Thursday, February 5, 2009

Salam Ukhuwwah Di Pesada Siber



السلام عليكم ورحمة الله
Selamat bertemu di alam siber buat saudara saudari.

Terima kasih dan salam j-QAF diucapkan kepada para pengunjung blog ini.
Blog ini pada asalnya tidak menjadi satu keperluan buat saya yang memang tak berapa rajin untuk mengendalikannya, kerana saya lebih suka melayari blog-blog yang sememangnya hebat di kalangan sahabat-sahabat kita yg berkaitan dengan bidang tugas saya. Dari pengalaman melayari blog-blog tersebut banyak manfaat yang telah saya dapati melalui maklumat, pengalaman dan masalah penyelesaian yang dilalui oleh rakan setugas dan para guru Pendidikan Islam Program j-QAF di negara kita.
Atas desakan beberapa rakan dan GPI Program j-QAF tentang betapa perlunya blog seumpama diwujudkan ,akhirnya saya mengalah dalam rela menerima hakikat bahawa buat masa ini , ia perlu untuk memberi pandangan dan rujukan serta mewujudkan perbincangan yang sihat demi untuk memantapkan Pendidikan Islam melalui Program j-QAF.

Warga j-QAF yang dihormati...
Blog ini adalah salah satu jaringan penyampaian yang berkesan bertujuan untuk memudahkan capaian maklumat di kalangan warga pendidikan terutamanya Guru-guru j-QAF dan para pegawai yang terlibat.
Apa yang diharapkan menerusi blog ini akan mencetuskan sejuta kebaikan yang melimpah ruah datangnya daripada Allah SWT.

Terimakasih tak terhingga diucapkan kepada Ustaz Md Isa Mat Arop yang membantu saya hingga wujudnya blog ini. Semoga Allah memberi keberkatan di atas usahanya.

Sekian, terima kasih.
Jazaka Allahu khiran kathira,


j-QAF tanpa gagal!

No comments:

Post a Comment