20 Julai- الحمـــد لله, semua pegawai dan JU e-Pelaporan Jun 2010 dapat berkumpul di PKG Sg. Limau pada hari ahad yang lepas dan dapat berkongsi pengalaman dan cabaran yang berbeza dari PPD masing-masing dalam usaha mengumpul dan melengkapkan e-PPD masing-masing.
Dalam bengkel itu juga JU e-Pelaporan negeri, Ustaz Akmal Ahmad juga sempat menyampaikan taklimat berkaitan dengan langkah dan tugasan seterusnya untuk membuat prestasi (ranking) pencapaian sekolah mengikut daerah dan di peringkat negeri. Mudah-mudahan usaha tersebut akan dapat memudahkan lagi sesi penyeliaan dan pemantauan ke sekolah-sekolah yang berprestasi rendah oleh mana-mana pegawai dari PPD, JPN dan KPM dalam tempoh enam bulan akan datang.Ucapan tahniah dan terima kasih ditujukan kepada semua JU daerah dalam menyiapkan e-Pelaporan peringkat PPD dan semua guru yang terlibat di peringkat e-Sekolah dalam usaha menyiapkan tugasan 2x setahun ini dalam melaporkan pencapaian murid di sekolah masing-masing. Mudah-mudahan prestasi kerja dan pencapaian murid pada kali ini akan dapat mempertingkatkan lagi iltizam semua GPI dan GPI j-QAF ke arah memperkasakan Pendidikan Islam di semua sekolah program j-QAF ke arah melahirkan modal insan duniawi dan ukhrawi.
Kepada semua pegawai yang terlibat dalam memperkasakan Pendidikan Islam melalui program j-QAF di daerah masing-masing, ucapan tahniah ditujukan di atas komitmen dan kerjasama yang amat memberansangkan yang diberikan oleh tuan-tuan. Tanpa tuan-tuan pegawai, JU dan semua GPI j-QAF siapalah saya. Terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung ke arah melengkapkan data kutipan e-Pelaporan Pencapaian Murid Sekolah Program j-QAF Jun 2010 seluruh negeri Kedah.
No comments:
Post a Comment