Pada sebelah petang pulak saya sempat menghadiri perjumpaan dengan peserta Kursus Pemantapan GPI program j-QAF Peringkat Negeri Kedah Tahun 2009 yang disertai oleh GPI Program j-QAF ambilan 2008 di PKG Ayer Hitam. Kursus ini merupakan kursus siri terakhir diadakan kepada GPI program j-QAF yang baru dilantik sebagai PPP DC 41 negeri Kedah pada Julai yang lalu. Tujuan dan objektif kursus ini diadakan pada setiap tahun ialah untuk;
+ Menyediakan barisan GPI j-QAF yang mantap sebagai pengurus berkesan dan cemerlang di sekolah.
+ Meningkatkan pengetahuan dan kemahran agar sentiasa peka dengan isu-isu semasa serta dapat menyampaikan maklumat sebenar pelaksanaan program j-QAF.
+ Memantapkan kefahaman dan keyakinan diri GPI j-QAF sebagai pelaksana program j-QAF secara berkesan dan bermatlamat
+ Mewujudkan cara bekerja berpasukan yang berhemat dan bermaklumat serta tidak saling menyalahkan.
Kursus selama dua hari ini dihadiri oleh peserta dari daerah Kubang Pasu dan Langkawi seramai 44 orang semuanya. Diharapkan kursus pada hari ini dan esok akan memberi keyakinan dan kekuatan baru kepada peserta-peserta untuk mempersiapkan diri dalam mengharungi kerjaya sebenar sebagai GPI Program j-QAF. Penampilan diri dalam siri-siri pembentangan hasil LDK diharapkan akan dapt menjernihkan kekaburan mereka dan membantu mereka menjalankan tanggungjawab yang berkesan kepada murid-murid di sekolah. Pengalaman hasil dari kursus ini diharapkan akan menjadikan para peserta lebih bersemangat, berkeyakinan tinggi dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan liku dalam kerjaya. Sekaligus akan menjadikan mereka perancang yang berkesan untuk merancang perjalanan kerjaya dalam menjayakan matlamat dan objektif program j-QAF kepada modal insan Muslim di masa depan. Selamat berkursus dan syabas kepada Pegawai Khas Pendidikan Islam, PPD Kubang Pasu; Ustaz Burhanurdin Hassan dan para Fasalitator yang setia bersama kursus ini iaitu Ustaz Akmal Ahmad, Ustaz Mohd Nazri Hashim, Ustaz Md Isa Mt Arop dan Ustaz Mohd Rukhaimi.
No comments:
Post a Comment