Monday, March 30, 2009

Balik rumah dah...

30 Mac 2009- Budak-budak zaman modern, baru sehari dah tengok merata dah...

di pangkuan bondanya, keluar wad jam 3.30 petang

I am a boy
Allah Ta'ala bagi 3.96 kg









Alhamdulillah.....

Pusat Rawatan Mahsuri 29Mac-


11.30pm 28/3/2009Bila dah mengantuk , atas bangku pun boleh abang...3.00am
Tunggu adik baru sampai lena dan jatuh kerusi , lena balik...
4.00 am 29/3/2009 , 3.96kg. I am a boy.
Cuti....7hari.

Ucaptama dan Taklimat Pendedahan Program j-QAF Kepada GDL Ambilan 2009

IPGM Kampus Sultan Abdul Halim 28Mac- Malis tersebur diadakan pada hari sabtu ,di mana kehadirannya amat memuaskan dar kalangan peserta yang terdidi daripada DDL KPLI LPBS-SR Program j-QAF Ambilan 2009 dari seluruh negeri Kedah. Maajlis bermula jam 8,30 pagi dengan sesi pendaftaran yang dikendalikan oleh Pegawai-Pegawai Khas semua daerah yang tiba lebih awal di kampus ini. Ucaptama majlis telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Sekolah, Sektor Pendidikan Islam ,JPN Kedah Tuan Haji Ismail bin Yahya. Dalam ucapannya beliau banyak mendedahkan tentang teknik P&P yang berkesan dan harapan masyarakat serta masa depan Islam yang perlu diisi segala ilmu asas yang mantap kepada murid-mirud di sekolah. Kegagaglan mengisi ilmu di dada murid di awal bangku sekolah akan menggagalkan masa depan murid tersebut untuk mereka menghayati Islam dalam kehidupan mereka seharian. Ini akan menggagalkan ketamadunan Islam dalam masyarakat Muslim sendiri di samping cabaran Islam yang semakin besar pada masa depan. Beliau juga mengingatkan peserta agar mencari jalan yang terbaik untuk memberi kefahaman dan minat yang tinggi terhadap Bahasa Arab kepada murid disekolah. Kaedah yang betul akan menimbulkan minat yang mendalam kepada murid untuk mencintai Bahasa Arab.

Pendedahan model dan Teknik P&P yang terperinci telah di sampaikan oleh;
1. Ustaz Mohd Nazri bin Hashim, SK Siputeh - Model Khatam Al-Quran dan Tasmik
2. Ustaz Mohd Isa bin Mat Arop, SK Hosba - Model Bahasa Arab
3. Ustaz Akmal bin Ahmad, SK Seri Muda - Model KBS
4. Ustaz Mohd Nasir bin Majid - SK Jeniang (Pusat)- Model Pemulihan Jawi.

Di akhir majlis, sesi dialog telah diadakan antara JU, Pegawai dan peserta. Banyak persoalan yang telah dikemukakan oleh peserta yang rata-rata melibatkan kaedah P&P dan susunan jadual waktu P&P serta penglibatan GPI dalam program ini termasuk kelas Tasmik dan P&P Khatam Al-Quran yang mesti melibatkan guru induk(GPI) dan guru bimbingan( GDL j-QAF ) , terutamanya bagi sekolah-sekolah yang baru (kohort 2009) menyertai program j-QAF . Kemeriahan sesi dialog ini memberi petanda yang baik terhadap GDL untuk saling memahami dan membetulkan permasalahan yang ada dalam sesi P&P di sekolah masing-masing agar tidak berlanjutan .

Hasrat untuk mengumpulkan GDL 2009 ini adalah untuk mendapat maklum balas dan menjelaskan perjalanan P&P mengikut panduan dasar setelah mereka melaporkan diri 3 bulan yang lalu telah mencapai sasaran yang dimaksudkan.Majlis tamat jam 5.15 petang. InsyaAllah pada masa-masa akan datang pertemuan seumpama ini akan diadakan semula dan mungkin akan melibatkan GDL 2008 dan GPI bersama-sama. Semoga majlis seumpama ini diberkati Ilahi. Terima kasih kepada semua yang telah melibatkan diri dalam menjayakan sesi pertemuan yang bermakna ini. Moga sumbangan kalian akan diberkati Allah sepanjang masa. Selamat bertugas.

Friday, March 27, 2009

Majlis Tambatan Silatulrahim:Badan Kebajikan Staff PPD Kubang Pasu

Restoran Hijrah,26Mac- Hampir terlupa saya pada malam ini ada Majlis Tambatan Silatulrahim, anjuran Badan Kebajikan Staff PPD K.Pasu di Restoran Hijrah. Isteri mengingatkan saya ketika jam 7.40 malam, di JPN lagi kerana menguruskan kereta lama saya yang rosak kipas injin untuk diserahkan pada forman setia saya , Mr Guan. Tuan PPDKP dengan ucapannya yang santai dan bermasej
En Megat menyampaikan ucapannya dalam majlis tersebut
Antara yang diraikan
Walaupun jam 8.15malam baru saya sampai di rumah kerana ke IPGM Kampus Sultan Abdul Halim dan PPD KMY pada sebelah petang, bercampur dengan hujan lebat dilebuhraya membuatkan tubuh letih lesu, namun bila mengingatkan jemputan PPDKP, selepas solat maghrib, tubuh saya kembali segar semata-mata untuk bertemu rakan sekerja yang telah 3 bulan kami berpisah.
Lepas makan dapat hadiah pulak....

Majlis dimulakan dengan jamuan makan malam dan diakhiri dengan ucapan. Antara jemputan yang diundang ialah;
1.Tuan Megat Ramli in Megat Puteh, Penolong Pengarah Kanan Unit Perjawatan dan Naik Pangkat,JPNK
2. Tuan Marzuki bin Jamaluddin, Timbalan PPD baru PPDKP
3. Puan Nitha, Kewangan
4. En. Saiful Rizal , Kewangan
5. Kamarulzaman , PAR.

Hidangan ucapan Tuan PPD , Tuan Haji Abu Yazid pada malam ini membuatkan kami ceria dan begitu seronok berada dalam majlis pada malam ini. Pengalaman dan pengetahuan beliau sebagai orang lama dan susunan cerita yang bertali arus membuatkan saya segar hingga kini ( 2.30 am). Nasihat yang beliau berikan perlu disambut dan dijadikan agenda merehatkan minda dan raga untuk membuat pantulan dalam kerja sehari-hari. Terima kasih Tuan. Tak cukup dengan makan dan hidangan ucapan santai , kami yang diraikan diberi pula hadiah. Terima kasih daun keladi.... Kekalkan suasana hubungan mesra seadanya. Majlis malam ini membuatkan kami tertambat silatulrahim rakan sekerja seketika dan suatu ketika...

Tuesday, March 24, 2009

Pemantauan Bersepadu SK Program j-QAF Kohort 2005/2006 Daerah Langkawi

Pulau Langkawi,23-25Mac- Walaupun penat dalam perjalanan dan baru meninggalkan Kursus Protokol di Sg. Petani sejak awal pagi pada 22/3/2009, tidak menghalang rakan-rakan seperjuangan untuk meneruskan mesyuarat pada jam 9.30 malam hingga jam 12.30 malam diPPD Langkawi pada dua hari yang lalu. Semua ini dilakukan demi untuk merancang sesi pemantauan yang akan dilakukan pada 8.00 pagi keesokannya. Sementelahan pula kerjasama dan sokongan padu yang diberikan oleh Tuan rumah,Penyelia Pendidikan Islam, Ustaz Abdul Razak dan Pegawai Khas j-QAF, Tn Hj. Bahari membuatkan saya terhutang budi dan sukar untuk membalasnya.
Percambahan minda didini hari demi tugas dan tanggungjawab
Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dari semua daerah yang hadir untuk melaksanakan fasa kedua operasi j-QAF di seluruh Kedah yang bermula di Pulau Lagenda ini. Pada hari kedua pemantauan telah dilakukan di sekolah program j-QAF kohort 2005 iaitu,

SK Seri Negeri,Percambahan minda Pegawai dan GB,SKSN

BBM, gandingan dlm P&P tanda persediaan mengajar
yang perlu sentiasa dilaksanakan

Kawalan kelas yang berkesan,aspek penting P&P

SK Kelibang,Berbincang dengan GB,SKT tentang isu-isu j-QAF sambil bersantai

SK Padang Mat Sirat
SK Langkawi.

Sementara itu di sebelah petang pula satu perjumpaan semula antara pegawai dan Ketua Panitia dan Ketua Guru j-QAF diadakan di PKG Kuah untuk membuat rumusan atau postmortem hasil pemantauan pada hari itu untuk tindakan seterusnya.
Pada hari ini kami berkesempatan membuat pemantauan di;

SK Kedawang,
di SK Kedawang, Bahasa Arab ada di mana-mana; sampuk Ustaz Dziauddin

SK Temonyong,ICT mudah dan berkesan jika dilakukan berterusan

SK Kuala Teriang,Pengurusan rekod menambahkan kefahaman dan ketelitian tugas,
tanggungjawab bukan sekadar dalam kelas sahaja.
SK Bayas dan
SK Ewa

Pada hari ini 25/3/09 saya berkesempatan membuat pemantauan j-QAF di SK Penghulu Ahmad dan SK Ulu Melaka. Dalam kunjungan kami pada pagi tadi di SKPA, suasana sepi kerana murid-murid sedang menjawab soalan ujian bulanan. Pertemuan dengan Cikgu Faizah, merangkap PK1 sekolah berkenaan telah menemukan rakan setugas Ustaz Jamaluddin Said yang telah lama berpisah semasa mereka bertugas di KMY suatu ketika dulu.

Menceritakan pengalaman masing-masing
sambil bersantai setelah tamat sesi pemantauan
Sumbangan idea yang telus dan pendapat yang bernas penting
untuk mencari jawaban yang konkrit.W/pun panas tetapi bernas

Taklimat penyelarasan pada Februari yang lalu banyak persoalan telah dikupas dan ditimbulkan serta dilontarkan dalam pertemuan tersebut yang menekankan tentang fokus j-QAF 2009 dan isu-isu berkaitan kaedah P&P yang berkesan serta matlamat Khatam Al-Quran pada 2010 nanti.Namun kedapatan ada di kalangan GPI dan GPI j-QAF tidak mengetahui apa itu BIG, apatah lagi kaedah palaksanaan BIG di dalam kelas juga tidak mengikut kaedah yang sepatutnya.Yang dijawab bila ditanya tentang BIG ialah 'Bina Insan Guru'! Selain daripada itu juga masih kedapatan lagi di kalangan GPI dan GPI j-QAF tidak melaksanakan kaedah pelaksanaan model tasmik yang sebenarnya.

Sekiranya langkah-langkah yang positif tidak diambil dengan segera untuk membetulkan keadaan, saya bimbang pencapaian program j-QAF 2005 akan tergugat dan tidak sampai kepada sasaran yang difokuskan. Sifat keberanian melakukan perubahan dan mengubah kaedah P&P yang berkesan perlu dibincangkan oleh semua Panitia Pendidikan Islam dan bersama guru j-QAF dengan merujuk kembali kepada buku panduan yang telah diberikan. Perkara ini telah saya sentuh dalam Taklimat Penyelerasan Program j-QAF seluruh daerah pada bulan yang lalu. Selain daripada itu ia juga ada dijelaskan dalam kursus-kursus Pemantapan kepada GPI program saban tahun yang perlu disusuli oleh kursus dalaman di setiap buah sekolah yang terlibat. Persoalannya di sini; sejauhmanakah ilmu dan dapatan dari kursus-kursus tersebut telah disampaikan ke akar umbi oleh 'yang dipertanggungjawabkan'. Selain dari itu buku-buku panduan P&P rujukan pula tidak berapa diminati oleh sebahagian dari kita, ada yang disimpan beku di dalam kotak dan ada yang tak tahu di mana letaknya. Sedangkan buku-buku itu adalah rujukan penting P&P dan boleh diibaratkan seperti 'fail meja' kepada setiap dari GPI program j-QAF.Rekod bacaan yang tidak sempurna juga perlu diberi perhatian yang serius oleh semua GPI dan GPI Program j-QAF kerana ia merupakan dokumen peribadi murid yang penting untuk dijadikan rujukan kini dan masa depan murid tersebut. Sekiranya kewujudan buku rekod itu tidak cukup, ia boleh dibuat salinan oleh pihak sekolah terlebih dahulu. Alasan sesetengah dari kita yang tidak mencatat rekod bacaan pelajar kerana ketiadaan buku adalah tidak sesuai dan hanya alasan. Alasan akan direkod kemudian berdasarkan ingatan dan tanggapan serta catatan yang berselerak entah di mana letaknya juga hanya tinggal alasan. Apabila pusingan pemantauan tiba semula ia masih ditakok lama, dan alasan baru bersuara pula dari sebahagian dikalangan kita; saya terlupa, sebok dan tidak sempat itu dan ini. Sampai bilakah isu-isu remeh temeh seperti ini akan terus berkumandang dicorong-corong telinga kita?

Semoga rumusan ini menjadi panduan kepada kita untuk meningkatkan pencapaian dan mutu dalam perkhidmatan untuk program j-QAF. Saya percaya kita semua mampu melakukannya.
InsyaAllah pemantauan seterusnya dalam pusingan ke 3/2009 nanti kita akan dapat satu rumusan yang lebih baik lagi untuk daerah Langkawi. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang memuaskan sepanjang 3 hari pemantauan dilakukan oleh pegawai-pegawai dari seluruh daerah didaerah ini.

Segala sumbangan idea dan permasalahan akan-sama-sama kita garap untuk memantapkan Pendidikan Islam pada murid-murid kita dan bukannya bertujuan mencari kelemahan sesiapa. Segala kekurangan yang ada pula perlu diterima hakikatnya dan mesti diperbaiki segera untuk memastikan murid-murid kita mendapat hak mereka yang sewajarnya kita berikan kepada mereka. Maaf jika ada kesilapan dan terkasar bahasa sepanjang pemantauan ini samada disedari atau tidak oleh saya yang lemah ini dan rakan-rakan setugas dari semua daerah yang turut serta. InsyaAllah bertemu lagi pada pusingan seterusnya.

Sunday, March 22, 2009

Kursus Protokol dan Pengurusan Majlis Rasmi:SPI/JPN Kedah

Sungai Petani 22Mac- Kursus ini berlangsung dari jam 8.30pagi dan akan berakhir pada jam 5.00 petang. Penceramah yang dijemput khas pada sesi ceramah ini ialah Tuan Haji Azhar bin Omar dari INTAN Wilayah Utara. Peserta yang hadir terdiri dari pegawai-pegawai dari UPI, PPD seluruh Kedah, Pengetua-Pengetua SABK Kedah dan Pegawai dari SPI, JPN Kedah.

Saturday, March 21, 2009

Sekitar Expo Pembangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan Di Padang Awam Taman Ria Jaya, Sungai Petani

Sungai Petani 21Mac-Hujan lebat pada petang Jumaat hingga ke malam(20Mac ) dan turn semula pada seawal jam 4 pagi telah menjadikan tapak Pameran Expo Jabatan-Jabatan Kerajaan di Padang Awam Taman Ria Jaya berkeleboq dan lencun. Kehadiran petugas diawal pagi untuk persiapan terakhhir terpaksa menghadapi ruang-ruang pameran yang basah dan sebahagian bahan pameran yang dilekat pada papan kenyataan kembang dan lembut. namun semuanya itu tidak sedikitpun mematahkan semangat petugas disemua bahagian untuk terus membuat persiapan terakhir sebelum upacara perasmian oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato Wira Johari Baharom pada jam 10.30 pagi.

Orang ramai tetap datang berpusu-pusu untuk melihat pameran dari dekat dalam hujan masih turun rintik-rintik hingga jam 11 pagi.

Tuan Ketua Sektor, Puan Hajjah Zainab bt. Md Saman, telah datang berkunjung ke ruang pameran JPN Kedah seawal jam 9.30 pagi. Kehadiran beliau disambut oleh Pegawai Unit Pendidikan Islam KMY Ustaz Jamaluddin dan Ustaz Jamal Nasir serta pegawai dari SPI dan JPN yang sedang bertugas.

Pameran ini bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang bagi ruang jabatan kerajaan, tetapi bagi gerai jualan hingga ke jam seterusnya. Pameran ini akan berakhir pada 22Mac 2009.

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada Ustaz Amir Nason dan Rakan-Rakan dari kalangan GPI j-QAF yang telah bertungkus-lumus sejak hari khamis bersama Pegawai UPI/KMY dan Ustaz Rushdan serta Ust Imran bagi menjayakan pameran bagi sudut SPI,JPN Kedah.
Sepanjang pemerhatian saya dari awal pagi, ruang pameran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pengunjung tanpa mengira kaum dan agama. Tahniah diucapkan untuk semua pegawai KMY, JPN dan lain-lain yang terlibat menjayakan pameran ini.

Thursday, March 19, 2009

Mesyuarat Pemeriksaan Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan) Tahun 2010 Bagi Sekolah-Sekolah Di Bawah KPM

JPN Perlis 18Mac _ Pada hari ini satu mesyuarat Pemeriksaan ABM (Perjawatan) Tahun 2010 telah berlangsung jam 8.30 pagi dan berakhir 5.00 petang. Mesyuarat ini dijangka berakhir pada 5.00 petang 19/3/2009 .

Kehadiran saya adalah sebagai pegawai yang akan menjelaskan segala isu dan permasalahan yang akan dibangkitkan berhubung dengan perjawatan guru luar norma, program j-QAF di Kedah oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,KPM yang diketuai oleh Tuan Rodzi bin Zin bagi Pihak Ketua Setiausaha ,KPM. Antara pegawai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang turut hadir ialah; Encik Yusuf Ismail dari Unit Sekolah Harian, KPM, Ustaz Zahidi bin Ariffin dari Unit Kualiti BPI, Dr. Marhaniwati bt. Sarwani dari EPRD,KPM , En. Mohd Azwari bin Ma'arof dan En. Mohd Zin bin Ismail. Manakala Unit Pengurusan Sekolah JPN Kedah di ketuai oleh Ketua Sektor K2P, TuanHaji Aziz bin Hassan, Tn Hj.Yosri Yusof, En. Mohd Zaki Shuib, Tn Hj. Nazri Hamid, Tn Hj. Abd. Manaf Ghazali, Pn Junaida bt. Yusof dan En Ahmad Fuad Ishak dan ramai lagi.
Mesyuarat ini penting untuk menentukan unjuran perjawatan yang akan diselaraskan antara BSM,KPM dengan JPA bagi mengisi perjawatan yang diperlukan oleh sekolah seluruh negara dan menentukan pelaksanaan p&p tidak terjejas atau menghadapi apa-apa kemungkinan diluar jangkaan pada sesi pengurusan semua jenis sekolah di bawah KPM dan segala perkara yang berhubung dengan pengurusan dan perjawatan pada tahun 2010. Pengalaman menghadiri mesyuarat yang amat penting ini banyak mendatangkan pengetahuan baru kepada saya dan memperlihatkan betapa teliti dan terperincinya segala isu dan perkara yang berhubung kait dengan dasar KPM diperbahas dan diambil keputusan yang penuh tanggungjawab dan terperinci oleh pihak-pihak yang menjaga kepentingan-kepentingan utama dan dasar dalam KPM.

Tuesday, March 17, 2009

Tahniah ! Semoga Berbahagia Dunia Akhirat

Jitra 17 Mac- Tahniah diucapkan kepada sahabat kita Ustaz Ismail Aziz yang telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya Napisah Bt Hj. Hussin pada 14Mac lalu (di Marang) dan majlis meraikan perkahwinannya pada hari ini di Kg.Paya Keriang Menyabung, Jitra.
sama cantik sama padan,bagai pinang dibelah dua

Meriah betui kendurinya hari ni. Ramai rakan taulan yang berkunjung menjamu selera. Macam biasa lah sahabat kita ni , mesra dan melawak tak kering gusi dibuatnya. Ada yang sampai tersedak-sedak dan jatuh balik daging yang nak masuk ke mulut. Kita doakan beliau berbahagia dan lepas ni semua tugasan di sekolah bertambah mantop. Performance-nya akan semakin terserlah dan sumbangannya bertambah-tambah untuk sekolah, daerah dan negeri. Begitulah hidup ini .... bila mudah mesra dengan orang lain, tak berkira sangat dan ringan tulang, asal saja minta tolong pasti sampai, maka ramailah sahabat-sahabat dan orang kampung yang berkunjung tiba dan memeriahkan suasana.
sentiasa mesra

Semoga kehebatan sahabat kita bertambah-tambah hebat untuk j-QAF. Tapi pasai bab bola tak upaya juga sahabat kita ni, kalau lintas stadium, asal lampu cerah saja, dia dah tak boleh nak melangkah dah... Pesanan saya , jangan kerna bola isteri ditinggal-tinggalkan keseorangan. Selamat Pengantin Baru !