Thursday, April 30, 2009

Hari Ke 2 Pemantauan Bersepadu SK Program j-QAF Kohort 2005 Daerah Kuala Muda / Yan

29 April- Jadual pemantauan hari kedua pemantauan SK Program j-QAF KMY terpaksa berhadapan dengan sedikit perubahan kerana sebahagian dari pegawai tidak dapat ikut bersama kerana mempunyai komitmen urusan kerja yang lebih penting dan terpaksa disegerakan di persekitaran tugas masing-masing.


ramah-mesra pegawai dan GB serta PK 1 SK Kota Kuala Muda


Namun demikian ia tidaklah sampai menjejaskan keseluruhan pemantauan pada hari ini. Saya, Ust. Dziauddin dan Ust Jamal Abdul Nasir telah bergerak ke SK Kota Kuala Muda dan SK Tunku Ismail dari seawal 7.15 pagi hingga mencecah 5.00 petang tiba di Alor Setar, manakala Ust Musa Jayyid dan Ust Jamaluddin pula bergerak ke lokasi asal di SK Tasek Apong dan SK BB Sg. Lalang. Ustaz Mokhtar, Ustaz Burhanurdin dan Ust. Bahari ke SK Gurun (P) dan SK Guar Chempedak.

sesi refleksi setelah selesai penyeliaan di SKKKM

Pemantauan hari ini banyak menemui input penting baik dari segi kekuatan waimma dari segi kelemahan yang ada dalam pelaksanaan p&p disekolah-sekolah yang telah dipantau.Hasil pemantauan hari ini akan dikemukakan dalam mesyuarat Rumusan Hasil Pemantauan oleh semua pegawai yang terlibat dan akan dijadikan indikator tindakan susulan kepada semua GPI yang terlibat dalam p&p program j-QAF di KMY, insyaALLAH pada 4/5/2009 di SK Bakar Arang.

sesi p&p dan kelas Tasmik yang sempat dipantau di SK Tunku Ismail

Apa yang penting sikap keterbukaan dan sedia menerima teguran dan kelemahan dalam p&p perlu dijadikan asas untuk kita berani menongkah arus kebiasaan dan kelaziman bagi memperbaiki dan memperbetulkan sedikit sebanyak kekurangan yang ada demi untuk mempersembahkan satu budaya kerja yang cemerlang bagi menghasilkan output yang terbaik dari kalangan anak murid di sekolah masing-masing.
Keterbukaan dan keikhlasan dalam memberi dan menerima situasi yang ada serta sumbang saran dan lontaran idea penting demi memperbetulkan sedikit sebanyak kekurangan yang ada.
Saranan dan bimbingan idea dan maklumat harus dikongsi bersama rakan setugas demi memantapkan perancangan dan pelaksanaan p&p berkesan agar ianya mendatangkan impak yang maksima ke dada suci bersih dan minda nurani murid kita yang sentiasa mendambakan ilmu dan perubahan diri mereka untuk membina masa depan gemilang mereka sebagai modal insan kelas pertama.
sesi refleksi program j-QAF di SK Tunku Ismail

Kealpaan dan ketidakseriusan serta perancangan p&p yang kurang mantap akan memusnahkan harapan murid kita yang saban hari bersusah payah membekalkan diri, minda, nurani suci dan kudrat yang ada untuk bangun dikesejukan pagi melangkah kaki ke sekolah dan pulang di bawah terik mentari seharusnya cukup menginsafkan kita dalam kerjaya. Berbebankan harapan menggunung ayah dan ibu di rumah dan ditempat kerja masing-masing ingin melihat putra puteri mereka agar menjadi anak yang soleh hasil perahan tenaga, minda dan bimbingan intelek dari gurunya di sekolah dalam acuan asuhan Falsafah Pendidikan Islam dan pemantapan Program j-QAF. Ayuh luruskan tulang belakang dan jarakkan labuhan punggung bersama minda segar dan persiapan kreatif membina tugu agama dan bangsa. Wassalam ! HambaMU yang serba kekurangan.

Hari Pemantauan Bersepadu SK Program j-QAF Kohort 2005 Daerah Kuala Muda / Yan

Tuesday, April 28, 2009

Pemantauan Bersepadu SK Program j-QAF Kohort 2005 Daerah Kuala Muda / Yan

28 April- Beberapa buah SK Program j-QAF kohort 2005 daerah KMY pada hari ini menerima beberapa orang pegawai dari PPD seluruh Kedah dan SPI,JPN Kedah untuk menyelia pelaksanaan proses p&p model j-QAF dalam Pemantauan Bersepadu SK Program j-QAF untuk sekolah-sekolah yang telah melaksanakan program ini sejak tahun 2005 lagi. Pemantauan akan berakhir pada 30/4/2009.
Ustaz Dziauddin sedang berbincang dengan GB SK Langkasuka
setelah tamat sesi pemantauan p&p

Semoga pemantauan kali ini akan menghasilkan penemuan yang terbaik untuk memantapkan perjalanan program j-QAF di daerah KMY.
Ustz Cik Hazami menggunakan pelbagai kaedah dalam p&p Bahasa Arab
di SK Yan Kechil



Wednesday, April 22, 2009

Mesyuarat Pemurnian Rancangan Pengajaran Tahunan Tahun 6 21-23 April 2009

22 April- Mesyuarat tersebut telah bermula malam tadi dimulai dengan ucapan perasmian oleh Ketua Bidang Pendidikan Islam BPK, KPM , Puan Hajjah Pauziah binti Mohamad. Dalam ucapannya beliau berharap semua ahli mesyuarat dapat membantu menyedia dan melengkapkan semua bahan yang berkaitan untuk memastikan pelajar dinegara ini mendapat pengisian yang lebih berkesan dalam p&p yang akan dilaksanakan oleh guru pendidikan Islam.


Ahli mesyuarat telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang melibatkan kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah; Mesyuarat Pemurnian Rancangan Pengajaran Tahunan Tahun 6 Model KBS , Mesyuarat Pemurnian Bahan j-QAF Tahun 6, Mesyuarat Pemurnian Jawi dan Mesyuarat Pembinaan Bahan Sokongan Kurikulum P.Islam Sekolah Menengah.

Bagi kumpulan saya mesyuarat pada hari ini bermula seawal jam 8.00 pagi hingga ke petang dan disambung pula pada 8.30 - 11.00 malam membincangkan secara terperinci sukatan dan rancangan pengajaran tahunan program j-QAF Tahun 6 untuk pelaksanaan 2010 nanti. Esok sesi pembentangan akan dilakukan mengikut kumpulan masing-masing dan dijangka berakhir pada jam 2.00 petang.

Pada sebelah tengahari waktu rehat antara jam satu hingga jam dua petang tadi, saya dan Penolong Pengarah Bahasa Arab ; Ustaz Khairul Anuar diiringi Tuan Haji Bahari PK j-QAF Langkawi sempat membuat tinjauan ke LISRAM untuk melihat tempat dan membincangkan prosedur penggunaan tempat perkhemahan Mukhayyam Bahasa Arab yang akan diadakan pada bulan depan.

Tuesday, April 21, 2009

Refleksi pelaksanaan program j-QAF SK Tunku Raudzoh & SK Jalan Dato' Kumbar, Kota Setar.

21 April - Pagi tadi hingga ke 3.00 petang saya dan Ustaz Dziauddin sempat membuat kunjungan ke SK Tunku Raudzoh, Alor Setar untuk melihat perjalanan pelaksanaan sekolah program j-QAF kohort 2005. Kunjungan kami disambut mesra oleh Tuan Guru Besar, Cikgu Habibah.Perbincangan kami berkisar tentang soal peruntukan waktu dan perjalanan aktiviti luar jadual dan penglibatan terhadap program yang dilaksanakan bermotifkan program j-QAF di sekolah tersebut.


Menurut tuan Guru Besar, segala programyang dijalankan mendapat sambutan yang baik dari pelbagai pihak, baik guru dan ibu bapa. Pelaksanaan program j-QAF telah membawa perubahan yang baik terhadap sahsiah dan kefahaman Islam dikalangan guru, ibubapa dan murid.



Pertemuan dengan barisan GPI program j-QAF dan dan ketua panitia Pendidikan Islam juga telah mendatangkan input yang sangat baik ke arah melancarkan lagi pelaksanaan program j-QAF di sekolah tersebut. Perbincangan dua hala serta sumbang saran yang berjalan selama lebih kurang 1 jam setengah dapat mencerahkan lagi permasalahan dan isu-isu yang telah dikemukakan dalam perbincangan tersebut. Semoga pelaksanaan program j-QAF di SKTR akan semakin mantap dan mencapai sasaran 100% khatam Al-Quran di sampaing persediaan sekolah untuk pemantauan bersepadu JPN Kedah pada bulan Mei akan datang , insyaAllah.

Setelah tamat urusan di SKTR kami berkunjung pula ke SK Jalan Dato' Kumbar. Isu dan perbincangan yang sama serta percambahan fikiran dan pendapat berkaitan program j-QAF dan harapan yang tinggi telah dijelaskan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Fadzalih dan PK 1 Cikgu Ishak. Kemesraan dan kesatuan idea serta wawasan guru besar banyak memberi input kepada kami untuk menambah baik perjalanan program j-QAF ini di daerah Kota Setar. Pengalaman dan semangat ingin kehadapan yang menjadi impian SKJDK membuatkan kami begitu berbangga dengan pentadbiran di sekolah tersebut. Semoga Allah memudahkan jalan kepada SKJDK untuk mencapai impian murni tersebut.

Dialog Sikedu dan Sikedi (idea ehsan USMIsa Hosba)

Dialog antara Sikedu dan Sikedi yang berjumpa di rumah kenduri waktu cuti di Pekan Titi Besi. Sikedi baru balik dari sekolahnya dipendalaman Kapit, Sarawak. Sikedu dari Bandaraya ibu negari, rumahnya dengan sekolah setakat gear 2 kereta barunya. Depa berdua ni dah masuk tahun ke 5 tak bertemu setelah terpisah dik kerna kerjaya selepas tamat U . Antara perbualan depa berdua selepas bertanya khabar tentang pengalaman masing-masing;

kedi :Hidup ni kena merancang nooo...! betui dak Kedu?
kedu :Btui! btui! btui! Ada aku dengaq ceramah motivasi, sapa-sapa hidup ni kalau tak
merancang sesuatu , bererti dia merancang untuk gagai! Mana ada orang mau gagai....

kedi: Apa plan yang hang buat kat budak-budak yang laa eh , nak bagi depa clear baca
Quran...?
kedu: Aku buat BIG jee! Tapi yang syoknya ...ada kawan-kawan aku kata, BIG tu Bina Insan
Guru macam depa kena kat maktab dulu-dulu ni...Aku senyap saja, nak kata tak betui,
betui jugak...mana-mana pun kira boleh lah....Tang budak-budak pulak...ada yang o.k dan
tak kurang yang k.o...

kedu: Hang macammana o.k. ka ?
kedi : Aku biasa je... kat hulu Kapit sana, kami semua buat BIG kat budak-budak yang laa eh
Quran. Yang lancaq dah dua tiga kali khatam dah....

kedu: Budak-budak hang boleh baca Quran semua ka....?
kedi : Mesti boleh semua, asai dia boleh bercakap dan berkata-kata. Yang laa eh dan liat aku
tenyeh BIG kat depa tiap-tiap kali p&p asuhan tilawahdan khatam quran. Bukannya payah sangat, aku baca sikit-sikit depa ikut, lama-lama panjang sikit, sikit...depa ikut. 20-25 minit je! lepas tu aku dan GPI latu ikut tahap kemampuan depa. Pakai aras lagi mudah. Kalau nak
harung semua jenuh la, sampai bila depa duk gagau dalam cerah....dengan kita-kita sekali
duk gagau...
Yang dah lancar tu kami bagi depa baca dalam group depa, tapi kadang-kadang, kerap
jugak la...depa tolong ajar yang tak brapa lancaq. Yang tak tau hujung pangkai tu kami latu
BIG cukup-cukup.
Waktu khatam quran dan asuhan tilawah kami tak suruh depa salin ayat quran berjela-jela, tak suruh cari hukum tajwid dalam ayat . Cara tu untuk budak-budak yang dah clear baca quran, kira ok la. Suruh budak yang tak sudah Iqra' 1 buat macam tu, naya depa...Kalau nak bagi latihan pun, kami bagi ikut aras kemahiran, tak borong semua soalan yang serupa. Itu pun bukannya salin soalan waktu p&p. Kami bagi kertas edaran soalan , balik buat di rumah, pelekat dalam buku latihan. Kalau salin jugak ka... 40 minit tak sudah lagi. Bukannya dia tulis, tapi melukis...Hang macam mana?

kedu: mmmmmph ! Lebih kurang ! Tapi, Mau ka depa ikut sepatah-sepatah BIG tu .....?
kedi : Haa laa! habeh tuu..., tak kan kita nak ikut depa pulak. Aku tak bagi chance .... waktu p&p
kami raund dalam kelas, jenguk tiap-tiap orang. Baru depa gayat. Kalau nak kira tapak
kaki dalam kelas ... ntah-ntah kami berjalan dalam kelas tu sama dengan berjalan kaki
balik ke Semenanjung dah pa...GB kami tak bagi duduk dalam kelas waktu p&p. Kalau
duduk, budak pi report kat GB. Prestasi ooi....prestasi...

kedu: Agak-agak hang depa khatam semua ka...?
kedi : InsyaAllah semua aku pasti khatamkan 100%, depa bukannya bisu. Yang penting
konsisten. Jangan duk tagak-tagak. Hang tak kan tak kursus kut ?

kedu: Adaaa...
kedi : Kita bukan nak bagi depa boleh laa-laa, ambik masa 5-6 tahun. Kalau kat Kapit boleh, tak
kan hang tak boleh buat kut...

kedu: Boleeeehhh............Tapi yang tak boleh jugak-jugak ?
kedi : Kan aku kata mesti boleh....kecuali bisu saja ! Jenih tu bukan kita nak tenyeh bagi depa
boleh baca sendiri jugak-jugak, depa cuma khatam cara BIG..... ikut aku baca saja, atau
ikut kawan depa yang terror baca. Itu saja! Dah depa tak boleh baca sendiri, depa kena
ajuk aku baca la. Lagu hindustan depa boleh nyanyi....Yang penting depa boleh sekali
seumur hidup dengan aku sebagai Ustaz depa, depa khatam bersama aku. Aku pun turut terkhatam jugak laa.... 6 tahun bukan 6 minggu syeikh!

kedi: Awat ? hang duk ragu apa lagi...?
kedu: Tak dak ! Tak dak ! Aku clear.... cuma aku kena pulun...

kedi: Pulun .... jangan tak pulun....












Dialog ni rekaan semata, tak ada hubungkait antara yg hidup atau yg telah kembali ke rahmatullah!

Thursday, April 16, 2009

Mesyuarat dan Rumusan Pemantauan Bersepadu Program j-QAF Daerah KBB

16April -Mesyuarat Pembentangan Laporan Pemantauan Bersepadu Program j-QAF Daerah Kulim Bandar Baharu telah berlangsung di PKG Serdang jam 9.00 pagi. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Sekolah, Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah, Tuan Haji Ismail bin Yahya. Kesemua pegawai yang terlibat dengan pengurusan j-QAF dari semua daerah turut hadir kecuali Pegawai Khas Langkawi.

Banyak dapatan dan isu dibincangkan dalam mesyuarat tersebut dan pelbagai sumbang-saran telah dikemukakan oleh semua pegawai yang terlibat dengan pemantuan untuk diambil tindakan susulan bagi memantapkan lagi perjalanan program j-QAF di daerah masing-masing. Ada juga perkara yang berkaitan dengan saranan baru untuk dilaksanakan disamping memperkemaskan perjalanan proram j-QAF yang sedia ada.



Mesyuarat telah berakhir pada jam 1.15 tengahari dengan mengambil keputusan untuk memperluaskan lagi hasil keputusan untuk tindakan susulan dan meneruskan sesi pemantauan seterusnya untuk memantapkan lagi perjalanan program j-QAF di negeri Kedah Darul Aman.

Pada sebelah petang, hasil mesyuarat untuk tindakan susulan telah dibentangkan dalam majlis taklimat postmorterm yang telah diadakan di tempat yang sama. Majlis bermula jam 2.30 petang dipengerusikan oleh Penyelia Kanan Pendidikan Islam, KBB; Ustaz Abdul Aziz Abdullah dan berakhir jam 4.45 petang. Semua wakil sekolah yang dipantau dijemput menghantar dua orang wakil yang terdiri dari Ketua Panitia Pendidikan Islam dan ketua Guru Pendidikan Islam program j-QAF.

Ust. Abdul Aziz memulakan bicara

Pertemuan kali ke empat di antara pegawai pengurusan j-QAF dan pelaksana program j-QAF bagi kali keempat pada tahun 2009 ini diharap akan dapat membawa satu lonjakan yang terbaik untuk memantapkan pelaksanaan P&P dan segala urusan yang berkaitan dengan program j-QAF di SK program j-QAF kohort 2005 dan seluruhnya di daerah Kulim Bandar Baharu .


wakil sekolah yang diamanahkan untuk menyampaikan
isi postmorterm kepada pentadbir dan GPI SK masing-masing


Semoga segala usaha yang telah dilakukan mendapat jalan yang mudah untuk direalisasikan dan keberkatan Ilahi yang berpanjangan. Untuk itu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam sesi pemantauan kali ini, terutamanya Unit Pendidikan Islam PPD Kulim Bandar Baharu, Tuan Hj. Mokhtar, Ustaz Abdul Aziz dan Ustaz Mutalib, pegawai-pegawai pemantau dari semua daerah, SPI, JPN Kedah, tuan Guru Besar dan pentadbir serta GPI dan GPI program j-QAF sekolah-sekolah daerah Kulim Bandar Baharu yang terlibat. Di kesempatan yang lain, jika diizinkan Allah kita pasti akan bertemu semula di KBB. Insya Allah bertemu di pemantauan seterusnya di daerah lain pula.

sesi rumusan pemantauan dihadiri
oleh semua wakil sekolah yang dipantau di KBB


Pemantauan KBB Hari Ke 3

15April- Pemantauan hari ini masuk hari ketiga dan antara sekolah yang dipantau pada hari ini ialah SK Taman Ria, SK Sungai Seluang, SK Sungai Karangan dan SK Guar Lobak. Al-hamdulillah perjalanan kami selamat tiba di SK Sg. Karangan lebih kurang jam 9.25 pagi. Antara gambar yang sempat dirakamkan;


SK Sungai Karangan;
BBM untuk aktiviti pemulihan jawi sudah digunakan, SK anda....?.


SK Taman Ria;

aktiviti pemulihan jawi di bilik j-QAF

SK Sungai Seluang;







Wednesday, April 15, 2009

Hari Ke 2 di KBB

14Mac- Pemantauan Bersepadu Program j-QAF adalah berjalan seperti yang disasarkan. Berikut antara gambar yang sempat dirakamkan semasa sesi pemantauan;

SK Taman Hi-Tech




SK Sungai Ularaktiviti Tasmik

Tahun 1 Enam Bulan Pertama sudah membaca Iqra' 6



Tekun ..... Tahun 1, 6 bulan Pertama sudah membaca ayat surah Al-Baqarah


perbincangan dua hala antara GPI dan pegawai, banyak isu dapat dimurnikan.....

Monday, April 13, 2009

Hari Pertama Pemantauan Bersepadu Program j-QAF di KBB

13 Mac - 6.30 pagi kereta sudah merayap dilebuhraya. Masing-masing saling berhubung antara satu sama lain melalui handphone untuk memastikan perjalanan seperti yang dirancang lancar. penggunaan BBM dan Kertas Edaran
dalam P&P hendaklah menjadi satu rutin


Jadual pemantauan hari ini adalah seperti berikut;

Kumpulan 1: SK Syer Merah dan SK Sri Kulim,
Kumpulan 2: SK Sri Limau dan SK Lunas Jaya,
Kumpulan 3: SK Jalan Paya Besar

bilik operasi j-QAF SK Ayer Merah

Operasi pemantauan pada hari ini berjalan dengan lancar dan berakhir seperti yang dirancang. banyak penemuan yang telah menjadi dapatan untuk dikongsi bersama pegawai dan barisan GPI dan GPI program j-QAF di sekolah-sekolah yang dilawati.

bertukar pandangan
Masing-masing kumpulan melaporkan, kerjasama yang diberikan oleh pentadbir dan guru yang terlibat amat memuaskan dan memberangsangkan. Jutaan terima kasih pada semua barisan pentadbir, GPI dan GPI program j-Qaf sekolah yang telah dilawati.

tasmik

InsyaAllah semua dapatan dari pemantauan ini akan dikumpulkan dan dibuat satu kesimpulan bersama dalam mesyuarat dan taklimat postmorterm yang akan diadakan pada khamis nanti.

aduh! letihnya, esok ada lagi.....