Tuesday, March 30, 2010

Mesyuarat eG-Tukar Peringkat Negeri





30 Mac- Mesyuarat diadakan di PPD Kuala Muda Yan, bermula jam 8.30 pagi. Ucapan aluan di pengerusikan oleh Tuan Haji Munajat bin Tamrin Ketua Sektor Perkhidmatan, JPN Kedah.Semua pegawai pengurusan guru sekolah rendah dan menengah dari JPN dan semua PPD terlibat.

Proses permohonan pertukaran secara online akan bermula 1-25 April 2010 bagi tempoh pengisian permohonan oleh guru-guru yang memohon bertukar. 26-30 Mac 2010 adalah tempoh GB membuat pengesahan. Permohonan pertukaran secara online akan ditutup pada 1 Mei 2010.

Bagi guru j-QAF, kelayakan memohon pertukaran secara online hanya layak kepada guru yang telah berkhidmat 54 bulan di sesebuah sekolah. Maka bermulalah musim multaqa tukar secara maya pula pada sesi 2010 dan seterusnya. Selamat bertugas walau di mana tuan-puan berada. Pastiakn murid j-QAF mendapat haknya.

2 comments:

  1. slm ustat yg maintain hensem..bila saya bole tukaq skola nih.kesian kt saya.dh lama dok tunggu nih......

    ReplyDelete
  2. nak tanya ustaz..betul ker pertukaran suka sama suka dah x boleh..semua kena minta online..jadi mcm mana bagi org yang ada suka sama suka...mohon penjelasan dari ustaz

    ReplyDelete