Friday, March 13, 2009

Tirai Taklimat Penyelarasan Program j-QAF 2009 Ditutup Di Anjung Bestari, PPD Kubang Pasu.

PPD Kubang Pasu, 12Mac- Pada petang ini sempat saya menghadiri Taklimat terakhir berkaitan dengan penyelarasan Pelaksanaan Program j-QAF dan Kurikulum Teras rendah bersama Ustaz Musa Jayyid di PPD Kubang Pasu. ucapan bersahaja tetapi bergaya dan berjaya memikat

Pertemuan yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jama 5.30 petang banyak menyentuh soal dasar, kekangan waktu guru j-QAF dan permasalahan sekolah ramai murid dalam sesebuah kelas. Dialog terbuka diadakan untuk mendapatkan input terkini perjalanan j-QAF didaerah yang menjadi tanggunjawab saya pada 2007-2008 yang lalu.
nampak gaya dimonopoli oleh ustazah
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peserta yang hadir. Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Burhanurdin yang telah mempengerusikan majlis pada petang ini, masih sempat walaupun terpaksa bergerak dalam dua lokasi yang berbeza iaitu mesyuarat kali ke 2 MTQ daerah di SMK Pulau Nyior. Tak lupa juga kepada ustaz MIA dan Ustazah Fatimah yang telah memberi kerjasama padu untuk menjayakan taklimat ini. Semoga pertemuan pada petang ini akan dapat menambahkan lagi komitmen dan iltizam tuan-tuan untuk menyampaikan amanah dan tindakan seterusnya ke arah memantapkan perjalanan program j-QAF di sekolah tuan-tuan dan puan-puan.

ucapan bernas dan berfakta pasti mencuri tumpuan



Akhirnya tamatlah penjelajahan kami ke seluruh daerah di Kedah untuk menyampaikan hasrat dan fokus utama Penyelarasan dan Pelaksanaan Program j-QAF di Kedah pada tahun ini kepada semua ketua Panitia Pendidikan Islam dan Ketua Guru j-QAF sekolah program j-QAF kohort 2005 yang bertanggungjawab di sekolah masing-masing. Apa yang amat diharapkan ialah supaya segala input dan outpun yang kita sama-sama dapati dipertemuan -pertemuan yang lalu dapat diambil tindakan segera demi untuk memastikan perjalanan j-QAF di negeri jelapang padi ini terlaksana seperti yang dirancang dan mencapai unjuran 100% Khatam Al-Quran kepada murid tahun 6.pada 2010 nanti.

Pusingan seterusnya ialah siri Pemantauan Bersepadu ke semua sekolah program j-QAF 2005 akan melibatkan semua pegawai yang bertanggungjawab menguruskan operasi j-QAF di daerah masing-masing. Operasi Pemantauan Bersepadu ini akan menggunakan instrument yang diselaraskan di peringkat negeri untuk mencari dan mengesan dapat-dapatan baru tentang sejauh manakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh guru-guru j-QAF hasil daripada pertemuan yang dilakukan pada taklimat penyelarasan yang lalu. Apakah perubahan yang berlaku pada murid dan sukatan serta pengukuhan murid telah dilaksanakan sebaik mungkin atau bagaimana ?

Pada jangkaan saya Pemantauan Bersepadu ini akan mengambil masa yang agak lama untuk semua pegawai daerah, kurikulum teras dan bahasa arab bagi menilai dan membuat kesimpulan terhadap sekolah-sekolah yang akan dipantau nanti. Tumpuan sikap guru dan murid j-QAF 2005 terhadap program ini dan penguasaan semasa akan dijadikan indikator penting sepanjang pemantauan bersepadu itu.

Pemantauan akan dilakukan waktu pagi yang melibatkan proses persediaan p&p, proses p&p sebenar, alat bantu mengajar, kawalan kelas dan aspek bimbingan murid dalam p&p. Manakala postmorterm pula akan dilaksanakan pada sebelah petangnya. Semoga hasrat murni ini akan diberkati dan mencapai hasrat dan harapan untuk mengukuhkan pelaksanaan program j-QAF bagi memantapkan pencapaian pelajar ditahap yang sepatutnya.









No comments:

Post a Comment