18Okt- Mesyuarat berlangsung di PKG Ayer Hitam bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 4.30 petang. Mesyuarat pada kali ini diadakan untuk membincangkan perkara - perkara yang berkaitan dengan peruntukan yang sedang dalam proses untuk disampaikan kepada semua sekolah program j-QAF di Kedah sebanyak 377 buah kesemuanya. Penat dan mengah juga untuk menguruskan peruntukan seumpama ini supaya tidak berlaku sebarang kesilapan. Peruntukan KBS kali ini sekadar untuk meringankan bebanan kewangan KBS di semua sekolah j-QAF, bukannya untuk menampung keseluruhan perbelanjaan KBS pada tahun ini.Diharapkan apabila peruntukan ini sampai ke akaun sekolah program j-QAF, GPI dan GPI program j-QAF dapat memanfaatkannya untuk aktiviti-aktiviti j-QAF yang berkaitan. Walaupun tempoh waktu persekolahan sudah hampir sampai ke penghujung sesi persekolahan
( 21 Nov 2009 ), banyak lagi aktiviti yang bermanfaat dan berkesan yang boleh dilaksanakan sebagai bekalan penting kepada murid-murid untuk mereka praktis dan gunakan di musim cuti persekolahan hujung tahun nanti. Jadikan baki waktu-waktu akhir persekolahan yang adad dengan menilai prestasi setiap murid dalam semua model yang dilaksanakan dalam program j-QAF . Dengan masa yang berbaki selepas dari mereka menghadapi peperiksaan akhir tahun nanti, bolehlah dilakukan sedikit sebanyak pemulihan yang diperlukan kepada murid-murid yang tertinggal atau tercicir (tidak hadir dan ketinggalan jauh dari sukatan sebenar ) daripada beberapa aktiviti yang telah diadakan sepanjang 10 bulan pada tahun ini. Selamat maju jaya, saya yakin anda pasti anda mampu malah ada yang sedang melakukannya. Siapa lagi kalau bukan kita ? Mantapkan j-QAF dari awal hingga akhir. Pastikan j-QAF Tanpa Gagal.
No comments:
Post a Comment