Monday, November 2, 2009

Kursus Pemantapan GPI j-QAF Tahun 2009

2Nov-Berkesempatan juga saya pada hari ini untuk hadir ke majlis penutupan Kursus Pemantapan GPI j-QAF 2009 Peringkat Negeri yang diuruskan oleh UPI Baling/Sik kelolaan Ustaz Mohd Yusuf Abdullah. Kursus berlangsung sejak kelmarin dan berakhir hari ini dihadiri oleh 35 peserta dari daerah tersebut. Lokasinya berhampiran Lembah Taqwa, iaitu di Pusat latihan KEDA (PUSTIKA) Sik.

Ini adalah kali kedua saya sempat menghadiri Kursus Pemantapan GPI j-QAF 2009 kerana terpaksa menghadiri mesyuarat pertukaran di CH. Bagi daerah Kota Setar dan Kuala Muda Yan, kesudian Tuan Haji Mohd Rushdan untuk menyempurnakan majlis tersebut, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Walaupun sibuk, sempat beliau membantu bila diperlukan.

Syabas diucapkan kepada Ustaz Yusuf kerana kursus berjalan lancar dan mengikut panduan yang disarankan. Pesertanya berimej kemas, mantap dan ceria serta saling bekerjasama dalam aktiviti LDK dan pembentangan hasil perbengkelan. Semua ini berlaku kerana kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, JU dan urusetia yang tak banyak berkira-kira, petang, malam dan cuti tak menjadi tawar menawar. Sebut saja bila ustaz Yusuf kami sedia membantu.

Para peserta yang faham surat panggilan dan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya dan sedia memberi kerjasama dan sudi memberi tumpuan dan perhatian dalam aktiviti yang dijalankan. Tahniah untuk semua. Apa yang penting....kerjasama! Semoga imej dan sikap ini berkekalan sejak awal anda menjadi guru hingga diakhir anda sebagai seorang guru.

No comments:

Post a Comment