Wednesday, April 22, 2009

Mesyuarat Pemurnian Rancangan Pengajaran Tahunan Tahun 6 21-23 April 2009

22 April- Mesyuarat tersebut telah bermula malam tadi dimulai dengan ucapan perasmian oleh Ketua Bidang Pendidikan Islam BPK, KPM , Puan Hajjah Pauziah binti Mohamad. Dalam ucapannya beliau berharap semua ahli mesyuarat dapat membantu menyedia dan melengkapkan semua bahan yang berkaitan untuk memastikan pelajar dinegara ini mendapat pengisian yang lebih berkesan dalam p&p yang akan dilaksanakan oleh guru pendidikan Islam.


Ahli mesyuarat telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang melibatkan kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah; Mesyuarat Pemurnian Rancangan Pengajaran Tahunan Tahun 6 Model KBS , Mesyuarat Pemurnian Bahan j-QAF Tahun 6, Mesyuarat Pemurnian Jawi dan Mesyuarat Pembinaan Bahan Sokongan Kurikulum P.Islam Sekolah Menengah.

Bagi kumpulan saya mesyuarat pada hari ini bermula seawal jam 8.00 pagi hingga ke petang dan disambung pula pada 8.30 - 11.00 malam membincangkan secara terperinci sukatan dan rancangan pengajaran tahunan program j-QAF Tahun 6 untuk pelaksanaan 2010 nanti. Esok sesi pembentangan akan dilakukan mengikut kumpulan masing-masing dan dijangka berakhir pada jam 2.00 petang.

Pada sebelah tengahari waktu rehat antara jam satu hingga jam dua petang tadi, saya dan Penolong Pengarah Bahasa Arab ; Ustaz Khairul Anuar diiringi Tuan Haji Bahari PK j-QAF Langkawi sempat membuat tinjauan ke LISRAM untuk melihat tempat dan membincangkan prosedur penggunaan tempat perkhemahan Mukhayyam Bahasa Arab yang akan diadakan pada bulan depan.

No comments:

Post a Comment