
Penggabungan data e-JPN pada hari ini tidak dapat disempurnakan kerana beberapa daerah masih menghadapi masalah pemurnian data yang perlu dirungkaikan dengan berhati-hati agar tidak menimbulkan masalah yang lain pula apabila penggabungan e-JPN dilakukan.Apapun sedikit masa diperlukan untuk merealisasikan urusan tersebut dan diharapkan ianya akan selesai dalam tempoh waktu yang singkat.


Pada waktu tengahari saya sempat menghadiri jemputan PPD Baling Sik untuk majlis penutupan rasmi dan penyampian hadiah Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran di dewan Sek. Keb. Sik.



Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kehakiman Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana berjalan pada jam 3.00 petang. Kehadiran memuaskan dan perbincangan berjalan lancar dan mencapai objektif. Pengalaman dan pengetahuan yang mendalam serta komitmen yang tinggi dari ketua-ketua hakim yang dilantik melancarkan lagi perjalanan mesyauarat. Semoga mesyuarat jawatankuasa kehakiman Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan pada 9/11/2009 di SMK Gurun akan berjalan lancar dan memberi impak terbaik perjalanan majlis sebenar pada 14/11/2009 nanti.
No comments:
Post a Comment