Tuesday, April 21, 2009

Refleksi pelaksanaan program j-QAF SK Tunku Raudzoh & SK Jalan Dato' Kumbar, Kota Setar.

21 April - Pagi tadi hingga ke 3.00 petang saya dan Ustaz Dziauddin sempat membuat kunjungan ke SK Tunku Raudzoh, Alor Setar untuk melihat perjalanan pelaksanaan sekolah program j-QAF kohort 2005. Kunjungan kami disambut mesra oleh Tuan Guru Besar, Cikgu Habibah.Perbincangan kami berkisar tentang soal peruntukan waktu dan perjalanan aktiviti luar jadual dan penglibatan terhadap program yang dilaksanakan bermotifkan program j-QAF di sekolah tersebut.


Menurut tuan Guru Besar, segala programyang dijalankan mendapat sambutan yang baik dari pelbagai pihak, baik guru dan ibu bapa. Pelaksanaan program j-QAF telah membawa perubahan yang baik terhadap sahsiah dan kefahaman Islam dikalangan guru, ibubapa dan murid.



Pertemuan dengan barisan GPI program j-QAF dan dan ketua panitia Pendidikan Islam juga telah mendatangkan input yang sangat baik ke arah melancarkan lagi pelaksanaan program j-QAF di sekolah tersebut. Perbincangan dua hala serta sumbang saran yang berjalan selama lebih kurang 1 jam setengah dapat mencerahkan lagi permasalahan dan isu-isu yang telah dikemukakan dalam perbincangan tersebut. Semoga pelaksanaan program j-QAF di SKTR akan semakin mantap dan mencapai sasaran 100% khatam Al-Quran di sampaing persediaan sekolah untuk pemantauan bersepadu JPN Kedah pada bulan Mei akan datang , insyaAllah.

Setelah tamat urusan di SKTR kami berkunjung pula ke SK Jalan Dato' Kumbar. Isu dan perbincangan yang sama serta percambahan fikiran dan pendapat berkaitan program j-QAF dan harapan yang tinggi telah dijelaskan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Fadzalih dan PK 1 Cikgu Ishak. Kemesraan dan kesatuan idea serta wawasan guru besar banyak memberi input kepada kami untuk menambah baik perjalanan program j-QAF ini di daerah Kota Setar. Pengalaman dan semangat ingin kehadapan yang menjadi impian SKJDK membuatkan kami begitu berbangga dengan pentadbiran di sekolah tersebut. Semoga Allah memudahkan jalan kepada SKJDK untuk mencapai impian murni tersebut.

No comments:

Post a Comment