Sungai Petani 21Mac-Hujan lebat pada petang Jumaat hingga ke malam(20Mac ) dan turn semula pada seawal jam 4 pagi telah menjadikan tapak Pameran Expo Jabatan-Jabatan Kerajaan di Padang Awam Taman Ria Jaya berkeleboq dan lencun. Kehadiran petugas diawal pagi untuk persiapan terakhhir terpaksa menghadapi ruang-ruang pameran yang basah dan sebahagian bahan pameran yang dilekat pada papan kenyataan kembang dan lembut. namun semuanya itu tidak sedikitpun mematahkan semangat petugas disemua bahagian untuk terus membuat persiapan terakhir sebelum upacara perasmian oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato Wira Johari Baharom pada jam 10.30 pagi.
Orang ramai tetap datang berpusu-pusu untuk melihat pameran dari dekat dalam hujan masih turun rintik-rintik hingga jam 11 pagi.
Tuan Ketua Sektor, Puan Hajjah Zainab bt. Md Saman, telah datang berkunjung ke ruang pameran JPN Kedah seawal jam 9.30 pagi. Kehadiran beliau disambut oleh Pegawai Unit Pendidikan Islam KMY Ustaz Jamaluddin dan Ustaz Jamal Nasir serta pegawai dari SPI dan JPN yang sedang bertugas.
Pameran ini bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang bagi ruang jabatan kerajaan, tetapi bagi gerai jualan hingga ke jam seterusnya. Pameran ini akan berakhir pada 22Mac 2009.
Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada Ustaz Amir Nason dan Rakan-Rakan dari kalangan GPI j-QAF yang telah bertungkus-lumus sejak hari khamis bersama Pegawai UPI/KMY dan Ustaz Rushdan serta Ust Imran bagi menjayakan pameran bagi sudut SPI,JPN Kedah.
Sepanjang pemerhatian saya dari awal pagi, ruang pameran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pengunjung tanpa mengira kaum dan agama. Tahniah diucapkan untuk semua pegawai KMY, JPN dan lain-lain yang terlibat menjayakan pameran ini.
No comments:
Post a Comment