Wednesday, October 27, 2010

Nasihat Diterima, Tak Semua...., Ramai Yang Baguih2 .....

Guru j-QAF tak jujur laksana tanggung jawab?

Utusan Malaysia 27/10/2010(ruangan Forum)

SAYA ingin memberi sedikit pandangan berkaitan program j-QAF tujuan memberi nasihat kepada ustaz dan ustazah program tersebut. Mengikut sejarah penubuhan j-QAF yang telah diumumkan oleh bekas Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Tun Hussein, j-QAF bertujuan memastikan semua murid beragama Islam di sekolah rendah seluruh negara wajib belajar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain.

Di satu pihak, seluruh umat Islam menyambut baik pengumuman tersebut kerana intipati j-QAF jelas ke arah peningkatan ilmu agama bagi generasi muda. Di satu pihak lagi, iaitu graduan bidang agama terutama lepasan universiti dari Timur Tengah, program j-QAF merupakan rezeki yang datang bergolek kerana beribu-ribu pelajar yang menganggur telah berjaya menjadi guru j-QAF!

Bagi memastikan kejayaan program ini, guru-guru j-QAF diberi tangga gaji istimewa dan layanan istimewa iaitu tidak boleh memegang apa-apa jawatan di sekolah selain mengajar.

Dengan kaedah ini, maka bermulalah satu keadaan di sekolah-sekolah kebangsaan di mana guru-guru j-QAF berkurung di dalam kelompok mereka di dalam dunianya yang tersendiri, langsung tidak berinteraksi dengan guru-guru lain.

Mereka tidak melibatkan diri di dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan sekolah atas alasan mereka tidak boleh memegang apa-apa jawatan. Namun atas kepentingan agama, guru-guru lain masih dapat menerimanya.

Untuk memastikan pelajar-pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti, ustaz dan ustazah ini dipertanggungjawabkan dengan bilangan pelajar yang kecil. Namun malangnya terdapat sesetengah ustaz dan ustazah berkonspirasi mewujudkan kelas gabung.

Contohnya, di sekolah yang mempunyai tiga orang guru j-QAF, sepatutnya untuk setiap sesi pembelajaran harus ada tiga kelas yang melibatkan tiga kumpulan kecil murid oleh tiga guru j-QAF.

Namun apa yang berlaku di sesetengah sekolah, guru-guru j-QAF telah berkonspirasi dengan menggabungkan tiga kelas menjadi satu kelas pembelajaran yang di kendalikan oleh hanya seorang guru j-QAF sahaja! Hal ini bermakna dua orang guru j-QAF lagi boleh berehat!

Tindakan guru-guru j-QAF ini bolehlah diiktiraf sebagai 'bijak' kerana mengoptimumkan sepenuhnya tenaga dan masa. Namun dari segi kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang disampaikan boleh dipertikaikan kerana tujuan kelas j-QAF diadakan dalam bilangan pelajar yang kecil jelas untuk mendapatkan kualiti P&P yang terbaik. Namun tindakan 'bijak' sesetengah guru-guru j-QAF ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan generasi muda yang beriman.

Jika inilah sikap guru-guru Melayu yang beragama Islam, lebih-lebih lagi mereka yang bergelar ustaz dan ustazah berkonspirasi mendidik anak bangsa, ia amat dikesali.

Mereka tidak perlu berteriak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan nasib mereka yang suatu ketika dulu hanya mendapat tempat di sekolah-sekolah agama rakyat dengan pendapatan RM400 hingga RM600 sebulan.

Apa yang dituntut oleh ibu bapa ialah dedikasi ustaz dan ustazah dalam mencorakkan pelajar-pelajar Islam menjadi seorang yang beriman agar halal setiap sen gaji yang mereka terima!

SEKADAR NASIHAT

Alor Setar, Kedah

3 comments:

  1. Assalamualaikum...
    program j-QAF adalah 1 program yang amat baik. Dan guru2 di sekolah menyambut dengan baik perlaksanaan program ini. Di sini saya ingin memberikan komen tenteng perkara ini. Ada beberapa faktor perkara yang disebut belaku, antaranya:

    GPI yang sedia ada tidak masuk kelas dan tidak mahu terlibat dengan tasmik. Jadi kumpulan kecil P&P tidak dapat dijalankan.

    Ketiadaan bilik kelas untuk pelaksanaan kelas pemulihan jawi.

    Pembahagian awal di peringkat Kementerian dan JPN. Guru Pendidikan Islam seolah-olah dibahagikan kepada 2. 1 GPI 2 GPI j-QAF. Alangkah elok sekiranya semua GPI disebut sbg GPI!!!! Jadi tiadak akna berlaku masalah perlaksanaan j-QAF.

    Tidak ada pekeliling yang dihantar ke JPN atau Sekolah yang menyatakan guru j-QAF tidak boleh memegang apa-apa jawatan di sekolah selain mengajar.Ada juga guru j-QAF juga memegang jawatan2 penting spt SU peperiksaan , Pegawai Aset Sekolah dll

    j-QAF-skua.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Komen yang cukup cantik...perancangan dan dasar jQAF sangat cantik namun perlaksanaannya yang tidak sempurna menyebabkan jQAF tanpa gagal tidak dapat direalisasikan. PHD (perasaan hasad dengki) dikalangan GPI dan guru-guru sendiri mengundang pelbagai masalah.Di tambah pula ada segelintir guru jQAF sendiri yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna. sebenarnya jika disenaraikan tugas guru jQAF cukup banyak dan berat apatah lagi jika ianya tidak mendapat kerjasama dari semua GPI,guru-guru dan pentadbiran sekolah. Kepada guru-guru, khususnya GPI dan GPI jQAF hayati panduan pelaksaaan jQAF dengan betul dan telus dan laksanakannya. saling melengkapi antara GPI dan jQAf jangan hanya mencari kesalahan dan kekurangan disebelah pihak tertentu sahaja. Yang penting jalan untuk memartabatkan pendidikan ISLAM dah terbentang luas tinggal kita sebagai GURU beragama islam (bukan GPI dan GPIjQAF sahaja)untuk menjayakan. Sekurang-kurangnya tunjukkanlah sokongan dalam menjayakan program-program yg dilaksanakan di sekolah jika berat untuk mencurahkan tenaga utk mengajar tasmik dan solat anak-anak didik kita bukan kritikan yang melemahkan semangat guru jQAF. walaupun jQAf tanpa Gagal tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya sekurang-kurangnya jQAF tidak gagal,dan kita dapat lakukan yang terbaik untuk pendidikan Islam.

    wrote by: jQAF Tanpa Gagal posted by: Amir

    ReplyDelete