13Julai-Sebelah pagi kesempatan bersama Ketua Unit saya,Ustaz Ismail Yahya melakukan tugasan pemantauan Anugerah Kualiti SABK di SMA Pekan Gurun. Lawatan kami tiba pada jam 9.30 pagi dan berakhir jam 1.30 tengahari.
Kami disambut mesra oleh Tuan Pengetua, Ustaz Hj. Harun bin Hj Ismail dan Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Haji Zulkifle bin Baharom berserta guru kanan yang lain. Tinjauan sepintas lalu dipersekitaran sekolah mendapati suasana keceriaan yang memuaskan dan kondusif bersesuaian sebagai tempat untuk menuntut ilmu.Terima kasih kepada semua pihak dari SMA Pekan Gurun di atas layanan, kerjasama dan sumbang-saran yang diberikan oleh tuan puan sepanjang sesi pemantauan tersebut. Semoga prestasi dan unjuran pencapaian yang dirancang dan sedang dilaksanakan pada tahun ini akan meningkatkan lagi pencapaian keseluruhan aspek yang disasarkan mencapai objektifnya serta memberi impak terbaik kepada semua pelajar dan warga SMA Pekan Gurun.
Pada sesi petang saya berkesempatan menghadiri satu perjumpaan yang terdiri dari semua wakil sekolah program j-QAF daerah Baling Sik yang telah disusunaturkan oleh Ustaz Yusuf Abdullah , Penyelia Pendidikan Islam PPD Baling Sik yang menguruskan program j-QAF di sana.Pertemuan ringkas di PKG Kuala Pegang itu memberikan sedikit ruang menjelaskan beberapa perkara kepada semua wakil sekolah untuk dipanjangkan kepada rakan di sekolah masing-masing. Ruang waktu yang terhad mengakibatkan kesibukkan yang memuncak untuk menyelesaikan urusan pengisian dan pengumpulan data e-Pelaporan Jun daerah ( e-PPD ). Sesi ini diurus selia oleh JU-JU e-Pelaporan daerah cukup untuk membuktikan kesungguhan dan kecekapan menjalankan tanggungjawab serta pemuafkatan yang akrab wujud di kalangan semua wakil sekolah yang hadir pada petang ini.Mereka menafikan keselesaan asalkan tugasan terlaksana dan mencapai objektif. Tahniah di atas kesungguhan ustaz-uastazah yang saling membantu pengurusan semua hal ehwal j-QAF di sekolah dan daerah tuan puan. Dengar habaq JU-JU beroperasi hingga jam 6.00 petang...! Takpa, bukan selalu no ? Esok kita jumpa di SK Kg. KEDA dan lusa di SK Sik dalam untuk sesi pencerapan Buku Rekod Bacaan Murid SK Program j-QAF daerah Baling Sik .
No comments:
Post a Comment