




Orang ramai tetap datang berpusu-pusu untuk melihat pameran dari dekat dalam hujan masih turun rintik-rintik hingga jam 11 pagi.
Tuan Ketua Sektor, Puan Hajjah Zainab bt. Md Saman, telah datang berkunjung ke ruang pameran JPN Kedah seawal jam 9.30 pagi. Kehadiran beliau disambut oleh Pegawai Unit Pendidikan Islam KMY Ustaz Jamaludd


Pameran ini bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang bagi ruang jabatan kerajaan, tetapi bagi gerai jualan hingga ke jam seterusnya. Pameran ini akan berakhir pada 22Mac 2009.
Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada Ustaz Amir Nason dan Rakan-Rakan dari kalangan GPI j-QAF yang telah bertungkus-lumus sejak hari khamis bersama Pegawai UPI/KMY dan Ustaz Rushdan serta Ust Imran bagi menjayakan pameran bagi sudut SPI,JPN Kedah.
Sepanjang pemerhatian saya dari awal pagi, ruang pameran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pengunjung tanpa mengira kaum dan agama. Tahniah diucapkan untuk semua pegawai KMY, JPN dan lain-lain yang terlibat menjayakan pameran ini.

No comments:
Post a Comment