



Perancangan awal untuk meneruskan pemantauan di sebelah petang ke beberapa SK program j-QAF yang belum dilawati tidak dapat diteruskan pada hari ini kerana, masing-masing pegawai kelihatan agak keletihan. Pertemuan ke tiga-tiga kumpulan telah dibuat di Sg. Petani pada jam 4.00 petang untuk makan tengahari.





Bagi saya dan rakan, bila mencecah hari ke 3 lawatan dan pemantauan dibuat, masih banyak penemuan dan isu-isu baru dari sekolah yang dilawati disamping isu-isu yang streotype yang telah ditemui di sekolah-sekolah yang telah dilawati sebelum ini di daerah yang sama atau daerah-daerah yang lain. Penerangan demi penerangan terus diberikan kepada sekolah-sekolah yang telah dilawati untuk memberi pemahaman yang tuntas dan jelas demi untuk meletakkan pelaksanaan program j-QAF terus berjalan dengan mantap disekolah-sekolah yang dimaksudkan.


Rata-rata pengurusan sekolah yang telah dilawati memberi sambutan yang baik dan berpuas hati dengan taklimat dan penerangan yang disampaikan. Semoga pemuafakatan seumpama ini akan terus terjalin ke arah merealisasikan pencapaian yang disasarkan dalam program j-QAF ini di negeri kita yang dicintai.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Guru Besar SK Program j-QAF Kohort 2005, semua GPI daerah KMY yang terlibat dan memberi kerjasama yang memberansangkan kepada semua pegawai yang terlibat dalam siri pemantauan kali ini. Semoga bertemu lagi pada siri pemantauan akan datang.
No comments:
Post a Comment