5Nov- Mesyuarat Penyelarasan Data e-Pelaporan Oktober 2009 diadakan di PKG Gurun melibatkan semua JU e-Pelaporan daerah seluruh Kedah. Mesyuarat dwi-Tahunan ini berjalan lancar dan dimulai dengan pembentangan laporan dari setiap daerah bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang masih berlaku dan langkah mengatasinya pada masa depan.
Penggabungan data e-JPN pada hari ini tidak dapat disempurnakan kerana beberapa daerah masih menghadapi masalah pemurnian data yang perlu dirungkaikan dengan berhati-hati agar tidak menimbulkan masalah yang lain pula apabila penggabungan e-JPN dilakukan.Apapun sedikit masa diperlukan untuk merealisasikan urusan tersebut dan diharapkan ianya akan selesai dalam tempoh waktu yang singkat.
Pada waktu tengahari saya sempat menghadiri jemputan PPD Baling Sik untuk majlis penutupan rasmi dan penyampian hadiah Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran di dewan Sek. Keb. Sik. Pengurusan yang mantap dan mengikut jadual yang telah dirancang membuatkan saya yakin untuk kembali ke PKG Gurun sebelum jam 3.00petang bagi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kehakiman Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang dijangka diadakan di SMK Gurun Sabtu depan (14 November). Tahniah kepada Ustaz Yusuf kerana berjaya mengadakan majlis tersebut untuk kenang-kenangan hujung tahun murid program j-QAF daerah Baling/Sik disamping dapat memfokuskan objektif dan tujuan Mahrajan dan Khatam Al-Quran dilksanakan kepada murid program j-QAF.
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kehakiman Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana berjalan pada jam 3.00 petang. Kehadiran memuaskan dan perbincangan berjalan lancar dan mencapai objektif. Pengalaman dan pengetahuan yang mendalam serta komitmen yang tinggi dari ketua-ketua hakim yang dilantik melancarkan lagi perjalanan mesyauarat. Semoga mesyuarat jawatankuasa kehakiman Mahrajan j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan pada 9/11/2009 di SMK Gurun akan berjalan lancar dan memberi impak terbaik perjalanan majlis sebenar pada 14/11/2009 nanti.
No comments:
Post a Comment