Sunday, January 31, 2010

Taklimat Ketua-Ketua Panitia Pendidikan Islam PKG Kodiang

31 Januari - Taklimat diadakan di PKG Kodiang pada petang Khamis (28/1/2010) kepada Ketua Panitia Pendidikan Islam dari sekolah-sekolah rendah PKG Kodiang. Tahniah diucapkan kepada Penyelia Kanan Ustazah Hajjah Fatimah, Penyelia Pendidikan Islam Ustaz Md. Isa dan Ustaz Burhanurddin yang telah mengambil langkah awal ke arah memantapkan pengurusan Panitia Pendidikan Islam di kawasan PKG Kodiang. Taklimat yang mantap telah disampaikan oleh Ustazah Fatimah menyentuh banyak perkara yang berhubung dengan tugasan dan pengurusan panitia di sekolah.

Taklimat program dan aktiviti Panitia Pendidikan Islam Teras (Rendah) 2010 negeri telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kurikulum Teras (Rendah)Ustaz Musa Jayyid bin Haji Mohammad. Taklimat j-QAF pula disampaikan tentang status pencapaian murid j-QAF semua murid Tahun 1 hingga Tahun 5/2009 di PKG Kodiang yang perlu diberi perhatian dan tindakan awal oleh Panitia Pendidikan Islam di sekolah masing-masing ke arah mensasarkan penguasaan bacaan Al-Quran 100% kepada murid-murid j-QAF tahun 6/2010. Selain dari itu semua GPI dan GPI j-QAF juga diminta agar sentiasa mengemaskinikan buku rekod bacaan (Tasmik) murid j-QAF, terutama murid tahun 6 /2010 yang akan ke tingkatan 1/2011. Terima kasih diucapkan kepada semua Ketua Panitia yang menunjukkan komitmen yang cemerlang sepanjang taklimat disampaikan.

Thursday, January 28, 2010

Pemantauan SK di Pulau Tuba dan Taklimat Program j-QAF oleh KS Kepada Semua GPI dan GPI Program j-QAF Daerah Langkawi

28 Januari- Pemantauan sekolah-sekolah di Pulau Tuba ditumpukan kepada melihat dan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh GPI dan GPI program j-QAF yang bertugas di sana. Rombongan pemantauan kali ini terdiri dari Tuan Ketua Sektor Pendidikan Islam, Puan Hajjah Zainab bin Md Saman, Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Tuan Haji Ismail Yahya, PPK j-QAF, PP Kurikulum Sekolah Rendah Ustaz Musa Jayyid, PP Bahasa Arab,Ustaz Khairul Anwar , Penyelia PI Sekolah Rendah,Ustaz Mutalib Saad diiringi oleh Penyelia PI Daerah Langkawi, Ustaz Abdul Razak Hamid.

SK Pulau Tuba; Disambut oleh Ustaz Hadai GPI paling lama di Pulau Tuba.

SK Lubuk Cempedak; disapa oleh putera-puteri yang mudah mesra. Sekelas 9 murid.

SK Lubuk Chempedak; GB agak sebok kerana keraninya cuti bersalin.
Namun kemesraan menyambut tetamu amat mengembirakannya.

Ustaz Deddy satu-satunya GPI j-QAF di SKLC.
Mesti cekal dan tabah. KS melawat bilik j-QAF

Melangkah ke SK Selat Bagan Nyior.
Banyak kenangan Ustaz Razak di sini. Sekolah lama beliau




Pada sebelah pagi kami telah melawat ke SK Pulau Tuba, SK Telok Chempedak, SK Selat Bagan Nyior, SMK Langkawi, Pulau Tuba dan SMK Ayer Hangat.
Manakala Taklimat KS pula diadakan sebelah petang di Dewan Seri Gelam, SK Kedawang, bermula jam 2.45 hingga 5.00 petang.
Terima kasih diucapkan kepada semua GB dan Pengetua yang sudi menerima dengan baik kunjungan kami ke sekolah Tuan. Tidak lupa juga kepada Ustaz Razak yang telah berjaya merealisasikan program pertama 2010 ini di daerah Langkawi. Kepada semua GPI dan GPI j-QAF yang telah hadir dan sudi mendengar dan menerima pandangan dan teguran ke arah memantapkan Pendidikan Islam dan Menjayakan Model Pelaksanaan Program j-QAF di Langkawi diucapkan ribuan terima kasih. InsyaALLAH kita jumpa lagi pada tahun ini.

Monday, January 25, 2010

Mesyuarat Khas Pegawai-Pegawai Sektor Pendidikan Islam JPN dan Pegawai-Pegawai Unit Pendidikan Islam PPD

25 Januari- Mesyuarat berlangsung di Bilik Seminar Cempaka, BTPN pada jam 9.00 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Ketua Sektor, SPI Puan Hjajah Zainab bt. Md Saman.
Hampir kesemua pegawai hadir dalam mesyuarat tersebut kecuali beberapa pegawai yang terpaksa menghadiri majlis yang lebih penting.



Dalam mesyuarat khas ini Tuan Ketua Sektor memulakan mesyuarat dengan ucapan alu-aluan dan melaporkan perkara-perkara penting pihak atasan. Agenda juga menyentuh tentang pelaksanaan aktiviti dan program SPI dan UPI dan beberapa isu tentang keperluan dan lebihan guru Pendidikan Islam di negeri Kedah. Semoga tahun ini akan merancakkan lagi pelaksanaan semua aktiviti yang telah dirancang pada tahun ini.

Sunday, January 24, 2010

PERTUKARAN GPI j-QAF 2010 : Melepasi 54 Bulan Melalui 'online'

24Januari- Berikut dimaklumkan , merujuk kepada surat siaran terbaru yang dikeluarkan dari pejabat Tuan Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk perhatian dan tindakan GPI program j-QAF yang berkenaan.Ini bermakna tiada lagi proses pertukaran secara suka sama suka. Semua proses pertukaran mesti mengikut prosedur sedia ada seperti pertukaran Guru Pendidikan Islam (GPA). Semoga peraturan baru ini akan dapat memberi ruang kepada GPI program j-QAF ambilan 2005 khususnya untuk membuat permohonan tukar tanpa perlu mencari rakan bertukar suka sama suka. Selamat bertugas demi untuk memastikan j-QAF Tanpa Gagal demi maruah Agama, Bangsa dan Negara pada generasi yang dididik.







Thursday, January 21, 2010

Tahniah Warga Baru SPI: j-QAF Padang Terap Kehilangan .....


21 Januari - Hari ini rasmilah Ustaz Nadzhari bin Mahmud menerima memo dan melaporkan diri di Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah sebagai Penolong Pengarah (Pengurusan Akademik) Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama, SPI menggantikan tempat Puan Hajjah Napisah binti Salleh yang bertukar ke Unit Opersai Dakwah sebagai Penolong Pengarah Pengurusan (Perkembangan Syiar Islam) menggantikan Ustaz Mohd Shauqi Ismail yang beralih ke Jawatan Penolong Pengarah Kanan Pendidikan Islam Teras(Menengah) menggantikan Tuan Haji Mohd Rushdan yang melanjutkan pelajaran.

Kepada ketiga-tiga pegawai tersebut, diucapkan selamat bertugas dan selamat menempuh perjawatan baru. Kesediaan tuan/puan menerima perjawatan tersebut akan melancarkan lagi perjalanan pengurusan Pendidikan Islam dan syiar Islam di sekolah-sekolah seluruh Kedah.

Bagi saya dan rakan-rakan yang terus menguruskan Program j-QAF di negeri ini dengan rasa bangga mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Untuk Ustaz Nadzhari diucapkan selamat bertugas dan terima kasih di atas segala sumbang bakti dan keringat serta perahan idea dan kudrat yang telah Tuan berikan untuk memantapkan Pendidikan Islam melalui program j-QAF di daerah Padang Terap Pendang dan Kedah amnya. Tahniah dan selamat bertugas.

Thursday, January 14, 2010

Antara Fokus Pemantauan j-QAF 2010

Assalamualaikum,

Dimaklumkan kepada semua guru Pendidikan Islam Program j-QAF di seluruh negeri Kedah supaya dapat membuat persediaan awal tentang perkara-perkara berikut (rekod murid ) untuk tujuan semakan siri pemantauan 2010 ini. Antaranya ialah:

1. Rekod lengkap bacaan Iqra', Khatam Al-Quran murid program j-QAF
(rekod Tasmik dan juga rekod BIG )
2. Rekod PKSR Bahasa Arab.
3. Rekod pemulihan jawi.
4. Rekod KLAQ
5. Takwim Aktiviti Pelaksanaan Program j-QAF Tahun 2010.

Selain daripada itu pengurusan program j-QAF juga dikehendaki menyedia dan mengedarkan rumusan pencapaian murid program j-QAF sekolah masing-masing kepada semua guru Pendidikan Islam dan GPI j-QAF yang diedit dari perolehan data e-Pelaporan Oktober 2009 sekolah masing-masing untuk tujuan semakan dan tindakan.

Kerjasama tuan/puan ke arah memantapkan Pendidikan Islam didahului dengan ucapan ribuan teriam kasih.


Yang menurut perintah:
Penolong Pengarah Kanan j-QAF
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Monday, January 11, 2010

e-Pelaporan Oktober 2009 :Pencapaian Murid Program j-QAF.

Pencapaian yang perlu direnung dan diambil tindakan sederap oleh semua pihak untuk menjayakan pencapaian murid-murid program j-QAF di negeri Kedah.



PENCAPAIAN MURID PROGRAM j-QAF BULAN JUN DAN OKTOBER TAHUN 2009





TAHUN 1



Perkara Pencapaian Oktober 2009
Pencapaian Jun 2009 %
Amali Wudhuk 91.08
82.21 +8.87
Amali Solat (Bacaan) 57.71
37.91 +19.8
Amali Solat (Perlakuan) 94.35
88.52 +5.83
Al-Quran 6 Bulan1Tahun Satu 92.75
77.81 +14.94
Bahasa Arab 92.2
92.89 -0.69
Jawi 90.27
95.21 -4.94
Pencapaian Keseluruhan 86.39
79.09 +7.3





TAHUN 2



Perkara Pencapaian Oktober 2009
Pencapaian Jun 2009 %
Amali Wudhuk 98.01
94.87 +3.14
Amali Solat (Bacaan) 78.63
61.37 +17.26
Amali Solat (Perlakuan) 98.68
96.47 +2.21
Khatam Al-Quran 92.92
90.35 +2.57
Bahasa Arab 91.41
89.71 +1.7
Jawi 88.66
93.21 -4.55
Pencapaian Keseluruhan 91.38
87.66 +3.72





TAHUN 3



Perkara Pencapaian Oktober 2009
Pencapaian Jun 2009 %
Amali Wudhuk 98.65
97.6 +1.05
Amali Solat (Bacaan) 89.35
81.82 +7.53
Amali Solat (Perlakuan) 99.31
99 +0.31
Khatam Al-Quran 94.98
92.53 +2.45
Bahasa Arab 92.79
91.47 +1.32
Jawi 93.56
93.96 -0.4
Pencapaian Keseluruhan 94.77
92.7 +2.07





TAHUN 4



Perkara Pencapaian Oktober 2009
Pencapaian Jun 2009 %
Amali Wudhu 99.5
98.8 +0.7
Amali Solat (Bacaan) 92.85
88.82 +4.09
Amali Solat (Perlakuan) 99.5
98.69 +0.81
Khatam Al-Quran 94.96
95.33 -0.37
Bahasa Arab 80.84
81.02 -0.18
Jawi 91.65
87.75 +3.9
Pencapaian Keseluruhan 93.22
91.74 +1.48





TAHUN 5



Perkara Pencapaian Oktober 2009
Pencapaian Jun 2009 %
Amali Wudhuk 99.77
99.46 +0.31
Amali Solat (Bacaan) 95.12
94.15 +0.97
Amali Solat (Perlakuan) 99.88
99.89 -0.01
Khatam Al-Quran 93.34
95.96 -2.62
Bahasa Arab 78.18
77.07 +1.10
Jawi 86.82
85.3 +1.52
Pencapaian Keseluruhan 92.18
91.97 +0.21





PENCAPAIAN KESELURUHAN MURID TAHUN 1 HINGGA 5 TAHUN 2009
PENCAPAIAN KESELURUHAN OKTOBER 2009 92.00%
PENCAPAIAN KESELURUHAN JUN 2009 89.00%
PENINGKATAN KESELURUHAN +3.0%

































Disediakan ;



Unit Pengurusan Pendidikan Islam


Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah