Wednesday, November 4, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Negeri Kedah Tahun 2009M/1430H

4Nov- Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Kuala Muda/Yan, dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah KMY; Tuan Haji Ismail bin Shaidan. Turut hadir ialah semua pegawai UPI, PPD/KMY dan barisan Guru Besar dan Wakil Pengetua SMK Gurun dan SMA Pekan Gurun yang dilantik sebagai jawatankuasa pelaksana Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Negeri Kedah Tahun 2009M/1430M. Turut serta bersama saya ialah Penyelia Kanan Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam, JPN Kedah; Ustaz Ayob bin Saman.

Pada tahun ini KMY telah dipilih sebagai tuan rumah untuk dilaksanakan majlis tersebut. Dengan kombinasi pegawai UPI, PPD/KMY dan barisan jawatankuasa pengelola yang ada saya yakin majlis yang akan diadakan di SMK Gurun akan berjalan lancar dan sempurna. Pengalaman, pengetahuan dan kerjasama yang ada pada barisan jawatankuasa yang dilantik pasti akan memudahkan pengurusan majlis tersebut walaupun terpaksa diadakan dalam tempoh waktu yang singkat dan padat dengan aktiviti hujung tahun di kebanyakan sekolah di negeri Kedah . Semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan kepada semua pihak yang terbabit dalam menguruskan persediaan dan perjalanan majlis ini.

No comments:

Post a Comment