



Majlis perasmian penutup Mahrajan j-QAF dan majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat negeri Kedah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Shahidan bin Abdul Rahman, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah pada tengahari tadi.










Tahniah kepada peserta daerah Kota Setar membawa balik piala Johan Keseluruhan sebagai inspirasi dan motivasi kepada daerah tersebut untuk menjadi tuan rumah Mahrajan dan Majlis Khatam Al-Quran pada tahun depan. Sudah pasti daerah Kota Setar akan memastikan piala tersebut kekal di sana pada tahun hadapan.



Sementara itu kelancaran majlis dan pertandingan pada kali ini menunjukkan komitmen pegawai di semua PPD dan guru-guru j-QAF serta GPI begitu tinggi dalam pelaksanaan Mahrajan dan Majlis Khatam Al-Quran. di peringkat negeri . Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Tuan Rumah, PPD Daerah Kuala Muda / Yan, Tuan Pengetua semua guru SMK Gurun serta semua AJK Pengelola dan semua pegawai UPI, PPD seluruh Kedah yang telah menjayakan Mahrajan j-QAF dan majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Kedah Tahun ini. Semoga sumbangan tenaga, fikiran dan ujian kesabaran menyelenggara dan menyediakan segala keperluan majlis tersebut diberkati Ilahi.
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG! Berjumpa lagi di daerah Kota Setar tahun hadapan. Berikut adalah keputusan penuh Majlis yang berlangsung siang tadi::











Pertimbangan dan ketelitian dalam membuat keputusan serta mengikut dasar yang ditetapkan oleh KPM dan keperluan perkhidmatan adalah fokus utama yang diguna pakai dalam membuat sebarang keputusan terhadap sesuatu permohonan.





Pengurusan yang mantap dan mengikut jadual yang telah dirancang membuatkan saya yakin untuk kembali ke PKG Gurun sebelum jam 3.00petang bagi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kehakiman Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang dijangka diadakan di SMK Gurun Sabtu depan (14 November). Tahniah kepada Ustaz Yusuf kerana berjaya mengadakan majlis tersebut untuk kenang-kenangan hujung tahun murid program j-QAF daerah Baling/Sik disamping dapat memfokuskan objektif dan tujuan Mahrajan dan Khatam Al-Quran dilksanakan kepada murid program j-QAF.
Turut hadir ialah semua pegawai UPI, PPD/KMY dan barisan Guru Besar dan Wakil Pengetua SMK Gurun dan SMA Pekan Gurun yang dilantik sebagai jawatankuasa pelaksana Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Negeri Kedah Tahun 2009M/1430M. Turut serta bersama saya ialah Penyelia Kanan Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam, JPN Kedah; Ustaz Ayob bin Saman.


dilantik pasti akan memudahkan pengurusan majlis tersebut walaupun terpaksa diadakan dalam tempoh waktu yang singkat dan padat dengan aktiviti hujung tahun di kebanyakan sekolah di negeri Kedah . Semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan kepada semua pihak yang terbabit dalam menguruskan persediaan dan perjalanan majlis ini.


Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu, Tuan Haji Abu Bakar bin Md Ali.

Mahrajan daerah KBB pada hari ini disertai oleh 381 peserta dari 27 buah sekolah program j-QAF daerah tersebut. Pertandingan yang diadakan ialah Ujian Tilawah Al-Quran (L dan P), Dikir Barat Bahasa Arab , Kalam Jama'ei dan Kuiz j-QAF. Penyertaan Mahrajan kali ini mendapat sambutan yang cemerlang dari sekolah-sekolah. Ulasan ketua hakim menunujukkan berlaku peningkatan penyertaan dan juga kualiti penyampaian dan persembahan dalam semua kategori yang dipertandingkan. Semoga mahrajan j-QAF pada tahun ini meninggalkan pengalaman dan impak yang positif dan mendalam kepada para peserta yang mengambil bahagian untuk memperbaiki mutu persembahan mereka pada tahun hadapan. Tahniah diucapkan pada PK j-QAF KBB, jawatankuasa pengelola dan jawatankuasa kerja dan semua urusetia serta krew yang terlibat dalam majlis tersebut. Semoga curahan keringat dan idea serta pengalaman tuan/puan dalam menjayakan mahrajan pada tahun ini ke arah melahirkan generasi modal insan terbilang mendapat keberkatan dari Ilahi .
Kursus ini merupakan kursus siri terakhir diadakan kepada GPI program j-QAF yang baru dilantik sebagai PPP DC 41 negeri Kedah pada Julai yang lalu. Tujuan dan objektif kursus ini diadakan pada setiap tahun ialah untuk;
Diharapkan kursus pada hari ini dan esok akan memberi keyakinan dan kekuatan baru kepada peserta-peserta untuk mempersiapkan diri dalam mengharungi kerjaya sebenar sebagai GPI Program j-QAF. Penampilan diri dalam siri-siri pembentangan hasil LDK diharapkan akan dapt menjernihkan kekaburan mereka dan membantu mereka menjalankan tanggungjawab yang berkesan kepada murid-murid di sekolah. Pengalaman hasil dari kursus ini diharapkan akan menjadikan para peserta lebih bersemangat, berkeyakinan tinggi dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan liku dalam kerjaya. Sekaligus akan menjadikan mereka perancang yang berkesan untuk merancang perjalanan kerjaya dalam menjayakan matlamat dan objektif program j-QAF kepada modal insan Muslim di masa depan. Selamat berkursus dan syabas kepada Pegawai Khas Pendidikan Islam, PPD Kubang Pasu; Ustaz Burhanurdin Hassan dan para Fasalitator yang setia bersama kursus ini iaitu Ustaz Akmal Ahmad, Ustaz Mohd Nazri Hashim, Ustaz Md Isa Mt Arop dan Ustaz Mohd Rukhaimi.