Tuesday, March 24, 2009

Pemantauan Bersepadu SK Program j-QAF Kohort 2005/2006 Daerah Langkawi

Pulau Langkawi,23-25Mac- Walaupun penat dalam perjalanan dan baru meninggalkan Kursus Protokol di Sg. Petani sejak awal pagi pada 22/3/2009, tidak menghalang rakan-rakan seperjuangan untuk meneruskan mesyuarat pada jam 9.30 malam hingga jam 12.30 malam diPPD Langkawi pada dua hari yang lalu. Semua ini dilakukan demi untuk merancang sesi pemantauan yang akan dilakukan pada 8.00 pagi keesokannya. Sementelahan pula kerjasama dan sokongan padu yang diberikan oleh Tuan rumah,Penyelia Pendidikan Islam, Ustaz Abdul Razak dan Pegawai Khas j-QAF, Tn Hj. Bahari membuatkan saya terhutang budi dan sukar untuk membalasnya.
Percambahan minda didini hari demi tugas dan tanggungjawab
Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dari semua daerah yang hadir untuk melaksanakan fasa kedua operasi j-QAF di seluruh Kedah yang bermula di Pulau Lagenda ini. Pada hari kedua pemantauan telah dilakukan di sekolah program j-QAF kohort 2005 iaitu,

SK Seri Negeri,Percambahan minda Pegawai dan GB,SKSN

BBM, gandingan dlm P&P tanda persediaan mengajar
yang perlu sentiasa dilaksanakan

Kawalan kelas yang berkesan,aspek penting P&P

SK Kelibang,Berbincang dengan GB,SKT tentang isu-isu j-QAF sambil bersantai

SK Padang Mat Sirat
SK Langkawi.

Sementara itu di sebelah petang pula satu perjumpaan semula antara pegawai dan Ketua Panitia dan Ketua Guru j-QAF diadakan di PKG Kuah untuk membuat rumusan atau postmortem hasil pemantauan pada hari itu untuk tindakan seterusnya.
Pada hari ini kami berkesempatan membuat pemantauan di;

SK Kedawang,
di SK Kedawang, Bahasa Arab ada di mana-mana; sampuk Ustaz Dziauddin

SK Temonyong,ICT mudah dan berkesan jika dilakukan berterusan

SK Kuala Teriang,Pengurusan rekod menambahkan kefahaman dan ketelitian tugas,
tanggungjawab bukan sekadar dalam kelas sahaja.
SK Bayas dan
SK Ewa

Pada hari ini 25/3/09 saya berkesempatan membuat pemantauan j-QAF di SK Penghulu Ahmad dan SK Ulu Melaka. Dalam kunjungan kami pada pagi tadi di SKPA, suasana sepi kerana murid-murid sedang menjawab soalan ujian bulanan. Pertemuan dengan Cikgu Faizah, merangkap PK1 sekolah berkenaan telah menemukan rakan setugas Ustaz Jamaluddin Said yang telah lama berpisah semasa mereka bertugas di KMY suatu ketika dulu.

Menceritakan pengalaman masing-masing
sambil bersantai setelah tamat sesi pemantauan
Sumbangan idea yang telus dan pendapat yang bernas penting
untuk mencari jawaban yang konkrit.W/pun panas tetapi bernas

Taklimat penyelarasan pada Februari yang lalu banyak persoalan telah dikupas dan ditimbulkan serta dilontarkan dalam pertemuan tersebut yang menekankan tentang fokus j-QAF 2009 dan isu-isu berkaitan kaedah P&P yang berkesan serta matlamat Khatam Al-Quran pada 2010 nanti.Namun kedapatan ada di kalangan GPI dan GPI j-QAF tidak mengetahui apa itu BIG, apatah lagi kaedah palaksanaan BIG di dalam kelas juga tidak mengikut kaedah yang sepatutnya.Yang dijawab bila ditanya tentang BIG ialah 'Bina Insan Guru'! Selain daripada itu juga masih kedapatan lagi di kalangan GPI dan GPI j-QAF tidak melaksanakan kaedah pelaksanaan model tasmik yang sebenarnya.

Sekiranya langkah-langkah yang positif tidak diambil dengan segera untuk membetulkan keadaan, saya bimbang pencapaian program j-QAF 2005 akan tergugat dan tidak sampai kepada sasaran yang difokuskan. Sifat keberanian melakukan perubahan dan mengubah kaedah P&P yang berkesan perlu dibincangkan oleh semua Panitia Pendidikan Islam dan bersama guru j-QAF dengan merujuk kembali kepada buku panduan yang telah diberikan. Perkara ini telah saya sentuh dalam Taklimat Penyelerasan Program j-QAF seluruh daerah pada bulan yang lalu. Selain daripada itu ia juga ada dijelaskan dalam kursus-kursus Pemantapan kepada GPI program saban tahun yang perlu disusuli oleh kursus dalaman di setiap buah sekolah yang terlibat. Persoalannya di sini; sejauhmanakah ilmu dan dapatan dari kursus-kursus tersebut telah disampaikan ke akar umbi oleh 'yang dipertanggungjawabkan'. Selain dari itu buku-buku panduan P&P rujukan pula tidak berapa diminati oleh sebahagian dari kita, ada yang disimpan beku di dalam kotak dan ada yang tak tahu di mana letaknya. Sedangkan buku-buku itu adalah rujukan penting P&P dan boleh diibaratkan seperti 'fail meja' kepada setiap dari GPI program j-QAF.Rekod bacaan yang tidak sempurna juga perlu diberi perhatian yang serius oleh semua GPI dan GPI Program j-QAF kerana ia merupakan dokumen peribadi murid yang penting untuk dijadikan rujukan kini dan masa depan murid tersebut. Sekiranya kewujudan buku rekod itu tidak cukup, ia boleh dibuat salinan oleh pihak sekolah terlebih dahulu. Alasan sesetengah dari kita yang tidak mencatat rekod bacaan pelajar kerana ketiadaan buku adalah tidak sesuai dan hanya alasan. Alasan akan direkod kemudian berdasarkan ingatan dan tanggapan serta catatan yang berselerak entah di mana letaknya juga hanya tinggal alasan. Apabila pusingan pemantauan tiba semula ia masih ditakok lama, dan alasan baru bersuara pula dari sebahagian dikalangan kita; saya terlupa, sebok dan tidak sempat itu dan ini. Sampai bilakah isu-isu remeh temeh seperti ini akan terus berkumandang dicorong-corong telinga kita?

Semoga rumusan ini menjadi panduan kepada kita untuk meningkatkan pencapaian dan mutu dalam perkhidmatan untuk program j-QAF. Saya percaya kita semua mampu melakukannya.
InsyaAllah pemantauan seterusnya dalam pusingan ke 3/2009 nanti kita akan dapat satu rumusan yang lebih baik lagi untuk daerah Langkawi. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang memuaskan sepanjang 3 hari pemantauan dilakukan oleh pegawai-pegawai dari seluruh daerah didaerah ini.

Segala sumbangan idea dan permasalahan akan-sama-sama kita garap untuk memantapkan Pendidikan Islam pada murid-murid kita dan bukannya bertujuan mencari kelemahan sesiapa. Segala kekurangan yang ada pula perlu diterima hakikatnya dan mesti diperbaiki segera untuk memastikan murid-murid kita mendapat hak mereka yang sewajarnya kita berikan kepada mereka. Maaf jika ada kesilapan dan terkasar bahasa sepanjang pemantauan ini samada disedari atau tidak oleh saya yang lemah ini dan rakan-rakan setugas dari semua daerah yang turut serta. InsyaAllah bertemu lagi pada pusingan seterusnya.

No comments:

Post a Comment