Monday, August 23, 2010

Memo Penempatan PPPS DG41 AMBILAN JANUARI 2009

Dimaklumkan bahawa semua PPPS DG41 lepasan KPLI Program j-QAF Ambilan Januari 2009 negeri Kedah.

Tuan/Puan/Encik/Cik diarahkan untuk mendapatkan memo penempatan masing-masing daripada Pegawai Khas j-QAF/Penyelia Pendidikan Islam di Unit Pendidikan Islam, pejabat pelajaran daerah masing-masing seperti ketetapan berikut dan melaporkan diri bertugas ;


1) Daerah Langkawi

Masa : 9.30 pagi





2) Daerah Kulim/Bandar Baharu

Masa : 8.00 pagi


3) Daerah Kubang Pasu, Kota Setar,
Baling /Sik, Kuala Muda/Yan,
Padang Terap dan Pendang.

Masa : 8.30 pagi


Selamat bertugas dengan penuh dedikasi .




Yang menurut perintah;

(ABDUL SOMAD BIN ABDULLAH)

Sunday, August 8, 2010

Perjumpaan GST Program j-QAF Ambilan 2009 Negeri Kedah





Dimaklumkan kepada semua Guru Sandaran Terlatih (GST) Program j-QAF Ambilan Januari 2009 dari negeri Kedah ( IPG Kampus Darulaman, IPG Kampus Perlis dan IPG Kampus Sultan Abdul Halim).

Sehubungan itu anda dijemput ke satu Perjumpaan Khas yang akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 10 Ogos 2010/29 Sya'aban 1431 (Selasa)
Tempat : Dewan Zaaba, IPG Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah
Masa : 9.00 Pagi
Kehadiran : Semua GST Program j-QAF Ambilan Januari 2009.


Kerjasama tuan puan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


Saya yang menurut perintah;
(ABDUL SOMAD BIN ABDULLAH)
Penolong Pengarah Kanan j-QAF,
Unit Pengurusan Pendidikan Islam,
Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.





Thursday, August 5, 2010

Beberapa Hari Lepas.....

5 Ogos 2010 SK Seberang Nyonya: Pencerapan Buku Rekod Bacaan Al-Quran Murid SK Program j-QAF Daerah Kota Setar.

Terima kasih kepada semua pegawai yang telah memberi kerjasama selama dua hari di PKG Langgar dan SK Seberang Nyonya, Jalan Kuala Kedah. Sesi pencerapan kali ini adalah kerjasama antara PPD Kota Setar dan SPI, JPN Kedah dalam usaha ke arah memantapkan pelaksanaan dan kegunaan BRBQ murid program j-QAF seluruh negeri Kedah. Tumpuan utama semakan kali ini tertumpu kepada SK Kohort 2005.

Antara pegawai terlibat pencerapan BRBQ daerah Kota Setar.

4-5 Ogos 2010:Mesyuarat Penyelarasan Dan Mengemaskini Data
Guru Sekolah Rendah Mengikut Opsyen dan Jenis Sekolah
Bil.3 Tahun 2010 Peringkat Negeri Kedah

Lihat BlogPegawai-pegawai dari Unit Pengurusan SR JPN Kedah

Hari Ke 2 di SK Kg KEDA, Kupang , Baling

Hari Pertama di SK Jalan Paya Besar, Kulim


2 Ogos 2010:Dewan Utama Komplek Tabung Haji Pulau Pinang:Multaqa GPI

Menghimpunkan 1000 wakil Guru Pendidikan Islam Perlis, Kedah,
Pulau Pinang dan Utara Perak

1 Ogos 2010Regancy Hotel G.Jerai:Mesyuarat Pengurusan SPI / UPI
dan Majlis Pra Persaraan Tuan Ketua Sektor SPI,JPN Kedah


Banyak pesanan dan nasihat disampaikan oleh Tuan Ketua Sektor untuk
dijadikan pedoman dan panduan dalam menjalankan tugasan di SPI

Cenderahati tanda ingatan dari PPD dan Unit SPI


wajah-wajah ceria selepas jamuan.


Gunung Jerai Negeri Kedah


27 Julai 2010PKG Tunjang:Pemantauan dan Pencerapan BRBQ
dan Taklimat KSSR PI & BA Tahun 1/2011

Taklimat awal kepada semua pegawai j-QAF seluruh Kedah

Taklimat Kuriulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 1/2011 PI dan BA

Bersama GB SK Tunjang dan Ust.Khairul Naim Jaafar
dlm sesi pencerapan Buku Rekod Bacaan Al-Quran