Sunday, January 29, 2012

Pertukaran Guru j-QAF

Ahad, 29 Januari 2012

Permohonan ditolak enam kali

JOHOR BAHRU: “Ketika isteri yang tinggal di Sarawak keguguran pada 17 Januari lalu, saya sedih kerana tidak mampu membantu sebaliknya hanya mendoakan keselamatannya kerana tinggal berjauhan (di Johor),” kata pekerja hotel, Mohd Fauzi Borhan, 37, yang amat bimbangkan keadaan isterinya kerana sudah dua kali keguguran dalam tempoh tiga tahun, dipercayai akibat tekanan hidup.

Menurutnya, lebih mengecewakan apabila usaha isterinya, Lida, 32, yang bekerja sebagai guru Lepasan Ijazah J-Qaf di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Sarawak, untuk bertukar ke Johor, tidak mendapat maklum balas positif sejak tiga tahun lalu.


Menurutnya, hasratnya membuat rayuan pertukaran isterinya itu menemui jalan buntu apabila tidak dibenarkan berbuat demikian oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya.

Katanya, keluarganya dimaklumkan pengurusan di Putrajaya bahawa permohonan dikemukakan isterinya ditolak berikutan tidak menerima sokongan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.


“Saya dan isteri tinggal berjauhan sejak enam tahun lalu dan isteri sudah membuat permohonan pertukaran tempat kerja sebanyak enam kali iaitu dua kali setahun (sejak tiga tahun lalu).


“Dua tahun lalu, dia keguguran kali pertama, tetapi kami bersyukur kerana dikurniakan anak lelaki pertengahan Mei lalu,” katanya.

Fauzi berkata, kini dia terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak lelakinya berusia lapan bulan berikutan permohonan kali keenam pada November lalu ditolak tanpa alasan dan dia difahamkan keputusan itu muktamad.


“Apa yang kami minta ialah budi bicara, isteri sudah enam tahun berkhidmat di Sarawak, wajarlah dia berpindah balik ke sini. Saya risaukan keadaan isteri kerana doktor menasihatkannya banyak berehat, namun disebabkan tinggal berseorangan, dia perlu bekerja dan mengurus anak. “Saya harap kementerian prihatin dengan masalah kami dan membenarkan pertukarannya,” katanya.


myMetro: 28 Januari 2012

Rabu, 18 Januari 2012

Guru lega dapat tukar sekolah


SITI MUNIROH menerima kunjungan Tengku Zainol (dua dari kiri) di kediamannya di Kampung Alor Buluh, Alor Setar, Kedah semalam.


ALOR SETAR – Seorang guru wanita yang mendakwa menjadi mangsa pukul suaminya yang panas baran kini boleh menarik nafas lega apabila dia dihubungi dua pegawai daripada Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah semalam yang memaklumkan permohonannya sedang diproses.

Siti Muniroh Mohd. Shukri, 31, berkata, panggilan pertama diterima daripada seorang pegawai daripada kementerian pada pagi semalam sebelum disusuli JPN Sabah pada sebelah petang.

“Kedua-dua pegawai memaklumkan permohonan pertukaran sekolah yang saya buat sedang diproses dan pihak JPN Sabah akan turun ke Putrajaya untuk berbincang tentang perkara ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Buluh, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.

Dia ditemui selepas menerima kunjungan daripada Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya dan Pengerusi Yayasan Prihatin Kemiskinan dan Pendidikan Kedah, Zuraidi Rahim.

Kata Siti Muniroh, perkembangan mengenai permohonannya itu memberikan sedikit harapan untuknya menyambung semula tugas sebagai seorang guru Bahasa Melayu yang terhenti sejak Julai tahun lalu.

“Saya berasa lega sedikit dan nampak ada harapan berbanding sebelum ini yang kerap menemui jalan buntu setelah permohonan dibuat gagal,” katanya lagi.

Kosmo Online: 18 Januari 2012

‘Guru j-Qaf perlu sedia terima tugas’

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim dan H Hifzuddin Ikhsan

2012/01/18

KUALA LUMPUR: Guru j-Qaf diminta bersedia menerima tugas dipertanggungjawabkan kepada mereka walaupun terpaksa bertugas di pedalaman, termasuk Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian bersimpati dengan nasib guru j-Qaf di sana, namun perlu memberi keutamaan kepada pelajar yang berdepan masalah kekurangan guru.
Beliau berkata, meskipun kementerian membuat perjanjian guru j-Qaf boleh memohon bertukar ke Semenanjung selepas berkhidmat tiga tahun, permohonan perlu melalui mesyuarat berpusat e-GTukar, yang diadakan dua tahun sekali.
“Mesyuarat ini mempertimbangkan beberapa perkara terutama masalah pengganti guru kerana jawatan guru j-Qaf adalah di luar norma, yang mana pengganti diperlukan jika pertukaran diluluskan.

“Keterbatasan tempat di negeri asal dimohon bertukar juga menyebabkan kelulusan pertukaran diberi terhad dan mengikut keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu guru j-Qaf di Sarawak yang sukar bertukar walaupun sudah mencukupi tempoh perkhidmatan.

Lebih 1,000 guru j-Qaf mula dihantar bertugas ke Sarawak sejak 2005 masih belum dapat bertukar ke Semenanjung meskipun sudah melebihi tempoh berkhidmat sehingga mengakibatkan guru berkenaan menghadapi tekanan.
Bagaimanapun, katanya, kementerian berusaha mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan masalah pertukaran itu diatasi sebaik mungkin.

“Sejak tahun lalu, kementerian cuba menyeimbangkan jumlah pengambilan guru dengan dasar 30:30:40 iaitu 30 peratus guru masing-masing dari Sabah dan Sarawak, manakala 40 peratus lagi guru Semenanjung,” katanya.

Di KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) meminta Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan kementerian bersikap sensitif dan bertimbang rasa ketika berdepan isu perpindahan guru j-Qaf ke Semenanjung.

Tindakan tidak membenarkan guru j-Qaf berpindah hanya akan menyebabkan guru berkenaan bertugas dalam keadaan tidak rela dan gembira dengan kesannya akan dihadapi murid atau pelajar sekolah tempat mereka bertugas.


Berita Harian Online: 18 Januari 2012

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete



  2. Bismillahir Rahmanir Rahim

    Salam dan selawat

    Kepada:

    Mahasiswa
    Institut Teknologi Bandung (ITB), Bandung, Indonesia.

    Pertanyaan mahasiswa: Adakah kalian bersetuju semua sahabat itu sesat kecuali 3 orang: Miqdad bin Aswad, Abu Dzar dan Salman al-Farisi menurut sumber Syiah?

    Jawapan 1.

    Al-Qur'an sebagai asas agama Islam

    Sesat atau kafirnya seorang muslim termasuk sahabat, adalah terletak kepada sejauh mana mereka percaya dan menghayati ajaran al-Qur'an dalam kehidupan mereka.

    Jawapan 2

    Sunnah Nabi saw sebagai asas agama Islam selepas al- Qur'an.

    2. Sejauh mana mereka percaya dan menghayati Sunnah Nabi saw dalam kehidupan mereka.

    Jawapan 3

    3.Justeru, ia bukan soal kalian bersetuju atau pun tidak dengan seorang itu sesat atau kafir kerana ia berkait rapat dengan sistem nilai yang diakui oleh Allah dan Rasul-Nya.

    Jawapan 4

    4. Sumber Sunni tentang kesesatan atau kekafiran majoriti para sahabat Nabi saw selepas kewafatan Nabi saw kerana mereka telah mengubah Sunnah Nabi saw, boleh didapati dalam Sahih al- Bukhari, Kitab al-Riqaq, bab al- Haudh, hadis no.584, 585,586, dan 587.
    Hadis no. 587 menyatakan bahawa mereka (sahabat) telah murtad ke belakang. Justeru, aku tidak melihat mereka (sahabat) terselamat melainkan segelintir daripada mereka (bilangan yang sedikit) seperti unta yang tersesat atau terbiar daripada pengembalanya (mithlu humali nna'am).

    Jawapan 5

    5. Sahih Muslim, bab Ithbat Haudhi Nabiyyi-na menyatakan bahawa hanya sedikit sahaja sahabat yang selamat kerana mereka telah mengubah Sunnah Nabi saw. Lihat, hadis no. 26, (2290), (2291), no. 27 (2293), 28, (2294), 32 (2297), 40 (2304).

    Hadis no. 29 (2295) " Sesungguhnya aku akan mendahului kamu di Haudh. Tidak ada seorang pun daripada kamu (para sahabatku) akan mendatangiku sehingga dia akan dihalau atau diusir daripadaku sebagaimana dihalau atau diusir unta yang sesat (bilangan yang sedikit).
    Aku bersabda: Apa salahnya? Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka. Jauh! Dari rahamat Tuhan (suhqan).

    Jawapan 6

    Al-Qur'an

    6. Hanya sedikit sahaja di kalangan orang Islam yang mengikut al-Qur'an 100% sebagaimana Firman-Nya Surah al-Saba' (34): 13 " dan sedikit sahaja di kalangan hamba-hamba-Ku yang berterima kasih". Ini bererti kebanyakan orang-orang Islam sama ada sahabat atau bukan sahabat sedikit sahaja yang berterima kasih. Justeru, mereka disiksa oleh Allah swt kerana tidak berterima kasih.

    Jawapan 7

    7. Sila baca teks Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim tentang kekafiran majoriti para sahabat kerana mereka telah mengubah Sunnah Nabi saw. Justeru, ia menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang percaya semua sahabat adalah adil.

    Jawapan 8

    8. Kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi saw sengaja disembunyikan oleh para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan Wahabi di Nusantara. Mereka meninggalkan penerjemahan bab al- Haudh dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim ke dalam bahasa ibunda. Justeru, umat Islam di Nusantara tidak mengetahuinya, lalu mereka menuduh Syiah mengkafirkan para sahabat Nabi saw pula. Pada hakikatnya, Nabi saw sendiri yang telah mengkafirkan majoriti para sahabatnya kerana mereka telah menguban Sunnahnya menurut Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

    Jawapan 9

    9. Sila lihat, renungan 92. "Pengubahan al-Qur'an (Tahrif al-Qur'an) dalam buku-buku Sunni, Pengubahan Sunnah Rasulullah saw, penghinaan terhadap Rasulullah saw oleh para sahabat dan kekafiran majoriti para sahabat oleh Rasulullah saw sendiri" sila layari: al-mawaddah. info

    Oleh: Pencinta al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.

    sila rujuk:

    https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWQXF6VWJRNkdZYmdMS25Da2NkRkU1YjVaLWRz/view?usp=drivesdk

    https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWY0dEVk9UekR1c0E/view?usp=drivesdk

    https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWdXZubUJzRHllXzQ/view?usp=drivesdk

    https://drive.google.com/file/d/12aImJbBv1e0cSE6vBNmVsjG7Wk8fmvKr/view?usp=drives

    Web: almawaddah.info



    ReplyDelete