian yang dirancang dan sedang dilaksanakan pada tahun ini akan meningkatkan lagi pencapaian keseluruhan aspek yang disasarkan mencapai objektifnya serta memberi impak terbaik kepada semua pelajar dan warga SMA Pekan Gurun.

Pada sesi petang saya berkesempatan menghadiri satu perjumpaan yang terdiri dari semua wakil sekolah program j-QAF daerah Baling Sik yang telah disusunaturkan oleh Ustaz Yusuf Abdullah , Penyelia Pendidikan Islam PPD Baling Sik yang menguruskan program j-QAF di sana.Pertemuan ringkas di PKG Kuala Pegang itu memberikan sedikit ruang menjelaskan beberapa perkara kepada semua wakil sekolah untuk dipanjangkan kepada rakan di sekolah masing-masing. Ruang waktu yang terhad mengakibatkan kesibukkan yang memuncak untuk menyelesaikan urusan pengisian dan pengumpulan data e-Pelaporan Jun daerah ( e-PPD ). Sesi ini diurus selia oleh JU-JU e-Pelaporan daerah cukup untuk membuktikan kesungguhan dan kecekapan menjalankan tanggungjawab serta pemuafkatan yang akrab wujud di kalangan semua wakil sekolah yang hadir pada petang ini.Mereka menafikan keselesaan asalkan tugasan terlaksana dan mencapai objektif. Tahniah di atas kesungguhan ustaz-uastazah yang saling membantu pengurusan semua hal ehwal j-QAF di sekolah dan daerah tuan puan. Dengar habaq JU-JU beroperasi hingga jam 6.00 petang...! Takpa, bukan selalu no ? Esok kita jumpa di SK Kg. KEDA dan lusa di SK Sik dalam untuk sesi pencerapan Buku Rekod Bacaan Murid SK Program j-QAF daerah Baling Sik .

Monday, July 12, 2010

Pemantauan Anugerah Kualiti SABK Negeri Kedah 2010

12Julai-Kesempatan yang ada pada pagi ini dapat menggerakkan saya bersama Ustaz Ahmadi Putra untuk berkunjung ke SMA Sg. Petani di Bedong untuk menunaikan tugas yang tertangguh. Sambutan yang diterima amat memuaskan dari Pengetua, PK , guru dan juga staf di pejabat sekolah tersebut.
Kunjungan hampir 5 jam untuk menilai aspek yang terdapat dalam semua instrumen yang digariskan sempat menyelesaikan tugasan pada hari ini. Terima kasih daun keladi, bila dah pi rasa nak pi lagi. Tahniah dan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Ustaz Haji Zakaria, Penolong Kanan dan semua guru yang terlibat sepanjang sesi penilaian pada hari ini. Sesungguhnya anda hebat, dan kekalkan kehebatan serta tingkatkan lagi aspek-aspek yang difikirkan perlu untuk kecemerlangan sekolah, guru dan pencapaian pelajar dan seluruh warga SMA Sg. Petani.

Tuesday, July 6, 2010

Taklimat Penempatan GST Ambilan 2009

amanat Tuan Pengarah IPG Kampus Darulaman; Tn Hj Ruslan Abd Hamid

6Julai - Sempat saya bertemu dengan GST dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg. Petani. Tak lama di sana kurang lebih satu jam sahaja kerana terpaksa berpatah balik ke IPG Kampus Darulaman untuk urusan yang sama pada jam 2.30 petang. Manakala GST Ambilan 2009 di IPPs pula saya telah amanahkan kepada sahabat sejawatan Ustaz Zulkifli Deraoh untuk membantu. Semua GST ambilan 2009 tamat ujian dan peperiksaan KISSM pada jam 12.30 tengahari. Sepanjang perjalanan di lebuhraya kurang lebih 2jam pergi dan balik saya menerima hampir 20 panggilan masuk dari GST yang tamat ujian KISSM dari ke tiga-tiga IPG bertanyakan status mereka selepas tamat KISSM pada hari ini. Alhamdulillah setelah tamat taklimat pada jam 4.30 petang isu tersebut reda dan hphone saya kembali normal. Segala desas-desus terjawab. Apa yang diharapkan ialah semoga isu penempatan ini akan dapat ditangani dengan segera oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab kerana implikasinya agak serius kerana ia melibatkan ramai murid dibangku sekolah dan juga pentadbiran serta penjadualan. Teringat kepada pesanan Ustaz Ishak Abdul Manaf kepada GST terlibat di IPG Kampus SAH, agar kita banyak bersabar di atas ujian yang tak seberapa ini, dan sentiasalah berdoa kepada Allah dipermudahkan segala urusan dan tidak bersedih serta berharaplah kepada Allah agar isu dapat cepat diselesaikan. Pasti ada hikmah di sebaliknya.

salam perpisahan dari Ust. Asri Penyelaras IPG Kampus Darulaman
"mai-la pulak lepaih ni, kami sedia membantu anda"


Di IPG Kampus Darulaman pula Tuan Pengarah, Tuan Haji Roslan bin Abdul Hamid pula amat berharap agar semua GST terlibat dapat meningkatkan ciri-ciri dan keupayaan menjadi Ustaz dan Ustazah. Katanya; walaupun anda telah tamat Kursus KPLI, keperluan asas kepada kelengkapan ilmu sebagai pendidik yang berkesan perlu dicari dan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke masa bagi membantu kefahaman dan pengetahuan murid."Jika Anda Lebih Banyak Memberi , Anda Lebih Banyak Akan Mendapat". Segalanya semata-mata untuk menjamin kelansungan penghayatan Islam kepada generasi akan datang. Harap-harap jangan ada umum mempersoalkan; 6 tahun diasuh guru program j-QAF masih ada yang tak kenal huruf Al-Quran dan tulisan jawi. Sama-sama renungkan.

Terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Zaki Hashim, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral serta Ustaz Asri bin Md Saman, Penyelaras j-QAF IPG Kampus Darulaman , Ustaz Mohd Zuki bin Hashim,Penyelaras j-QAF dan Pensyarah Pendidikan Islam, Ustaz Ishak dan Ustaz Ismail Abdul Rahman, IPG Kampus Sultan Abdul Halim yang turut serta dan memberi banyak sumbangan ke arah membantu memantapkan Pendidikan Islam melalui pengurusan program j-QAF sepanjang GST Ambilan 2009 di IPG

sambe-sambe isi borang, dengaq sama no.
Nak pi dah no, sedih la jugak,
tp macam ni lah dok jadi tiap tahun

Akhir sekali, Tahniah dan Selamat menghadapi temuduga SPP kepada semua GST Ambilan Januari 2009 pada 7 hingga 9 Julai 2010. Semoga anda berjaya dan dilantik segera.

PPD Kota Setar "Sentiasa Mendahului"

5Julai- Demi untuk merealisasikan moto PPD KS, maka pada pagi ini satu bengkel khas kutipan data berpusat dan berperingkat telah diatur oleh PK j-QAF PPD KS, Ustaz Dziauddin bersama Ustaz Ibrahim, Penyelia Pendidikan Islam dengan dibantu oleh gandingan krew-krew JU Kota Setar di Bilik Mesyuarat SK Bukit Pinang bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Tinjauan saya mendapati gerak kerja yang disusun atur begitu kemas dan bermaklumat. Kehadiran guru secara berperingkat mengikut masa yang disusun atur umpama serangan Belanda ke pintu gol Argentina. Kutipan data berjalan lancar mengikut kohort sekolah dan dipecahkan secara berkumpulan. Kemudian semua kutipan secara pecahan itu digabungkan menjadi e-PPD Kota Setar. Tahniah diucapkan kepada gandingan mantop pengurusnya umpama team bola Jerman di world cup Africa. Cuma di sini tidak ada masa tambahan.

Monday, July 5, 2010

Sekali Sekala........

4Julai- Kesempatan bercuti di tanah air selama dua minggu menemukan semula perpisahan sementara antara warga SPI dan Ustaz Harun yang kini sedang bertugas sebagai Staff Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan penghuni Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK).
Turut serta memeriahkan lagi pertemuan pada makan tengahari ialah Ustaz Rushdan yang sedang bercuti sambung belajar Phd. Seronok sekali-sekala berjumpa macam ni, banyak idea dan pengalaman baru dari mereka dapat dikongsi bersama. Terima kasih kepada Ustaz Harun Mat Zain semoga rezeki bertambah-tambah, tambah .......

Puas pujuk nak ajak makan, pastu puas pujuk nak suruh berhenti



hanggau !....... ceduk !, mana nasi tambah...?

idea Ust. Khairulanwar .... diet.....minum je !

Thursday, July 1, 2010

Taklimat Pengisian Data e-Pelaporan Jun 2010 Daerah Langkawi

30 Jun- Taklimat tersebut diadakan di PKG Kuah, Langkawi pada sebelah petang. Kehadiran memuaskan walaupun ada beberapa sekolah yang tidak menghantar wakil dalam perjumpaan yang penting seumpama ini. Mudahan perkara seumpama ini dapat diatasi pada masa depan untuk penyelarasan yang lebih berkesan dan tidak mengganggu urusan pengumpulan data di peringkat daerah . Semua daerah mempunyai masa sehingga 17 Julai untuk urusan pengumpulan data Jun kerana e-JPN akan di adakan pada 18hb Julai 2010 akan datang di PPD Kuala Muda Yan. Semoga masa yang ada dapat memberi ruang dan kesempatan yang secukupnya kepada semua pihak dalam urusan pengumpulan data pada kali ini. Perlu diingatkan bahawa pengumpulan data di peringkat e-Sekolah perlu lebih berhati-hati dan semakan yang teliti dalam semua aspek yang diperlukan. Kecuaian di peringkat e-Sekolah akan menyebabkan usaha pengumpulan e-PPD menghadapi masalah untuk diselaraskan dan terpaksa mengambil masa untuk diatasi.