Sepanjang perjalanan kursus suasana sentiasa ceria dan aktif dengan aktiviti yang dijalankan oleh JU dalam melahirkan idea dan contoh persembahan P&P yang boleh membangkitkan semangat murid untuk berlari kepada Bahasa Arab di sekolah. Jika idea dan persembahan contoh P&P seumpama ini dapat dihayati dan dipanjangkan kepada semua guru Bahasa Arab di sekolah program j-QAF ditambah dengan CD (BBM) yang telah dihasilkan oleh JU Bahasa Arab saya yakin minat murid untuk berlumba-lumba kepada bahasa dunia akhirat ini akan bertambah dan memberi impak maksima kepada murid dan program j-QAF.
Tahniah diucapkan kepada JU Bahasa Arab yang memang saya akui hebat, berpengalaman dan berdaya maju. Diharapkan usaha mereka akan dapat diambil manfaat oleh semua guru Bahasa Arab j-QAF untuk dipersembahkan kepada murid-murid pada tahun 2010 nanti.
Kursus Pemantapan GPI Program j-QAF 2009 Peringkat Negeri Kedah
(Daerah Padang Terap Pendang)
(Daerah Padang Terap Pendang)
Sabtu 24Okt- Padang Terap Pendang pada 2009 ini telah membuka tirai Kursus Pemantapan GPI Prgram j-QAF dengan membuat persiapan yang pantas dan rapi. Tahniah !Kursus sepanjang sehari suntuk itu telah diatur dengan pantas dan selamat berlabuh pada jam 6.15 petang di Terap Inn, Kuala Nerang. Kehadiran pesertanya yang terdiri dari semua GPI program j-QAF yang baru dilantik pada 6 Julai 2009 yang lalu.Sepanjang kursus sehari, guru-guru telah didedahkan dengan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan pengurusan dan P&P disekolah. Walaupun tempoh setahun mereka menjalani LPBS di sekolah yang telah ditempatkan, namun itu belum cukup untuk memantapkan persembahan P&P, pengurusan murid, bahan, panitia , bilik darjah dan segala perkara yang berkaitan dengan keperluan seorang guru program j-QAF.
Pendedahan taklimat pengurusan dan P&P diawal sesi kursus telah diperkukuhkan lagi dengan sesi pembentangan realiti peerjalanan dan pengurusan program j-QAF di sekolah sepanjang mereka mengikuti Kursus LPBS-KPLI SR j-QAF sejak Januari 2008 hingga Jun 2009 yang lalu.
Saya sempat mengikuti tiga pembentangan dan membuat ulasan hasil dari pembentangan tersebut dalam ucapan penutup kursus tersebut. Keberanian, kesungguhan dan komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh anak buah Ust Nadzhari di Terap Inn pada petang 24 Oktober yang lalu memberi keyakinan kepada saya bahawa murid-murid peserta tersebut pasti akan menerima perubahan persembahan dan bimbingan guru yang bersemangat baru jika semua peserta tersebut dapat merealisasikan segala dapatan dan idea yang diketengahkan sepanjang kursus tersebut. Tahniah dan selamat berjuang untuk memartabatkan modal insan gemilang dalam program j-QAF.
No comments:
Post a Comment