Sunday, March 1, 2009

Waktu Rehat Pegawai j-QAF





Beginilah waktu rehat 2.30 jam pada hari ahad dimanfaatkan oleh pegawai kita dengan mengadakan perbincangan yang berfaedah berkaitan dengan bidang tugas. Hubungan yang baik antara guru dan pegawai di semua peringkat akan menghasilkan tindakan yang besar impaknya dalam kerjaya. Sebagai pegawai atau guru hubungan yang mesra dan saling memahami bidang tugas akan melicinkan perjalanan tugas yang di pertanggungjawabkan.


Suasana waktu rehat pada hari ahad biasanya agak sunyi sepi. Di waktu-waktu beginilah baru ada ruang untuk pegawai membelek surat khabar dan meninjau isu-isu yang terdapat dalam akhbar sebagai dapatan dan maklumat kerjaya. Situasi seperti ini suatu kebiasaan bagi pegawai yang tidak pulang berehat di rumah walaupun jarak rumah dan pejabat berdekatan, apatah lagi yang berjauhan. Adalah teladan yang baik untuk kita membaca dan berbincang isu-isu kerjaya daripada berbual kosong perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah. Mungkin di pejabat-pejabat yang lain ramai lagi rakan kita masih bertugas dan tidak sedarpun waktu rehat akan berlalu begitu sahaja. Berehat dan istirehat mencerna minda mantop!

No comments:

Post a Comment