Thursday, April 16, 2009

Mesyuarat dan Rumusan Pemantauan Bersepadu Program j-QAF Daerah KBB

16April -Mesyuarat Pembentangan Laporan Pemantauan Bersepadu Program j-QAF Daerah Kulim Bandar Baharu telah berlangsung di PKG Serdang jam 9.00 pagi. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Sekolah, Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah, Tuan Haji Ismail bin Yahya. Kesemua pegawai yang terlibat dengan pengurusan j-QAF dari semua daerah turut hadir kecuali Pegawai Khas Langkawi.

Banyak dapatan dan isu dibincangkan dalam mesyuarat tersebut dan pelbagai sumbang-saran telah dikemukakan oleh semua pegawai yang terlibat dengan pemantuan untuk diambil tindakan susulan bagi memantapkan lagi perjalanan program j-QAF di daerah masing-masing. Ada juga perkara yang berkaitan dengan saranan baru untuk dilaksanakan disamping memperkemaskan perjalanan proram j-QAF yang sedia ada.



Mesyuarat telah berakhir pada jam 1.15 tengahari dengan mengambil keputusan untuk memperluaskan lagi hasil keputusan untuk tindakan susulan dan meneruskan sesi pemantauan seterusnya untuk memantapkan lagi perjalanan program j-QAF di negeri Kedah Darul Aman.

Pada sebelah petang, hasil mesyuarat untuk tindakan susulan telah dibentangkan dalam majlis taklimat postmorterm yang telah diadakan di tempat yang sama. Majlis bermula jam 2.30 petang dipengerusikan oleh Penyelia Kanan Pendidikan Islam, KBB; Ustaz Abdul Aziz Abdullah dan berakhir jam 4.45 petang. Semua wakil sekolah yang dipantau dijemput menghantar dua orang wakil yang terdiri dari Ketua Panitia Pendidikan Islam dan ketua Guru Pendidikan Islam program j-QAF.

Ust. Abdul Aziz memulakan bicara

Pertemuan kali ke empat di antara pegawai pengurusan j-QAF dan pelaksana program j-QAF bagi kali keempat pada tahun 2009 ini diharap akan dapat membawa satu lonjakan yang terbaik untuk memantapkan pelaksanaan P&P dan segala urusan yang berkaitan dengan program j-QAF di SK program j-QAF kohort 2005 dan seluruhnya di daerah Kulim Bandar Baharu .


wakil sekolah yang diamanahkan untuk menyampaikan
isi postmorterm kepada pentadbir dan GPI SK masing-masing


Semoga segala usaha yang telah dilakukan mendapat jalan yang mudah untuk direalisasikan dan keberkatan Ilahi yang berpanjangan. Untuk itu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam sesi pemantauan kali ini, terutamanya Unit Pendidikan Islam PPD Kulim Bandar Baharu, Tuan Hj. Mokhtar, Ustaz Abdul Aziz dan Ustaz Mutalib, pegawai-pegawai pemantau dari semua daerah, SPI, JPN Kedah, tuan Guru Besar dan pentadbir serta GPI dan GPI program j-QAF sekolah-sekolah daerah Kulim Bandar Baharu yang terlibat. Di kesempatan yang lain, jika diizinkan Allah kita pasti akan bertemu semula di KBB. Insya Allah bertemu di pemantauan seterusnya di daerah lain pula.

sesi rumusan pemantauan dihadiri
oleh semua wakil sekolah yang dipantau di KBB


No comments:

Post a Comment