
Taklimat program dan aktiviti Panitia Pendidikan Islam Teras (Rendah) 2010 negeri telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kurikulum Teras (Rendah)Ustaz Musa Jayyid bin Haji Mohammad. Taklimat j-QAF pula disampaikan tentang status pencapaian murid j-QAF semua murid Tahun 1 hingga Tahun 5/2009 di PKG Kodiang yang perlu diberi perhatian dan tindakan awal oleh Panitia Pendidikan Islam di sekolah masing-masing ke arah mensasarkan penguasaan bacaan Al-Quran 100% kepada murid-murid j-QAF tahun 6/2010. Selain dari itu semua GPI dan GPI j-QAF juga diminta agar sentiasa mengemaskinikan buku rekod bacaan (Tasmik) murid j-QAF, terutama murid tahun 6 /2010 yang akan ke tingkatan 1/2011.

No comments:
Post a Comment