Tuesday, July 6, 2010

Taklimat Penempatan GST Ambilan 2009

amanat Tuan Pengarah IPG Kampus Darulaman; Tn Hj Ruslan Abd Hamid

6Julai - Sempat saya bertemu dengan GST dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg. Petani. Tak lama di sana kurang lebih satu jam sahaja kerana terpaksa berpatah balik ke IPG Kampus Darulaman untuk urusan yang sama pada jam 2.30 petang. Manakala GST Ambilan 2009 di IPPs pula saya telah amanahkan kepada sahabat sejawatan Ustaz Zulkifli Deraoh untuk membantu. Semua GST ambilan 2009 tamat ujian dan peperiksaan KISSM pada jam 12.30 tengahari. Sepanjang perjalanan di lebuhraya kurang lebih 2jam pergi dan balik saya menerima hampir 20 panggilan masuk dari GST yang tamat ujian KISSM dari ke tiga-tiga IPG bertanyakan status mereka selepas tamat KISSM pada hari ini. Alhamdulillah setelah tamat taklimat pada jam 4.30 petang isu tersebut reda dan hphone saya kembali normal. Segala desas-desus terjawab. Apa yang diharapkan ialah semoga isu penempatan ini akan dapat ditangani dengan segera oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab kerana implikasinya agak serius kerana ia melibatkan ramai murid dibangku sekolah dan juga pentadbiran serta penjadualan. Teringat kepada pesanan Ustaz Ishak Abdul Manaf kepada GST terlibat di IPG Kampus SAH, agar kita banyak bersabar di atas ujian yang tak seberapa ini, dan sentiasalah berdoa kepada Allah dipermudahkan segala urusan dan tidak bersedih serta berharaplah kepada Allah agar isu dapat cepat diselesaikan. Pasti ada hikmah di sebaliknya.

salam perpisahan dari Ust. Asri Penyelaras IPG Kampus Darulaman
"mai-la pulak lepaih ni, kami sedia membantu anda"


Di IPG Kampus Darulaman pula Tuan Pengarah, Tuan Haji Roslan bin Abdul Hamid pula amat berharap agar semua GST terlibat dapat meningkatkan ciri-ciri dan keupayaan menjadi Ustaz dan Ustazah. Katanya; walaupun anda telah tamat Kursus KPLI, keperluan asas kepada kelengkapan ilmu sebagai pendidik yang berkesan perlu dicari dan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke masa bagi membantu kefahaman dan pengetahuan murid."Jika Anda Lebih Banyak Memberi , Anda Lebih Banyak Akan Mendapat". Segalanya semata-mata untuk menjamin kelansungan penghayatan Islam kepada generasi akan datang. Harap-harap jangan ada umum mempersoalkan; 6 tahun diasuh guru program j-QAF masih ada yang tak kenal huruf Al-Quran dan tulisan jawi. Sama-sama renungkan.

Terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Zaki Hashim, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral serta Ustaz Asri bin Md Saman, Penyelaras j-QAF IPG Kampus Darulaman , Ustaz Mohd Zuki bin Hashim,Penyelaras j-QAF dan Pensyarah Pendidikan Islam, Ustaz Ishak dan Ustaz Ismail Abdul Rahman, IPG Kampus Sultan Abdul Halim yang turut serta dan memberi banyak sumbangan ke arah membantu memantapkan Pendidikan Islam melalui pengurusan program j-QAF sepanjang GST Ambilan 2009 di IPG

sambe-sambe isi borang, dengaq sama no.
Nak pi dah no, sedih la jugak,
tp macam ni lah dok jadi tiap tahun

Akhir sekali, Tahniah dan Selamat menghadapi temuduga SPP kepada semua GST Ambilan Januari 2009 pada 7 hingga 9 Julai 2010. Semoga anda berjaya dan dilantik segera.

No comments:

Post a Comment