

Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam kursus tersebut ialah, Penolong Pengarah Kurikulum Teras ( M ), Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah ialah Tuan Haji Mohd Rushdan bin Azizan. Dalam ucapannya beliau telah mendedahkan hasil kajiannya berkaitan penguasaan pelajar sekolah menengah yang tidak dapat membaca Al-Quran, malah tidak mengenal huruf-huruf hijaiyah yang perlu diberi perhatian serius oleh kita semua. Langkah-langkah awal perlu diambil sejak dibangku sekolah rendah lagi untuk memastikan anak-anak murid Islam menguasai Al-Quran supaya mereka tidak lari jauh dari kehidupan Islam.
Usaha-usaha gigih secara berterusan hendaklah diambil untuk mengatasi masalah ini di samping membuang segala kelemahan yang ada dan sikap saling bertanggungjawab dalam urusan kerja perlu diperkukuhkan berterusan.
Guru-guru juga disaran menanam sifat kasih sayang dan semangat untuk membantu murid menguasai bacaan Al-Quran secara berterusan demiuntuk melahirkan warga negara yang berguna pada agama bangsa dan negara. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan gejala sosial di kalangan umat Islam pada masa akan datang.
Tahniah diucapkan pada Ustaz Musa Jayyid,Ustaz Yusuf dan Ustaz Zahari Majid kerana telah berjaya merealisasikan kursus sehari ini kepada 65 wakil SK di daerah Baling Sik. Semoga segala dapatan dan pendedahan baru ke arah memantapkan kaedah p&p Al-Quran di SK akan bertambah giat dan memberi impak terbaik kepada murid-murid kenguasai bacaan Al-Quran.
No comments:
Post a Comment