Monday, October 12, 2009

Mesyuarat Penyelarasan Pra Pertukaran GPI Program j-QAF Tahun 2010

11 Oktober2009- Mesyuarat Penyelarasan Pra Pertukaran GPI Program j-QAF Tahun 2010 berlangsung di Bilik Mesyuarat,PPD Kulim Bandar Baharu pada hari ini. Perjalanan mesyuarat bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada awal petang.Dalam sesi mesyuarat tersebut, pegawai-pegawai yang menguruskan perjalanan Program j-QAF di semua daerah seluruh Kedah membuat teguran terhadap permohonan-permohonan yang tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Umpamanya ada sesetengah permohonan manual yang dibuat terus dihantar ke SPI, JPN ( kepada saya ) sahaja dan tidak ada salinan yang diserahkan kepada UPI, PPD daerah masing-masing. Hal ini tetap berlaku dimana sepatutnya setiap permohonan perlu melalui dan dimaklumkan kepada pihak PPD terlebih dahulu. Di samping itu ada juga permohonan yang dibuat tanpa mengisi borang permohonan tukar yang sepatutnya, ia sekadar dua tiga helai surat kiriman kepada pegawai untuk diproses.Tidak kurang juga GPI program j-QAF yang baru sahaja dilantik GST pada bulan Julai yang lalu berlumba-lumba mengisi borang pertukaran. Ada yang pertukaran sehala dan ada yang juga permohonan suka sama suka.... kohort dan opsyennya entah ke mana. Yang penting nak tukar Sesetengahnya bila ditanya, "boleh dah ka anta mohon bertukar?". Jawapannya; saja-saja mohon, kalau ada rezeki dapat ..... tak dapat pun tak pa". kata mereka. Panggilan talipon bertanya tentang pertukaran kepada pegawai dalam tempoh sebulan ini tidak mengira masa. Ada yang lembut gigi dari lidah , ada yang celupar dan tidak kurang juga yang terlajak cakap. "Saya kira macam ni je Ustaz,.... kalau permohonan saya tak dapat Ustaz saya kira zalim ". Ni nak kira macam mana ni......?. Selain daripada itu ada juga yang bawa suami, isteri, mertua dan anak-anak kecil mai duk teriak dan jerkah depan pegawai, pada hal mereka tahu mereka memang tak layak pohon lagi. .....dan bermacam-macam lagi tingkah yang meremang bulu romaku. Mudahan-mudahan semua permohonan akan mendapat hajat masing-masing.Walaubagaimanapun, pada pandangan saya, sikap dan tingkah yang tidak sepatutnya sewajarnya tidak berlaku di kalangan sebahagian kecil daipada kita yang bergelar Ustaz dan Ustazah Program j-QAF. Ini kerana perjanjian perjawatan telah sedia dimaklumi dan akuan sedia berkhidmat di mana diperlukan perlu sentiasa di sanubari. Bagi sedara-sedari kaum kerabat saya yang ada di Sabah Sarawak, umpamanya di Kapit, Limbang, Semporna dan Lahat Datu, jika anda layak mohonlah. Itu hak anda. Tapi perlu ingat, kalau ada rezeki dapat, tapi kalau tak dapat anda tetap diberi rezeki setiap bulan ...... Dengan rezeki itulah kita menyara kehidupan dan keluarga walau di mana jua. Sekali lagi .... rezeki kita, kita dapat. Bagaimana rezeki anak murid kita ? Adakah sukatan mereka sudah kita dapatkan untuk mereka ? Yang sedihnya belum tamat tempoh perjanjian dah mohon dari 30km nak bagi jadi 10 ke 15 km, yang dah dekat nak didekatkan lagi.....alasan, seribu bahasa. Tapi kalau dapat tu kira tuah badan dan rezeki murah laa. Apapun keputusan mesyuarat adalah jawapannya.

Maaf , secebis rasa dikongsi..... kian kita bersua.

No comments:

Post a Comment