Kubang Pasu 1 Mac - Pada petang ini satu taklimat Pengurusan Data GPI Program j-QAF Peringkat Negeri Kedah Kali Ke 2 /2009 telah diadakan di PKG Ayer Hitam. Taklimat bermula jam 2.30 petang dan berakhir hampir jam 6.00 petang. masa yang terbatas memerlukan ketangkasan bertugas
Fasilitator taklimat ini ialah Encik Zulkifli bin Abu Bakar , Pegawai Unit ICT dari PPD KMY. Banyak informasi dan maklumat terkini telah dicurahkan kepada semua peserta yang terdiri dari JU ICT program j-QAF dari seluruh daerah di Kedah. Usaha murni ini adalah lanjutan daripada cetusan taklimat kali pertama yang telah di adakan di tempat yang sama pada 5 Jan lalu. Ia adalah hasil cetusan idea Tuan Haji Mohd Rushdan bin Azizan, PPK Kurikulum Teras (Men), Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. tentu ada sesuatu yang perlu diselesaikan
Semoga dengan adanya program seumpama ini dari masa ke masa, akan dapat meningkatkan lagi sistem simpanan data GPI di negeri ini. Ketepatan data akan banyak membantu dan memudahkan pengurusan dan perjalan sesuatu program.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Tidak lupa juga kepada Ust Idham dan Ust Asri Abdullah yang setia menunggu sehingga selesai program tersebut, walaupun masa balik jauh berlalu. Hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan dan budi baik tuan-tuan semua demi untuk memantapkan Pendidikan Islam di Kedah. fasilitator memantau peserta untuk memastikan hasil yang maksimum
Pada masa yang sama juga semua Pegawai dari PPD seluruh Kedah juga sempat bermesyuarat dan berbincang serta bertungkus-lumus untuk menyiapkan agihan perbelanjaan KBS 2009. Tugasan yang tak pernah berhenti sejak beberapa minggu ini terpaksa dipikul oleh semua pegawai demi melancarkan perjalanan dan pengurusan program j-QAF di semua daerah sehinggakan untuk mengambil cuti sehari dua pun terpaksa ditangguh dan terus ditangguh oleh pegawai. Berurusan dengan data dan komputer telah menjadi satu kemestian kepada semua pegawai yang menguruskan program j-QAF di semua daerah. mengejar masa
Pada mesyuarat yang sama juga satu keputusan telah diambil untuk menjalankan siri pemantauan bersepadu ke daerah terpilih bagi mendapatkan input perjalanan j-QAF dan memperbaiki kelemahan di san-sini jika ada. Diharapkan rancangan pemantauan bersepadu ini akan berjalan lancar dan mendatangkan impak yang besar kepada perjalanan program j-QAF di negeri jelapang padi yang kita cintai ini.
Selamat maju jaya, j-QAF tanpa gagal.
No comments:
Post a Comment