
Menurut tuan Guru Besar, segala programyang dijalankan mendapat sambutan yang baik dari pelbagai pihak, baik guru dan ibu bapa. Pelaksanaan program j-QAF telah membawa perubahan yang baik terhadap sahsiah dan kefahaman Islam dikalangan guru, ibubapa dan murid.

Pertemuan dengan barisan GPI program j-QAF dan dan ketua panitia Pendidikan Islam juga telah mendatangkan input yang sangat baik ke arah melancarkan lagi pelaksanaan program j-QAF di sekolah tersebut.

Setelah tamat urusan di SKTR kami berkunjung pula ke SK Jalan Dato' Kumbar. Isu dan perbincangan yang sama serta percambahan fikiran dan pendapat berkaitan program j-QAF dan harapan yang tinggi telah dijelaskan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Fadzalih dan PK 1 Cikgu Ishak. Kemesraan dan kesatuan idea serta wawasan guru besar banyak memberi input kepada kami untuk menambah baik perjalanan program j-QAF ini di daerah Kota Setar. Pengalaman dan semangat ingin kehadapan yang menjadi impian SKJDK membuatkan kami begitu berbangga dengan pentadbiran di sekolah tersebut. Semoga Allah memudahkan jalan kepada SKJDK untuk mencapai impian murni tersebut.
No comments:
Post a Comment