Tuesday, March 17, 2009

Anak Bendang

Bendang Raja 16Mac- Ramai dari kita lahir dari kampung. Berbudi pada tanahlah yang membolehkan kita mendapat hasil untuk belanja sekolah kita masa zaman budak sekolah dulu-dulu. Dulu mana ada mesin padi dan siput gondang emas macam la ni. Dulu rumput, keladi bunting dan selambau sahaja yang menjadi pesaing padi. Tapi la, botol racun pelbagai jenama dan bermacam jenis vitamin untuk padi. Zaman sudah berubah, tidak ada lagi tong memukul padi, ketam padi dah semakin pupus kalau tak kerana mengerat padi muda untuk dibuat emping padi (rengee) untuk dimakan dengan jagung dan isi nyior dicampu gula mungkin tak nampak langsung pisau mengetam padi. Kuku kambing buat menyulam padi pun dah tak berapa nak digunakan kalau tak kerana nak menyulam padi yang jarang dalam petak bendang. Dulu kita pakat-pakat buat bendang cara 'bederau', hari ni aku tolong hang esok hang tolong dibendang aku pulak sampai padi di bawa masuk ke jelapang dan makan kenduri beras baru. Begitulah yang pernah kita lalui sebagai anak bendang. Muafakat dan saling membantu antara satu sama lain. Tapi la ni, semua tu hanya menjadi nostalgia dan kenang-kenangan manis hidup berkampung untuk bekas-bekas anak bendang. Zaman telah berubah. Ya lah, kalau dulu kita terjun sungai, main keleboq dan mandi parit , tapi pasal lintah kita gelabah juga, tapi la ni pakat-pakat bela lintah untuk itu dan untuk ini. Senang kata untuk RM. Anak-anak kita sekarang ada yang tak kenai semai, gelung air, parit gila, tali air dan segala jenis rumput, ikan dan siput dalam petak bendang dan 'parit gila'. Pacat dan lintah jauh sekali nak hisap darah mereka.Banyak yang tau makan nasi sahaja. Silap kita juga, kerana sayangkan depa kita tak ajak depa ke bendang, tengok macam mana proses sebenar hingga apa yang depa makan tiap-tiap hari tu dihasilkan. Kita dok kira nak hantaq tuisyen saja, kata hati kecil kita; depa boleh tau melalui buku dan media pun kira ok juga!Payah-payah kita bawa depa pi melawat muzium padi di Gunung Keriang, selesai masalah. Bendang kita sewa atau buat pakai 'remote control' dan RM saja untuk upah itu dan ini sebagai ganti peluh. Nak buat semua mana dan.....! Kini petak-petak bendang kita ditukar dengan petak-petak kelas, bederau kita buat bila ada majlis-majlis rasmi dan hari sambutan tertentu di sekolah. Kadang-kadang petak kelas kita pun dekat-dekat nak sama kalau nak dibandingkan dengan petak bendang kita dulu-dulu. Ada rumput, ada selambau, ada keladi bunting yang mengganggu kelancaran p&p. Jadi kena ikhtiar macamana nak atasi hal-hal tersebut.
Dulu buat bendang, baja racun dan benih tuan bendang usaha sendiri, kini semua disediakan diPPK, daftar dan dapat semua set tersebut. Dulu ABM guru reka sendiri, kini semua tersedia dan panduannya juga lengkap. Kalau di kedai tak terbeli dibuatnya.Ikut zaman... kalau padi dah bertambah guninya, kini murid pun gred A kita kira sapa paling banyak.Tapi jangan sesekali petak kelas pun kita pakai 'remote control' juga...Huru-hara jadinya. Kalau kita renung petak-petak bendang yang kering kontang dan merekah diputar waktu tanah kering, putih gebu tanahnya. Tidak ada pun tunggul padi atau rumput yang hijau, tapi bila hujan turun, padi yang jatuh luruh dari mesin padi mula menunjuk langit. Sahabat-sahabatnya dari keturunan rumput pun mula menampakkan diri hinggalah seterusnya penuh dengan tumbuhan dan bermacam jenis makhluk di dalamnya.

Subhanallah....Teringat firman Allah;
"Allah yang mengirimkan angin membawa berita gembira sebelum kedatangan rahmatNYA(hujan), hingga apabila ia membawa awan mendung. KAMI halakan ke negeri yang kering kontang, lalu KAMI turunkan hujandaripada awan itu. Kemudian KAMI mengeluarkan pelbagai jenis buah-buahan dengannya. Demikian pula KAMI menghidupkan semula orang yang telah mati.Mudah-mudahan kamu mengambil pengajaran. Negeri yang tanahnya baik, tumbuh-tumbuhan hidup subur dengan izin Allah, dan negeri yang tidak baik tumbuh-tumbuhannya hidup terbantut. Demikianlah KAMI menerangkan tanda-tanda kemurahan dan kekuasaan KAMI bagi orang yang mahu bersyukur". (Al-A'raf 57-58)

Sekadar kenang-kenangan dan mengingatkan empunya diri dan hubungan dengan tanah.

Sunday, March 15, 2009

Cuti &Kenduri Kahwin : Rahmat Ilahi Yang Perlu Dicari

Batu8Changlun 15Mac-Banyak perkara positif yang kita dapati dari peristiwa cuti sekolah. Cuti sekolah, kalau masa saya duk mengajar di SMK dulu sesuatu yang dinantikan. Agak pelik kalau cuti sekolah merupakan sesuatu yang tak disukai oleh mana-mana insan yang bergelar guru.
Kenduri tak yah duk cerita, menjujuh . Macam duian luruh. Rata jalan kita lalu ada saja bunga manggar di simpang jalan.Hari ni saja panggilan menjemput saya ke hari 'raja sehari' 9 tempat. Agak-agak dan kesemua dak ?..... Kena satu dua kenduri dah naik mengah. Tak mengah camna , daging, gulai tulang + rebung, ikan keli bakaq, dan macam-macam lagi yang membuatkan nafsu makan berselera sekali. Tak makan?....nanti nak makan rumah satu lagi? belum tentu berselera. Akhirnya tangkap yang mana tertera depan mata dulu la...Bila malam menjenguk...mula tak selesa sana, tak selesa sini. Betullah pepatah ada berkata ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu. bab makan ni pun satu hal juga. Betullah juga salah satu nafsu di antara banyak-banyak nafsu ialah nafsu makan. Melebihi had atau melampau akan membinasakan diri.

seronoknya jadi 'raja sehari'...
macamana kalau berulang 2-3 kali jadi raja sehari? tentu berbeza !

Kenduri ni, selain daripada makan minum, ada perkara yang lebih penting, iaitu berjumpa dengan adik beradik yang lama tak jumpa, yang kalau tak kerana kenduri kendara atau kematian susah nak bertembung di tempat-tempat lain. Ada yang dah berpuluh tahun rakan, sahabat handai dah tak berjumpa tiba-tiba bertemu di rumah kenduri. Itulah di antara kelebihan kenduri. Kadang-kadang yang jauh menjadi dekat, kawan menjadi adik beradik baru dan ada hubung kait pula dengan keturunan kita. Hikmah kenduri. Jadi kalau dapat jemputan kenduri tu... jangan tak pi pulak no!. Kalau terlupa .... nampaknya melepaslah rezeqi dan hikmah kenduri tu. Kena tunggu lah pulak kenduri lain kali, itu pun kalau dijemput, kalau orang terlupa pula nak jemput kita...sekali lagi kita terlepas...

sekelas tahun 1980-81,dok tengok dikulit buku teks PI bertahun-tahun,
hikmah kenduri dapat berphoto dengan sahabat yang memang hebat.

Sebahagian dari kita juga , bila musim cuti, depa terlepas makan kenduri kerana ada kelebihan rezeki. Mereka lebih terdorong nak pi makan angin pulak. Baguih jugak tu...Janji cuti perlu dimanfaatkan, bukannya melingkaq kat rumah seperti ulaq sawa kenyang. Apa-apa pun musim cuti sekolah jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Manfaatkanlah! Bila dah mula bersekolah kita akan rasa ada suatu semangat baru untuk berhadapan dengan kerja-kerja rutin dan tanggungjawab yang semakin hari semakin terbeban, yang kadang-kadang tak dan nak makan dan rehat. Fikir-fikirkan lah....

Friday, March 13, 2009

Pemantauan Bersepadu SK Program j-QAF 2009

Dimaklumkan bahawa satu operasi Pemantauan Bersepadu j-QAF, Kurikulum Teras Sekolah Rendah dan Bahasa Arab akan dilaksanakan di daerah berikut;


1. Langkawi Tarikh : 23 hingga 25 Mac 2009
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Fokus : SK Program j-QAF 2005/2006


2. Kulim Bandar Baharu Tarikh : 29 hingga 31 Mac 2009
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Fokus : SK Program j-QAF 2005


Selamat bercuti dan bersedia untuk bertugas.

Sekian, Terima Kasih.

Tirai Taklimat Penyelarasan Program j-QAF 2009 Ditutup Di Anjung Bestari, PPD Kubang Pasu.

PPD Kubang Pasu, 12Mac- Pada petang ini sempat saya menghadiri Taklimat terakhir berkaitan dengan penyelarasan Pelaksanaan Program j-QAF dan Kurikulum Teras rendah bersama Ustaz Musa Jayyid di PPD Kubang Pasu. ucapan bersahaja tetapi bergaya dan berjaya memikat

Pertemuan yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jama 5.30 petang banyak menyentuh soal dasar, kekangan waktu guru j-QAF dan permasalahan sekolah ramai murid dalam sesebuah kelas. Dialog terbuka diadakan untuk mendapatkan input terkini perjalanan j-QAF didaerah yang menjadi tanggunjawab saya pada 2007-2008 yang lalu.
nampak gaya dimonopoli oleh ustazah
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peserta yang hadir. Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Burhanurdin yang telah mempengerusikan majlis pada petang ini, masih sempat walaupun terpaksa bergerak dalam dua lokasi yang berbeza iaitu mesyuarat kali ke 2 MTQ daerah di SMK Pulau Nyior. Tak lupa juga kepada ustaz MIA dan Ustazah Fatimah yang telah memberi kerjasama padu untuk menjayakan taklimat ini. Semoga pertemuan pada petang ini akan dapat menambahkan lagi komitmen dan iltizam tuan-tuan untuk menyampaikan amanah dan tindakan seterusnya ke arah memantapkan perjalanan program j-QAF di sekolah tuan-tuan dan puan-puan.

ucapan bernas dan berfakta pasti mencuri tumpuan



Akhirnya tamatlah penjelajahan kami ke seluruh daerah di Kedah untuk menyampaikan hasrat dan fokus utama Penyelarasan dan Pelaksanaan Program j-QAF di Kedah pada tahun ini kepada semua ketua Panitia Pendidikan Islam dan Ketua Guru j-QAF sekolah program j-QAF kohort 2005 yang bertanggungjawab di sekolah masing-masing. Apa yang amat diharapkan ialah supaya segala input dan outpun yang kita sama-sama dapati dipertemuan -pertemuan yang lalu dapat diambil tindakan segera demi untuk memastikan perjalanan j-QAF di negeri jelapang padi ini terlaksana seperti yang dirancang dan mencapai unjuran 100% Khatam Al-Quran kepada murid tahun 6.pada 2010 nanti.

Pusingan seterusnya ialah siri Pemantauan Bersepadu ke semua sekolah program j-QAF 2005 akan melibatkan semua pegawai yang bertanggungjawab menguruskan operasi j-QAF di daerah masing-masing. Operasi Pemantauan Bersepadu ini akan menggunakan instrument yang diselaraskan di peringkat negeri untuk mencari dan mengesan dapat-dapatan baru tentang sejauh manakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh guru-guru j-QAF hasil daripada pertemuan yang dilakukan pada taklimat penyelarasan yang lalu. Apakah perubahan yang berlaku pada murid dan sukatan serta pengukuhan murid telah dilaksanakan sebaik mungkin atau bagaimana ?

Pada jangkaan saya Pemantauan Bersepadu ini akan mengambil masa yang agak lama untuk semua pegawai daerah, kurikulum teras dan bahasa arab bagi menilai dan membuat kesimpulan terhadap sekolah-sekolah yang akan dipantau nanti. Tumpuan sikap guru dan murid j-QAF 2005 terhadap program ini dan penguasaan semasa akan dijadikan indikator penting sepanjang pemantauan bersepadu itu.

Pemantauan akan dilakukan waktu pagi yang melibatkan proses persediaan p&p, proses p&p sebenar, alat bantu mengajar, kawalan kelas dan aspek bimbingan murid dalam p&p. Manakala postmorterm pula akan dilaksanakan pada sebelah petangnya. Semoga hasrat murni ini akan diberkati dan mencapai hasrat dan harapan untuk mengukuhkan pelaksanaan program j-QAF bagi memantapkan pencapaian pelajar ditahap yang sepatutnya.









Thursday, March 12, 2009

Pemantauan Bahasa Arab 5 Waktu Sekolah Program j-QAF 2009

SK Simpang Tiga Padang Hang 11Mac -Pada pagi ini satu pertemuan sulong antara SPI, JPN Kedah dengan semua guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Guru Cemerlang Bahasa Arab , dari semua gred telah mula digerakkan oleh Penolong Pengarah Kanan Kurikulum Teras Menengah , Tuan Haji Mohd Rushdan bin Azizan. Pertemuan bermakna ini diharap akan dapat mencetuskan inspirasi dan aplikasi yang lebih bersepadu dan mantap ke arah memperkasakan Pendidikan Islam di negeri ini pada masa hadapan. Pertemuan diserikan dengan ucapan Tuan Ketua Sektor Pendidikan Islam , Puan Hajjah Zainab bin Md Saman dan juga pegawai-pegawai yang lain di Sektor ini.
Ustaz Musa Jayyid dengan idea-idea bernas dan berasasnya sentiasa mencuri perhatian

Semoga dengan pengiktirafan sebagai GC Pendidikan Islam dan Guru Cemerlang Bahasa Arab yang baru dan semakin bertambah bilngannya di samping GC yang lama seperi Tuan Haji Samsudin JUSA C, Puan Hajjah Ramlah dan Tuan Haji Rifae'en dari Kubang Pasu akan menjadikan barisan GC Pendidikan Islam mantap dan menghasilkan satu momentum yang baru ke arah memperkasakan Pendidikan Islam kepada anak pelajar.
pegawai PPD semua daerah juga turut hadirwaktu rehat GC dan pegawai berbincang strategi

Pada tengahari ini saya dan Pegawai Khas j-QAF PPD Kota Setar, Ustaz Dziauddin Saad sempat mencuri ruang dalam kesebokan menyiapkan akaun KBS Agiahan 1/2009 untuk berkunjung ke SK Simpang Tiga untuk mmantau perjalanan kelas Tasmik dan juga Bahasa Arab 5 waktu. Kedatangan kami ditengah hari rembang itu disambut oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Norlia. Kami sempat melawat bilik kosong yang baru dipulihkan untuk dijadikan bilik operasi j-QAF di sekolah tersebut. Bagi ustazah Wan Marian, beliau merasa selesa dan seronok berada di sekolah tersebut kerana bilangan muridnya yang tidak ramai iaitu 291 orang sahaja dari semua aliran. PK j-QAF PPDKS sedang berbincang dengan PK1 SK Spg Tiga,dibilik baru operasi j-QAF
sentuhan ideanya menjadi panduan untuk direalisasikan

Pertemuan pertama ini menyentuh isu jadual waktu dan kaedah-kaedah pelaksanaan p&p yang mengikut landasan dan dasar program ini. Penekanan juga perlu dititik beratkan kepada penyediaan bahan bantu mengajar dan penyediaan bahan untuk aktiviti pengukuhan dan latih tubi.
Menurut Pegawai Khas j-QAF, PPD Kota Setar, cara ini dapat melipatgandakan penguasaan dan boleh meransang murid untuk memberi tumpuan yang lebih kepada sukatan yang telah ditetapkan. Sentuhan guru dalam mengaplikasikan kaedah p&p yang berkesan dan terancang akan mengukuhkan kefahaman murid dan keyakinan guru dalam penyampaian ilmu d bilik darjah.

Dalam perjalanan balik ke pejabat saya terserempak dengan bekas bos saya semasa di SMK Ayer Hitam,PK 1 Cikgu Abdul Kadir bersama dengan Pembantu Am pejabat SMKAH dihadapan SMK Seri Gunung. Saya membuat pusingan U untuk bertemu dengan mereka yang sedang membuat beberapa perubahan baru dari sudut keceriaan sekolah dan keselamatan persekitaran sekolah. Pertemuan sekadar waktu sambil lalu ini bertujuan untuk mengucapkan tahniah ke atasnya yang kini menjawat jawatan Tuan Pengetua KEE 2160 SMK Seri Gunung yang baru.Kelihatannya beliau begitu bersemangat dan ceria sekali serta merancang masa depan SMK Seri Gunung ke kemuncak jaya. Selamat bertugas Cikgu Abdul Kadir dan selamat maju jaya. pandang dari jauh, begitu sebok dan bersemangat Tuan Abdul Kadir dan Atan
memerhatikan pekerja memasang papan tanda baru sekolahnya.

Friday, March 6, 2009

Mesyuarat Penyelarasan Data Dan Unjuran Keperluan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Dan Menengah KPM 2008/2009

BPI,KPM 5April- Pada 8.30 pagi khamis satu mesyuarat penyelarasan data membincangkan tentang keperluan guru Pendidikan Islam seluruh negara telah dibincangkan dan dibahaskan dikalangan semua perwakilan dari seluruh negara.




Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd bin Haji Taib, Timbalan Pengarah Pengurusan Pendidikan Islam, BPI, KPM. Pelbagai persoalan telah dikemukakan oleh wakil negeri-negeri yang menyentuh isu pelabelan, nisbah keperluan guru dan indikator yang digunapakai dalam menentukan purata keperluan guru Pendidikan Islam di seluruh negara.
Ust.Harun sedang meneliti data GPI Kedah


Perbincangan agak meriah bila menyentuh isu pengumpulan data dan bilangan hak keperluan guru Pendidikan Islam terkini. Isu ini mencetuskan idea-idea yang boleh digunapakai dalam tugasan seterusnya. Isu keperluan guru j-QAF juga dibincangkan dan disentuh dalam pertemuan ini.
ahli mesyuarat yang tak pernah kering dengan idea berasasnya...

Pada sebelah petang pula semua pegawai j-QAF negeri telah bermesyuarat berasingan dari pegawai data negeri. Mesyuarat kali ini membincangkan isu pertukaran guru j-QAF yang akan berlaku pada pertengahan dan hujung tahun ini. Unjuran keperluan guru dan bilangan kelas j-QAF 2010 hingga 2014 juga turut dijadikan agenda penting dan dikemaskinikan keperluan data untuk disampaikan kepada Bahagian Sumber Manusia, KPM pada esok hari. Mesyuarat berakhir pada jam 5.30 petang.
walaupun cukup sebok, namun
bos kita ni masih boleh senyum mesra....



pakar rujuk ict Tn Hj. Mohd Lutfi sentiasa menjadi tumpuan perwakilan seluruh negara.

Monday, March 2, 2009

Taklimat Penyelarasan Program j-QAF Model Khatam Al-Quran dan Kurikulum Sekolah Rendah Daerah Pendang.

PKG Pendang 2Mac- Hujan lebat disekitar jam 2.00-3.15 petang di Pendang tidak menghalang sebahagian daripada peserta yang dijemput oleh PPD Padang Terap Pendang untuk hadir dan mengikuti taklimat pada petang ini. Sepanjang perjalanan dari Alor Setar merentas lebuhraya ke Pendang saya sudah terpandang awan hitam melitupi pekan Pendang. Deruan angin di lebuhraya membuatkan pemanduan saya agak kurang mantap dan terasa ditiup kenderaan ke kanan lebuhraya. Namun tanggungjawab mesti dilaksanakan oleh kami berdua. Setibanya saya di SK Pendang, sedia menanti sahabat lama saya yang sentiasa kemas dan bergaya, tak lain tak bukan Ustaz Zulkifli Hassan meredah hujan lebat menyambut kami berdua di PKG Pendang. Hujan lebat dan angin yang kuat membuatkan separuh dari badan dan pakaian saya basah kuyup dan kesejukan. Maklumlah inilah hujan pertama yang menyimbah badan saya setelah kemarau beberapa bulan di Kedah. Terasa sekali nikmatnya air hujan kurniaan Ilahi. Alhamdulillah!
ucapannya bersahaja,tetapi mantap sekali

Jam di tangan 2.45, penantian peserta diteruskan hingga pukul 3.00 petang. Akhirnya tuan rumah, Ustaz Nadzhari dan Ustaz Shahabudin mengambil keputusan memulakan majlis walaupun hanya sebahagian sahaja yang hadir.peserta yang hadir

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua peserta yang hadir. Anda semua memang hebat. Sampaikanlah pesanan-pesanan yang telah dirakamkan oleh pegawai-pegawai anda untuk tindakan seterusnya di sekolah masing-masing.
1. Pesanan Pegawai Khas j-QAF Daerah Padang Terap Pendang
2. Pesanan Penyelia Pendidikan Islam PTP, Ustaz Shahabudin
3. Pesanan Penolong Pengarah Kurikulum Teras (R)
4. Pesanan Penolong Pengarah Kanan Operasi Dakwah, dan
5. Pesanan saya.
ucapan yang ilmiah dan mesra pendengar

InsyaAllah , bagi yang tidak hadir kita akan bertemu di tarikh yang lain dan bersesuaian pula.

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada Ustaz Mohd Nasir bin Ahmad, Pegawai PKG Pendang yang setia menanti kami hingga selesai pada jam hampir 6.30 petang. Sekali lagi dirakamkan ucapan jazakallahu khairan kathira kepada hulubalang j-QAF PTP al-Faadhil Ustaz Nadzhari bin mahmud dan Ustaz Shahabudin di atas usaha tuan-tuan menyediakan program pada petang ini.
aktiviti dakwah dan syiar Islam mesti dilaksanakan