Baling:4 Februari - Seawal 7 pagi saya telah bertolak dari Jitra bersama-sama dengan Encik Kamaruzaman, Pegawai dari Unit Teknik dan Vakasional , KPM Putrajaya, bersama-sama ikut serta dalam kenderaan ialah Penolong Pengarah Kurikulum Teras (Rendah) Ustaz Musa Jayyid dan Pegawai Khas Pendidikan Islam PPD Kubang Pasu Ustaz Burhanurdin ke SMKA Baling . Kami disambut dengan penuh mesra oleh Tuan Pengetua SMKA Baling, Tuan Haji Yahya dan beberapa orang guru di sana.
Setelah diraikan dengan makan pagi, saya , Ustaz Musa , Ustaz Burhan dan Ustaz Khairulanwar Penolong Pengarah Bahasa Arab ( sudah tiba lebih awal dari rumahnya di Kulim) bertolak ke SK Pulai, Baling untuk urusan pemantauan SK Program j-QAF kohort 2005. Pemantauan kami berfokuskan model Khatam Al-Qur'an . Kami disambut dengan baik oleh tuan Guru Besar, Tuan Haji Azizan dan guru-guru Pendidikan Islam serta Guru-guru Pendidikan Islam Program j-QAF, walaupun kedatangan kami sama sekali tidak diduga oleh warga SK Pulai.
Dalam pertemuan hampir tiga jam itu, banyak perkara yang ditimbulkan oleh ustaz dan ustazah kita di SK Pulai. Perbincanagan dan pertukaran pendapat berlaku dalam suasana penuh ceria dan mesra. Kesimpulan yang dapat dibuat dari pertemuan tersebut ialah;
i. Suasana hubungan yang akrab dan saling bantu-membantu antara GPI dan GPI j-QAF dalam pelaksanaan program j-QAF membanggakan kami.
ii. Ketelusan dan tidak segan untuk bertanya serta pelbagai kaedah P&P membuktikan mereka begitu bersemangat sekali untuk menjayakan matlamat pelaksanaan program j-QAF di SK Pulai
iii. Penekanan dan perhatian yang serius oleh pihak pentadbir pula telah menjadikan pelaksanaan program j-QAF di SK Pulai, Baling berjalan lancar.
Semoga SK Pulai akan mencapai sasaran mereka untuk memantapkan pendidikan Islam dan mencapai sasaran j-QAF Tanpa Gagal menjelang 2010 nanti. Terima kasih di atas layanan dan sumbang saran yang diberikan. Selamat maju jaya.
Setelah tamat pemantauan di SK Pulai, kami balik ke SMKA Baling untuk menerima maklumat dan dapatan yang telah dipantau oleh En. Kamaruzaman dan Ustaz Jalil (BPI, KPM Putrajaya)
dalam urusan Teknik dan Vokasional di SMKA.
Dikesempatan itu juga saya telah dipertemukan dengan seorang guru , Cikgu Saiful dari Perlis yang merupakan bekas pelajar saya semasa saya bertugas di SMK Tunku Suleiman, Beseri di sekitar 1995-1998 .
Setelah selesai segala urusan kami dihidangkan dengan makan tengahari yang sungguh istimewa iaitu masakan ala kampung yang panas-panas dan teristimewanya ialah ikan pekasam goreng yang ragup dan menyelerakan. Alhamdulillah. Terima kasih Tuan Pengetua SMKA Baling.
No comments:
Post a Comment