
Dikesempatan itu juga saya berkesempatan meninjau proses penggabungan data e-Pelaporan 6 Bulan Pertama Daerah Kota Setar yang telah diadakan di makmal komputer sekolah tersebut. Dengan kecekapan dan ketelitian menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, saya percaya jawatankuasa yang dibentuk khas oleh Yang Berusaha Ustaz Dziauddin akan dapat menyelesaikan proses penggabungan e-PPD Kota Setar dalam tempoh waktu yang singkat.



Terima kasih kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam yang hadir dan turut serta dalam sesi soal jawab pada pagi tadi. Semoga pemantauan pada kali ini akan menghasilkan penemuan-penemuan yang boleh menguntungkan semua pihak dalam pelaksanaan program j-QAF di daerah Kota Setar.
Syabas diucapkan pada PK j-QAF Kota Setar kerana berjaya mengadakan dua program serentak pada hari ini dan tidak lupa juga ribuan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar, Tuan Haji Anuar yang sudi memberi segala kemudahan tempat dan prasarana untuk kedua-dua program yang sempat saya hadiri di SK Taman Uda pada hari ini.
No comments:
Post a Comment