Wednesday, November 4, 2009

Mahrajan j-QAF Daerah Kulim Bandar Baharu dan Kursus Pemantapan GPI Program j-QAF Tahun 2009 Daerah Langkawi/Kubang Pasu.

3Nov- Pagi tadi sempat saya mengadiri jemputan majlis Mahrajan j-QAF daerah Kulim Bandar Baharu yang diadakan di SK Datok Haji Zainuddin, Serdang. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Tuan Haji Mohtar bin Mahmud di atas jemputan dan kejayaan menganjurkan majlis tersebut. Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu, Tuan Haji Abu Bakar bin Md Ali.Mahrajan daerah KBB pada hari ini disertai oleh 381 peserta dari 27 buah sekolah program j-QAF daerah tersebut. Pertandingan yang diadakan ialah Ujian Tilawah Al-Quran (L dan P), Dikir Barat Bahasa Arab , Kalam Jama'ei dan Kuiz j-QAF. Penyertaan Mahrajan kali ini mendapat sambutan yang cemerlang dari sekolah-sekolah. Ulasan ketua hakim menunujukkan berlaku peningkatan penyertaan dan juga kualiti penyampaian dan persembahan dalam semua kategori yang dipertandingkan. Semoga mahrajan j-QAF pada tahun ini meninggalkan pengalaman dan impak yang positif dan mendalam kepada para peserta yang mengambil bahagian untuk memperbaiki mutu persembahan mereka pada tahun hadapan. Tahniah diucapkan pada PK j-QAF KBB, jawatankuasa pengelola dan jawatankuasa kerja dan semua urusetia serta krew yang terlibat dalam majlis tersebut. Semoga curahan keringat dan idea serta pengalaman tuan/puan dalam menjayakan mahrajan pada tahun ini ke arah melahirkan generasi modal insan terbilang mendapat keberkatan dari Ilahi .

Pada sebelah petang pulak saya sempat menghadiri perjumpaan dengan peserta Kursus Pemantapan GPI program j-QAF Peringkat Negeri Kedah Tahun 2009 yang disertai oleh GPI Program j-QAF ambilan 2008 di PKG Ayer Hitam. Kursus ini merupakan kursus siri terakhir diadakan kepada GPI program j-QAF yang baru dilantik sebagai PPP DC 41 negeri Kedah pada Julai yang lalu. Tujuan dan objektif kursus ini diadakan pada setiap tahun ialah untuk;
+ Menyediakan barisan GPI j-QAF yang mantap sebagai pengurus berkesan dan cemerlang di sekolah.

+ Meningkatkan pengetahuan dan kemahran agar sentiasa peka dengan isu-isu semasa serta dapat menyampaikan maklumat sebenar pelaksanaan program j-QAF.

+ Memantapkan kefahaman dan keyakinan diri GPI j-QAF sebagai pelaksana program j-QAF secara berkesan dan bermatlamat

+ Mewujudkan cara bekerja berpasukan yang berhemat dan bermaklumat serta tidak saling menyalahkan.

Kursus selama dua hari ini dihadiri oleh peserta dari daerah Kubang Pasu dan Langkawi seramai 44 orang semuanya. Diharapkan kursus pada hari ini dan esok akan memberi keyakinan dan kekuatan baru kepada peserta-peserta untuk mempersiapkan diri dalam mengharungi kerjaya sebenar sebagai GPI Program j-QAF. Penampilan diri dalam siri-siri pembentangan hasil LDK diharapkan akan dapt menjernihkan kekaburan mereka dan membantu mereka menjalankan tanggungjawab yang berkesan kepada murid-murid di sekolah. Pengalaman hasil dari kursus ini diharapkan akan menjadikan para peserta lebih bersemangat, berkeyakinan tinggi dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan liku dalam kerjaya. Sekaligus akan menjadikan mereka perancang yang berkesan untuk merancang perjalanan kerjaya dalam menjayakan matlamat dan objektif program j-QAF kepada modal insan Muslim di masa depan. Selamat berkursus dan syabas kepada Pegawai Khas Pendidikan Islam, PPD Kubang Pasu; Ustaz Burhanurdin Hassan dan para Fasalitator yang setia bersama kursus ini iaitu Ustaz Akmal Ahmad, Ustaz Mohd Nazri Hashim, Ustaz Md Isa Mt Arop dan Ustaz Mohd Rukhaimi.


No comments:

Post a Comment