

Mesyuarat yang dijangka dihadir oleh 56 pegawai terdiri daripada Penolong-Penolong Pengarah j-QAF JPN seluruh negara, Pensyarah-Pensyarah IPGM seluruh negara, pegawai BPI dan Pegawai-Pegawai serta staf dari BPG, KPM. Penyelaras Mesyuarat, Tuan Haji Anuar bin Abdul Moin dari BPG dalam taklimat awalnay berharap ambilan khas Jun 2009 ini akan dapat mengurangkan keperluan mendesak bekalan guru dalam subjek-subjek yang diunjurkan pada kali ini.

Dalam ucapan aluan Tuan Timbalan Pengarah BPG, KPM En. Abdul Halim bin Abdul Razak juga berharap ambilan kali ini akan dapat mengisi keperluan yang mendesak di sekolah-sekolah di pendalaman seperti Sabah dan Sarawak serta pendalaman di Semenanjung. Mesyuarat ini dijangka akan berakhir pada 2.00 petang 11.6.2009.
No comments:
Post a Comment