Monday, March 2, 2009

Taklimat Penyelarasan Program j-QAF Model Khatam Al-Quran dan Kurikulum Sekolah Rendah Daerah Pendang.

PKG Pendang 2Mac- Hujan lebat disekitar jam 2.00-3.15 petang di Pendang tidak menghalang sebahagian daripada peserta yang dijemput oleh PPD Padang Terap Pendang untuk hadir dan mengikuti taklimat pada petang ini. Sepanjang perjalanan dari Alor Setar merentas lebuhraya ke Pendang saya sudah terpandang awan hitam melitupi pekan Pendang. Deruan angin di lebuhraya membuatkan pemanduan saya agak kurang mantap dan terasa ditiup kenderaan ke kanan lebuhraya. Namun tanggungjawab mesti dilaksanakan oleh kami berdua. Setibanya saya di SK Pendang, sedia menanti sahabat lama saya yang sentiasa kemas dan bergaya, tak lain tak bukan Ustaz Zulkifli Hassan meredah hujan lebat menyambut kami berdua di PKG Pendang. Hujan lebat dan angin yang kuat membuatkan separuh dari badan dan pakaian saya basah kuyup dan kesejukan. Maklumlah inilah hujan pertama yang menyimbah badan saya setelah kemarau beberapa bulan di Kedah. Terasa sekali nikmatnya air hujan kurniaan Ilahi. Alhamdulillah!
ucapannya bersahaja,tetapi mantap sekali

Jam di tangan 2.45, penantian peserta diteruskan hingga pukul 3.00 petang. Akhirnya tuan rumah, Ustaz Nadzhari dan Ustaz Shahabudin mengambil keputusan memulakan majlis walaupun hanya sebahagian sahaja yang hadir.peserta yang hadir

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua peserta yang hadir. Anda semua memang hebat. Sampaikanlah pesanan-pesanan yang telah dirakamkan oleh pegawai-pegawai anda untuk tindakan seterusnya di sekolah masing-masing.
1. Pesanan Pegawai Khas j-QAF Daerah Padang Terap Pendang
2. Pesanan Penyelia Pendidikan Islam PTP, Ustaz Shahabudin
3. Pesanan Penolong Pengarah Kurikulum Teras (R)
4. Pesanan Penolong Pengarah Kanan Operasi Dakwah, dan
5. Pesanan saya.
ucapan yang ilmiah dan mesra pendengar

InsyaAllah , bagi yang tidak hadir kita akan bertemu di tarikh yang lain dan bersesuaian pula.

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada Ustaz Mohd Nasir bin Ahmad, Pegawai PKG Pendang yang setia menanti kami hingga selesai pada jam hampir 6.30 petang. Sekali lagi dirakamkan ucapan jazakallahu khairan kathira kepada hulubalang j-QAF PTP al-Faadhil Ustaz Nadzhari bin mahmud dan Ustaz Shahabudin di atas usaha tuan-tuan menyediakan program pada petang ini.
aktiviti dakwah dan syiar Islam mesti dilaksanakan

No comments:

Post a Comment