Thursday, April 30, 2009

Hari Ke 2 Pemantauan Bersepadu SK Program j-QAF Kohort 2005 Daerah Kuala Muda / Yan

29 April- Jadual pemantauan hari kedua pemantauan SK Program j-QAF KMY terpaksa berhadapan dengan sedikit perubahan kerana sebahagian dari pegawai tidak dapat ikut bersama kerana mempunyai komitmen urusan kerja yang lebih penting dan terpaksa disegerakan di persekitaran tugas masing-masing.


ramah-mesra pegawai dan GB serta PK 1 SK Kota Kuala Muda


Namun demikian ia tidaklah sampai menjejaskan keseluruhan pemantauan pada hari ini. Saya, Ust. Dziauddin dan Ust Jamal Abdul Nasir telah bergerak ke SK Kota Kuala Muda dan SK Tunku Ismail dari seawal 7.15 pagi hingga mencecah 5.00 petang tiba di Alor Setar, manakala Ust Musa Jayyid dan Ust Jamaluddin pula bergerak ke lokasi asal di SK Tasek Apong dan SK BB Sg. Lalang. Ustaz Mokhtar, Ustaz Burhanurdin dan Ust. Bahari ke SK Gurun (P) dan SK Guar Chempedak.

sesi refleksi setelah selesai penyeliaan di SKKKM

Pemantauan hari ini banyak menemui input penting baik dari segi kekuatan waimma dari segi kelemahan yang ada dalam pelaksanaan p&p disekolah-sekolah yang telah dipantau.Hasil pemantauan hari ini akan dikemukakan dalam mesyuarat Rumusan Hasil Pemantauan oleh semua pegawai yang terlibat dan akan dijadikan indikator tindakan susulan kepada semua GPI yang terlibat dalam p&p program j-QAF di KMY, insyaALLAH pada 4/5/2009 di SK Bakar Arang.

sesi p&p dan kelas Tasmik yang sempat dipantau di SK Tunku Ismail

Apa yang penting sikap keterbukaan dan sedia menerima teguran dan kelemahan dalam p&p perlu dijadikan asas untuk kita berani menongkah arus kebiasaan dan kelaziman bagi memperbaiki dan memperbetulkan sedikit sebanyak kekurangan yang ada demi untuk mempersembahkan satu budaya kerja yang cemerlang bagi menghasilkan output yang terbaik dari kalangan anak murid di sekolah masing-masing.
Keterbukaan dan keikhlasan dalam memberi dan menerima situasi yang ada serta sumbang saran dan lontaran idea penting demi memperbetulkan sedikit sebanyak kekurangan yang ada.
Saranan dan bimbingan idea dan maklumat harus dikongsi bersama rakan setugas demi memantapkan perancangan dan pelaksanaan p&p berkesan agar ianya mendatangkan impak yang maksima ke dada suci bersih dan minda nurani murid kita yang sentiasa mendambakan ilmu dan perubahan diri mereka untuk membina masa depan gemilang mereka sebagai modal insan kelas pertama.
sesi refleksi program j-QAF di SK Tunku Ismail

Kealpaan dan ketidakseriusan serta perancangan p&p yang kurang mantap akan memusnahkan harapan murid kita yang saban hari bersusah payah membekalkan diri, minda, nurani suci dan kudrat yang ada untuk bangun dikesejukan pagi melangkah kaki ke sekolah dan pulang di bawah terik mentari seharusnya cukup menginsafkan kita dalam kerjaya. Berbebankan harapan menggunung ayah dan ibu di rumah dan ditempat kerja masing-masing ingin melihat putra puteri mereka agar menjadi anak yang soleh hasil perahan tenaga, minda dan bimbingan intelek dari gurunya di sekolah dalam acuan asuhan Falsafah Pendidikan Islam dan pemantapan Program j-QAF. Ayuh luruskan tulang belakang dan jarakkan labuhan punggung bersama minda segar dan persiapan kreatif membina tugu agama dan bangsa. Wassalam ! HambaMU yang serba kekurangan.

No comments:

Post a Comment