Sunday, March 1, 2009

SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR USTAZ AZHARI YAAKOB


SPI, JPN Kedah, 1Mac - Selamat datang sebagai warga SPI, JPN Kedah kepada Ustaz Azhari bin Yaakob, Bekas Penyelia Kanan PPD Kubang Pasu yang telah menamatkan perkhidmatannya di Dewan Malaysia Abbasiyah, Cairo, Mesur selama 2 tahun 4 bulan di sana. Beliau yang baru pulang dari Mesir malam tadi telah melaporkan diri ke SPI pada hari ini sebagai Penyelia Kanan HEM Institusi Agama (SABK dan SMKA) .

Alhamdulillah, kelihatan kehadirannya penuh ceria dan sihat walafiat walaupun keletihan dalam penerbangan selama lebih 13 jam. Perubahan cuaca dan masa menjadikan beliau perlu mengambil sedikit masa untuk penyesuaian semula iklim di negara kita. Menceritakan pengalamannya di sana, beliau memberi galakan kepada sesiapa sahaja yang berpeluang untuk ke mana-mana sebagai pegawai KPM luar negara mengambil peluang jika berkesempatan. Selamat pulang ke tanah air dan selamat bertugas bersama-sama warga JPN Kedah untuk memantapkan Pendidikan Islam di Kedah.

No comments:

Post a Comment